" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Wednesday, December 29, 2010

cerpen: SEJADAH RINDU

“Zahra…” lembut suara itu memanggil. Zahra tetap tidak menghiraukannya. Namun, suara itu masih lagi memanggil namanya berkali-kali. Dirinya mula naik berang.

          Dia berpaling. Di belakangnya sudah berdiri seseorang sambil tersenyum. “Kau nak apa, hah?” Tanya Zahra agak kasar. Dia masih lagi tersenyum. Riaknya kelihatan tenang.

          “Tidak ada apa. Cuma nak ucapkan tahniah sebab dapat straight A’s. Aku nak bagi ni je.” Katanya sambil menghulurkan bungkusan yang agak besar beserta kad di atasnya. “Kenapa tiba-tiba kau nak bagi aku ni… You’ve lost your mind, right…” Zahra bersuara.

          Namun, orang tersebut terus tersenyum dan menggelengkan kepalanya. “Kau ambil saja lah… Jumpa kau lagi bila dah berjaya nanti,” balasnya seraya berlalu dari situ. Zahra terpinga-pinga dengan kelakuan orang itu. Memberinya sesuatu tanpa tujuan yang nyata. Sungguh memelikkan bagi dirinya.

*******

          Matanya menatap sayu surat tawaran itu. Hatinya berdolak-dalik tatkala memikirkannya. Apa yang perlu dia lakukan kini, sama ada menerima tawaran tersebut ataupun menolaknya. Zahra Irdina mengaru-garu kepalanya. Jika diikutkan pada kewangan, dia sendiri tidak perlu risau kerana permohonan biasiswa JPA telah pun diluluskan seminggu yang lalu.

          “Zahra, betul ke apa yang kau buat ni? Jangan menyesal tau,” ujar Hani. Zahra tersenyum mendengar kata-kata sahabat baiknya itu.

          “Kau jangan risaulah, Hani. Aku tahu apa yang aku sedang buat. Belajar di perantauan merupakan satu peluang besar, Hani Darwisyah. Mana boleh aku lepaskan peluang ini,” kata Zahra, semangat riak wajahnya.

          “Bukan aku kata kau tak boleh pergi… Aku takut kau kena culture shocked nanti,” Hani memberikan pendapat.

          “Hani, percayalah. Aku boleh bawa diri. Kau jangan risau, okey…” Zahra cuba meyakinkan sahabatnya itu. Hani pula sekadar mendiamkan diri.

*******

          Melanjutkan pengajian di tempat orang membuatkan Zahra berasa sungguh teruja. Sudah hampir 2 tahun, Zahra di perantauan. Penampilannya yang dahulu masih lagi sama. Tiada perubahan. Tetapi pengenalannya dengan seorang pemuda kelahiran Singapura di University of Alberta memberinya sejuta rasa. Perasaan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.

          Ayman Hariz, pemuda kacukan Singapura-Jerman mula memikat hatinya. Usia Hariz tidak jauh beza dengan usia Zahra yang kini menjangkau 20 tahun. Hariz sentiasa memberikan layanan yang terbaik buat kekasih hatinya.

          “Sayang, awal cuti semester nanti I nak ajak you pergi Niagara. You sudi?” luah Hariz sambil meramas-ramas jari Zahra yang runcing. Zahra mengangguk tanda setuju. Dia tidak pernah rasa sebahagia kini. Kehidupannya di Kanada cukup berbeza ketika di kampung. Segala yang dia inginkan pasti Hariz tunaikan. Kebahagiaan yang selama ini dia impikan seakan menjadi kenyataan.

*******

          “Zahra, boleh tak nanti kita pergi nanti, I tak nak you pakai benda ni,” ujar hariz sambil jari telunjuknya menunding ke arah tudung yang dipakai Zahra.

          Zahra membuntangkan matanya. “Tapi…”

          “Untuk I seorang aje. Please… Kali ini saja,” pinta Hariz bersungguh-sungguh.

