" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Saturday, November 26, 2011

Persidangan Mahkamah Hati


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Kali ini, saya cuba selitkan entri mengenai hati. Hati merupakan segumpal darah iaitu organ yang diciptakan Allah buat semua manusia di muka bumi ini. Jika seseorang itu tiada hati maka tidak lengkaplah sistem dalam tubuh badannya itu. 
Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir ra berkata,
"Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Alloh apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahwa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”. (HR. Bukhari dan Muslim)
  
Mengapa hati itu penting? Hal ini kerana hati merupakan pusat dalam diri kita. Segalanya bermula dari hati kita sendiri.

“Hana, awak tak takut pada dosa ke?”
“Apa yang nak ditakutkan, Husna... Bukan ada orang tahu pun.”
“Tapi awak tak amanah pada diri awak.”
“Dahlah, Husna. Ini diri saya bukan diri awak. Jadi, suka hati sayalah!”

Sering kali kita mendengar hati menjadi perbualan ramai orang. Tapi pernahkah kita sedar yang kita sendiri telah menggelapkan hati? Bukan sahaja itu malah merosakkannya. Betapa hinanya diri apabila kita menyalahgunakan pemberian Allah Yang Maha Kuasa.

Seperti contoh perbualan di atas. Sebenarnya hati kita akan berdetik untuk mengatakan sesuatu perkara itu salah. Tapi dalam masa yang sama kita yang cuba menafikan apa yang terdetik itu.

MAHKAMAH HATI merupakan salah satu mahkamah yang selalu bersidang malahan boleh dikatakan setiap hari ia bersidang dalam diri kita. Hati kecil akan sentiasa berkata benar pada setiap perilaku yang kita lakukan. Sehinggakan ada insan yang sanggup menafikan segalanya benar semata-mata mengikut hawa nafsu serta bisikan syaitan yang sememangnya ingin melihat kita melakukan kemungkaran. Cuba kita renungkan kembali. Apabila kita ingin melakukan sesuatu kemungkaran hati kecil kita akan menjerit dalam diam, dalam rahsia. Ya, fitrahnya ia akan terus menjerit sehinggakan meletakkan pemiliknya ke suatu lembah yang amat menyesakkan.

Sahabat yang dikasihi... Dosa yang dilakukan sememangnya boleh disembunyikan daripada pengetahuan orang lain. Tetapi bolehkah kita menyembunyikanna daripada pengetahuan Allah apatah lagi diri sendiri? Tak mungkin. Kita mampu menipu orang lain tetapi tidak pada Allah dan juga diri sendiri. Jadi, bagaimana kita boleh menafikan sesuatu yang diadili oleh mahkamah hati? Setiap hari, setiap masa malah setiap suasana hati akan bersuara dan terus bersuara. Menunjukkan protesnya yang tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran.

Ingatlah, sahabatku sekalian... Dosa itu amat memberi kesan pada diri dan yang penting pada hati kita. Apabila melakukan dosa, hakikatnya kita melakukan dua “pelanggaran” tanpa sedar. Pertama, pelanggaran atas fitrah hati yang secara semulajadi dan tabiinya baik. Kedua, pelanggaran hak Allah yang telah mencipta kita. Sedangkan dalam al-Quran Allah berfirman, “tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada-Ku.”

Tidakkah kita merasa resah apabila melakukan dosa? Tidakkah kita merasa serba salah apabila melakukan kesalahan? Tidakkah kita merasa ketenangan yang bersarang dalam hati itu hilang apabila kita melakukan kemungkaran?

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda ketika ada sahabat bertanyakan mengenai dosa. “Dosa ialah sesuatu yang menyebabkan kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.”

Justeru itu, marilah kita renungkan kembali sejauh mana amalan kita sebelum nyawa kita diambil kembali. Saya juga hanyalah insan yang tidak sempurna. Hakikatnya, manusia itu diciptakan tidak sempurna dan seringkali melakukan kemungkaran dalam masa sedar mahupun tidak sedar. Saya mengingatkan sahabat sekalian dan juga diri saya ini agar sentiasa berwaspada terhadap apa yang dilakukan di muka bumi ini. Hidup di dunia hanya fana sedang di akhirat itu kekal abadi...

Mari kita bersama-sama perbaiki diri ini agar sentiasa menjadi yang terbaik. Tidak di hadapan manusia tetapi di hadapan Allah Azza Wajalla... Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Hakikatnya, kedua-duanya datang dari Allah s.w.t.

Uhibbukum fillah...
Ukhuwah fillah abadan abadaa...


pautan: Mari Bersidang di Mahkamah Hati, kata dua, Muhammad Jihad, m/s 3, Majalah Solusi, isu no. 36

Hakikat Bahagia – UNIC
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan 

 
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...