          Zahra tersenyum mendengar permintaan itu. “Okeyla, I ikut kata you kali ni. Tapi sekali saja tau. Promise?”

         Hariz menganggukkan kepalanya. Jari kelingkingnya berkait dengan jari kelingking Zahra. Muka Zahra naik merah tanda malu.

         Sebelum bertolak ke Niagara, Zahra akan menelefon Hani terlebih dahulu. Dia menceritakan permintaan Hariz kepada Hani. Sahabat baiknya itu terkejut besar mendengar permintaan tersebut.

          “Alah, bukan selalu Hani. Sekali saja.”

          “Apa kau kata? Sekali? Kau ni kenapa? Tak takut Allah ke?” keras suara Hani Darwisyah.

          “Hani, sejak bila kau macam ni?! Sebelum ni, kau tak pernah pun nak halang aku buat apa yang aku suka… Sudahlah, Hani. Malas aku cakap dengan kau!” Zahra segera memutuskan talian itu. Dia mendengus kasar.

*******

          Perjalanan ke Niagara dari tempat Zahra menetap mengambil masa sehari 14 jam. Jadi, mereka terpaksa bertolak lebih awal ke sana. Zahra kelihatan riang sekali. Begitu juga dengan Hariz.

          Niagara Falls cukup cantik di sempadan Kanada-USA. Air terjun yang jatuh berbentuk ladam kuda menarik minat ramai pelancong di serata dunia. Cinta Zahra terhadap Hariz makin lama kian mendalam. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya terhadap seorang insan bernama lelaki.

          Perlahan-lahan Hariz mengelus lembut rambut buah hatinya yang mengurai panjang. Sesekali rambutnya berterbangan dek ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Mereka duduk di sebuah bangku di taman di sebuah bandar berdekatan. Tika itu, malam sudah lama berlabuh menggantikan siang.

          Ayman hariz mengerling jam tangannya yang sudah menunjukkan jam 9.00 malam mengikut waktu Kanada. Tangannya merayap di pinggang Zahra.

          “Zahra, kalau I minta you buat sesuatu untuk I, you boleh tunaikan?” pinta Hariz seperti anak kecil.

          “Apa dia, sayang?” Zahra memandang wajah orang di sisinya itu.

          “Boleh you layan I tak? Untuk malam ini sahaja.” Zahra terpempan mendengar kata-kata yang baru sahaja diucapkan Hariz sebentar tadi.

          “What? Are you crazy, Hariz? I tak akan pernah gadaikan diri I sebelum you marry I,” jawab Zahra segera menjauhkan diri daripada Hariz. Dia bingkas bangun daripada bangku itu.

          Hariz cuba mendekati Zahra. “Marry? Oh no! I tak pernah terfikir pun untuk jadikan you sebagai isteri I. You bukan taste I. sekadar boleh buat main-main, bolehlah…” Hariz menaburkan kata-kata menjelikkan dalam helai tawanya yang sangat kuat.

           “Sanggup you, Hariz. Sanggup you buat I macam ni…” kata Zahra dalam tangisan.

         Hariz makin mendekati Zahra. Dia memegang kuat tangan gadis itu. Zahra cuba melepaskan diri. Tiba-tiba, satu tumbukan kena pada muka Hariz. Keluar darah dari mulutnya.

          “What are you doing to her?” Tanya satu suara. Suara itu seperti orang Malaysia. Zahra terpempan sekali lagi.

          “Hey, man! I just want to test this girl. Please don’t stop me, okay!”

          Satu lagi tumbukan kena pada mukanya. Hariz jatuh terjelopok di atas tanah. Orang itu segera menarik tangan Zahra lalu berlalu dari situ. Entah mengapa, dirinya hanya menurut sahaja.

          “Thank you…” ucap Zahra termengah-mengah. “Never mind. Tolong jaga diri awak tu baik-baik. Baik awak pakai tudung awak balik…” katanya seraya pergi meninggalkan Zahra sendirian di situ.

*******

          Zahra Irdina memandang sayu langit di bumi Kanada. Sekarang, dia berada di balai berlepas. Lagi beberapa minit, dia akan berlepas ke tanah air, Malaysia. 5 tahun di Kanada mengajar dirinya pelbagai perkara. Segala-galanya memberikan kesedaran pada dirinya.

          “Zahra Irdina!!!” jerit seseorang memanggil namanya.

          Matanya melilau-lilau mencari suara itu.
  
          “Zahra!!!”

          Matanya tertancap pada seseorang yang amat dirinduinya. “Hani? Hani Darwisyah???”

          Hani mengangguk riang. Wajahya cukup ceria menyambut kepulangan sahabat baiknya ke Malaysia. “Kau apa khabar? Lamanya, tak jumpa kau… Rindu sesangat tau!” luah Hani tidak terkata. Hani membantu Zahra memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.

          “Mak kau tak dapat ambil. Jadi, dia suruh aku ambil kau kat KLIA.” Zahra sekadar mendengar. Matanya tertumpu pada seorang pemuda yang berada dalam kereta tersebut. Dia seakan pernah bertemu dengan lelaki tersebut tetapi entah di mana. Dia sendiri tidak ingat.

*******

          Usai menunaikaan solat Isyak, Zahra mula mengemas barang-barangnya. Dia sudah pun makan malam bersama Puan Noraini dan adiknya, Zainal. Zahra cuba mencapai sesuatu di atas almari bajunya. Tangannya terasa sesuatu. Sebuah bungkusan.

          Zahra mencapai bungkusan tersebut. Dia membuka balutan yang membalut bungkusan itu. Sejadah. Cantik. Hatinya terpegun melihat sejadah itu. Dia cuba mengingat kembali siapa pemberinya. Namun nama pemberi tiada di situ. Kad yang disertakan turut tidak tertulis nama pemberi.

          “Jumpa kau bila dah berjaya nanti…”

          “Jangan lupa aku bila kau kat sana nanti ye…”

          “Never mind. Tolong jaga diri awak tu baik-baik. Baik awak pakai tudung awak balik…”

          Zahra tersedar daripada lamunan. Dia mengerti. Tetapi mengapa baru kini?

*******

        Hani Darwisyah pergi menemui sahabatnya di Manjung Kopitiam. Zahra tersenyum melihat kelibat Hani di situ.

         “Hah, kau ni kenapa tiba-tiba aje?” soalan yang pelik diajukan kepada Zahra. Zahra melirikkan senyuman manis.

          “Kau duduklah dulu… Hani, baru aku tahu siapa yang bagi sejadah yang aku ceritakan kat kau dulu.”

          “Siapa?” Tanya Hani ingin tahu.

        “Lelaki yang teman kau ambil aku kat KLIA tu… Lelaki yang sama selamatkan aku daripada perbuatan jahat Hariz. Dan lelaki yang sama menegur aku time ambil result SPM 5 tahun lepas,” Zahra mula berbicara.

          “Azeem Danial?”

          Zahra menganggukkan kepalanya.

         “Baru sekarang kau sedar, kawan? Kau tahu, dalam diam dia belajar kat Kanada, sentiasa perhatikan kau. Sebab dia tahu, kau mudah terpengaruh. Dalam diam dia menyimpan perasaan kat kau…” Hani pula berbicara.

        “Sebab tu la, aku rindu sangat kat orang yang bagi sejadah tu.” Muka Zahra mula merah padam menahan malu. Hani tersengih.

          Sejurus kemudian, minuman yang dipesan Hani tiba di meja makan mereka. “Okey, sekarang aku nak cakap pula. Kali ini, kau kena dengar. Nak tak nak, kena juga.

          “Zahra, kau capailah dahulu impian kau tu. Cinta kau tolak ke tepi dulu. Cinta Allah itu yang penting. Tentang dia, kau doalah banyak-banyak. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.”

          Sekarang, Zahra mengerti. Dia tidak perlu terhegeh-hegeh mncari cinta manusia kerana Allah akan menentukan yang terbaik buat dirinya. Tentang Ayman Hariz, biarlah kisah silam itu menjadi pengajaran buat dirinya. Azeem Danial. seorang lelaki yang terlalu istimewa bagi dirinya. Dia tidak pernah menyuarakan hasrat hatinya walaupun mereka pernah satu sekolah dahulu. Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil.


~zahrahdurrani
~28 Disember 2010

          

Saturday, November 20, 2010

diari: LUAHAN RASA...

assalamualaikum....
ermm, x salah untukku meluahkn sedikit rse pd blogku sndry...lg 2 ari spm bkl menanti dengn mulenye paper bm terlbh dhulu.. aku tkut bgaimna dgn spmku. alhamdulillah upsr dan pmrku mendpt result yg bek. adkh ushaku slme ini sudh ckup... apbila aku mliht temn2ku stdy terse dry ini sungguh rndh krn mereka lbh kuat stdy berbndingku. nmun, aku selalu ingtkn pd dry bhwa jg takut tp yakinla pd Allah yg akan membn2 kte nnty. aku tahu aku byk wat salah dan dosa. aku tkut andai dosa2 terdhulu mnjdi kifarat pdku yg terbntuknya hijb antraku dan Allah... Ya Allah, hanya pdMu tmptku berserh diri dan bermohon. Engkau peliharalah iman dan agamaku...sesungguhnya sgla keputusan yg lbh agung adlh drMu YANG MAHA PENGASIH, PENYAYANG... amiin..





Wednesday, November 17, 2010

diari: Salam Aidiladha Buat Semua...

Assalamualaikum....
Selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua umat Islam seluruh dunia. Jadikan hari raya kali ini sebagai 1 titik permulaan untuk kita membuat pengorbanan demi Islam... Masih belum terlambat bagi mereka yang baru bersedia. Sama-sama kita beristiqamah dalam amalan kita menuju redha, cinta & syurga Yang Esa. insyaAllah... Takbir!!!
ALLAHUAKBAR!!! ^_^

Monday, November 15, 2010

cinta: LA TAHZAN!!!

Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah  redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam

Sunday, October 17, 2010

renungan: kisah pramugrari koma di mekah....renungan utk smua~~ [kisah btol]

Untuk renungan bersama ......



Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.


Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.


Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..


Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.


Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.


"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.


Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.


Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.


Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.


Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??


Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."


"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.


Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.


"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."


"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.


Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.


"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."


"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.


Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.


Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.


Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.


Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.


Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."


Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "


Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..


"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.


Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.


"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.


"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.


Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.


"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."


Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."


"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."


Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?


Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN


WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,

"SAMPAIKANLAH WALAUPUN SEPOTONG AYAT...."






.

Saturday, October 16, 2010

muslimah: CORAT CORET TUDUNG LABUH




"Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?" soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya.
          Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Ku fahami, remaja bertanya kerana mereka sedang mencari identiti diri.
          Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung lanuh. hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
          Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang perlu aku tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibah menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

YANG TERTUTUP ITU INDAH

          Ketika kubertanya tentang tuduh labuh, mudah jawapan yang pernah ku temui, " Yang tertutup itu indah!" Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59 maksud dan tafsirannya.
          Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.
          Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lbeih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan hati yang sakit.

ISTMEWA BERTUDUNG LABUH

          Di sini, aku bukannya mahu berbicara mengenai kewajipan menutup aurat. Sebaliknya aku ingin berkongsi beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali meneylamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

DIKEJAR TEBUAN TANAH

          Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktivitinya ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan.
          Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. sedia menyerang. seorang peserta menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakngnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

          Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan  tudung labuhku daripada disengat. segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak menyengat kami. Subhanallah Maha Suci Engkau yang menyelamatkan kami dengan secebis kain ini.

TERLINDUNG DARIPADA BAHAYA MALAM

          Suatu hari, aku ingin pulang ke kampus selepas tamat bercuti pertengahan semester. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang, bagi mengelakkan duduk bertemankan seorang lelaki asing.

         Sebelum bas bergerak, aku berpesan kepada pemandu agar menurunkan aku di Greenwood.
        Dalam perjalanan, mata segera terlena melepaskan kelelahan dengan mengembara ke alam mimpi seketika. kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkanku. Lantas aku terjaga separuh sedar.
          Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badan amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dan terasa mamai sewaktu menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih berasa sangat mengantuk. Sejurus itu, secepat kilat bas meninggalkanku.
          Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku serang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. namun aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
          Jalan raya di hadapanku lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya ialah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap/ Sunyi. Kelihatan seekor anjing hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, padaMu aku bertawakal.
          Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza untuk mengambilku. Pada masa yang sama, Mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata andainya anjing itu menyerang.
          "Di mana?" tanya Puan Norliza. Susah payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid tersebut. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza menentukan lokasi aku berada.
          Tiba-tiba sekumpulan penunggang motosikal dengan pelbagai aksi berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ.nAku tiada tempat bersembunyi. Kebetulan aku berjubah hitam dan tudungku juga hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diri di sebalik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
          Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di ditu dan membaca segala ayat al-Quran yang kuhafal. Tawakalku memanjat langit.
          Tiba-tiba anjing tadi berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Pemuda jalanan itu pula seakan memandang-mandang ke arahku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri.
          Allah menjadi saksi. aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat pemuda jalanan asyik memandang ke arahku. aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.
          Tiba-tiba mereka bererdar. Bunyi ekzos mengaum pergi dengan pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwrna gelap itu. Alhamdulillah!

SELAMAT DARIPADA DIRAGUT

          Seorang daripada temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak hadir ke kelas. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia muncul kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
          Dua orang pemuda menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula, dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
          Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, "Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu mereka tak nampak beg tangan akak." Kata-kata itu membuatkan ku benar-benar berfikiran jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa=rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh.

MENEMUI JODOHKU

          Bebrerapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tetapi akhirnya menukar penampilan kerana takut dipinang. Penampilannya masih menutup aurat, namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap.
          Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana niali tidung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
          Benar, kita tidak boleh menilai seseorang dengan dengan hanya melihat luarannya. Namun, realitinya kadangkala masa terlalu singkat dan peluang tiadak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilai hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai pertama ialah makcik yang bertudung labuh. Penjual kedua pula seorang wanita tidak bertudung. Mana kita nak pilih? Kenapa membuat pilihan tanpa mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa kata kita ketika itu? Fikir-fikirkanlah.

HORMATILAH SELAGI MENUTUP AURAT

          Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hati yang berkata,"Ramai saja yang bertudung labuh tapi tidak baik." "Tudung tak labuh pun masih menutup aurat." "Don't judge a book by it's cover." Kuhormati semua kata-kata ini. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasa tudung labuh terlalu istimewa. Buat adk-adik remaja yang bertanya, moga adik-adik bertemu jawapannya.

nukilan:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN








nasyid: HAKIKAT BAHAGIA-UNIC

Hakikat Bahagia
Album : See You D IPT

Munsyid : Unic

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani


Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan


Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa


Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang


C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah


Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan


Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan


Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Friday, September 17, 2010

nasyid: [Nasheed] Sultan Muhammad al-Fatih + eng. sub

tokoh: Sultan Muhammad Al Fateh & Pembukaan Konstantinople

 fatih
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan.  Disiarkan semula  di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_________________________________________________________ 
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.  
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
                                                       Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
                                       rantai merentang teluk horn
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
                                             rantai yang digunakan                              rantai merentangi teluk horn
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
                                            kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
                                          
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...