" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Friday, May 20, 2011

TAHUKAH ANDA???


Siri 1: Tahukah Anda?
Binatang Berpuasa Pada Hari Asyura'?

As Syafie dan An Nasyiri mengatakan bahawa sebahagian binatang juga berpuasa pada hari Asyura'.

Ada seorang yang bernama Fatah bin Syukruf. Dia sangat suka memberi makan kepada semut setiap hari dengan roti yang dipotong kecil-kecil. Tetapi apabila tiba waktu hari Asyura' ia mendapati bahawa semut-semut itu tidak mahu makan roti tersebut.

Pengajaran:
Kalau semut boleh berpuasa pada hari tersebut, malulah kita kalau tidak berpuasa. Jumpa Lagi......

*****************

Siri 2: Tahukah Anda?
Sudut Sirah: Hijrah

Kenapa Saidina Umar Bin Al Khattab memilih tarikh hijrahnya nabi saw. dari Mekah ke Madinah sebagai tarikh permulaan tahun Islam?

Kenapa tidak diambil sempena peristiwa tentera bergajah?

Kenapa tidak peristiwa perkahwinan nabi dengan Khadijah atau Aisyah dan lain-lain peristiwa?

Jawapannya

Oleh kerana hijrahnya nabi saw. dari Mekah ke Madinah merupakan titik tolak kepada zaman keagungan dan kegemilangan umat Islam, maka sebab itulah saidina Umar memilih tarikh tersebut supaya umat Islam mengkaji dan meneliti, kenapa generasi sahabat merupakan generasi contoh dan gemilang.

Pengajaran:
Kita meraikan kedatangan awal tahun hijrah, dengan memperingati zaman keagungan dan kegemilangan Islam, tetapi kenapa kita berada di dalam keadaan hina dan tidak gemilang???

*********************

Siri 3: Tahukah Anda?
Takbir

Pada setiap kali tibanya hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha kita diminta mengingati peristiwa pererangan Ahzab di dalam takbir yang bermaksud "Sesungguhnya Allah telah menghancurkan tentera Ahzab dengan Esanya."

Persoalannya:
Bukankah hari raya hari bergembira dan bersuka ria, kenapa kita harus memperingati peristiwa peperangan yang menyayatkan hati? Kenapa tidak disebut peristiwa-peristiwa manis seperti cerita perkahwinan rasulullah dengan Aishah dan lain-lain?

Pengajaran:
Allah swt. meminta umatNya bergembira dan bersuka ria pada hari raya, tetapi Allah memberi peringatan kepada umatNya, walaupun sedang bergembira mereka tidak boleh lupa, bahawa nun di sana orang-orang yang tidak sukakan Islam, tanpa mengira pegangan aqidah, bangsa, keturunan akan bersatu menentang Islam sebagaimana bersatunya mereka di dalam peperangan Ahzab.

********************

Siri 4: Tahukah Anda?
Kenapa Dinamakan Air Zam-Zam

Setelah air memancut keluar daripada bumi, hasil daripada hentakan tapak kaki Nabi Allah Ismail A.S yang masih bayi itu, lalu ibunya, Siti Hajar cepat-cepat membatas air tersebut sambil menyebut perkataan "Zam-Zam" supaya air tidak mengalir keluar. Jadi makna (Zam-Zam) ialah "batas-batas".

********************

Siri 5: Tahukah Anda?
Peristiwa Hijrah

Di dalam peristiwa hijrah Quraisy telah menawarkan hadiah sebanyak 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap dan menyerahkan Rasulullah s.a.w kepada mereka samada hidup atau mati. Jika seekor unta sekarang berharga RM 3000,00, betapa mahalnya nilai hadiah yang ditawarkan?

********************

Siri 6: Tahukah Anda?
Kualiti dalam islam

Islam amat mengambil berat supaya umatnya berkualiti, sehingga kadang-kadang perhitungan dan perkiraan didasarkan kepada kualiti dan bukannya kuantiti semata-mata.

Sebagai contoh:

1. Sesungguhnya orang Alim yang tidur lebih baik daripada orang jahil yang beribadat (Al-Hadith)

2. Sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak yang terputus-putus (Al-Hadith)

3. Sesungguhnya Allah amat menyukai hambaNya, yang apabila melakukan sesuatu kerja, dilakukannya dengan tekun (berkualiti) (Al-Hadith)

*********************

Siri 7: Tahukah Anda?
4 Bulan Haram

Sesungguhnya zaman ini berputar seperti keadaannya di hari Allah menjadikan langit dan bumi, satu tahun ialah 12 bulan, empat bulan adalah bulan haram, tiga bulan berturut-berturut iaitu Zulkaedah, Zulhujjah dan Muharram serta satu bulan di antara bulan Jamad dan bulan Syaban iaitu Rejab.

*********************

Siri 8: Tahukah Anda?
Buraq lebih selesa daripada Mercedes Benz 600 SL

Buraq merupakan sejenis binatang yang saiznya panjang dan berwarna putih, lebih kecil daripada Keldai, selangkah kakinya sejauh mata memandang. Kelajuan dan kepantasan perjalanannya seperti kilat. Apabila menaiki bukit, kaki belakangnya menjadi panjang dan kaki depannya menjadi pendek dan apabila menuruni curam, kaki depannya menjadi panjang dan kaki belakangnya menjadi pendek. Dua telinganya sentiasa bergerak-gerak dan ia mempunyai dua sayap. Keadaan ini memberi keselesaan kepada penunggangnya tidak bergegar dan tidak bergoyang serta tidak terumbang ambing, sekalipun perjalanannya amat jauh ia sentiasa berada dalam keadaan nyaman.

Pengajaran:
Siapa nak lebih selesa jual kereta Mercedes beli Buraq, lagipun boleh jimat minyak dan tak payah bayar Road Tax. Dekat mana nak dapatkan Buraq? Senang saja, baca kisah Isra' dan Mi'raj jumpalah dia. .....Selamat membaca buku sirah....I

*********************

Siri 9: Tahukah Anda?
Sudut Aqidah

Mengikut kaedah perkiraan ilmu Matematik 6+1=7 dan 6-1=5. Tetapi perkiraan Matematik mengikut kaedah ilmu Tauhid berlainan dengan kaedah di atas. Di dalam ilmu Tauhid 6-1=0 dan 6+1=0.

Kenapa Mesti Begitu???

Penerangan:
Rukun Iman ada 6 perkara, sesiapa yang menolak salah satu daripadanya, bermakna imannya kosong (tidak beriman) dan begitu juga kalau dia menambah rukun tersebut dia telah dianggap menambah rukun iman, juga dia akan termasuk di kalangan orang yang tidak beriman.

Agak-agak lepas ni..
boleh jadi guru Matematik tak????

**********************

Siri 10: Tahukah Anda?
Sudut feqah

Waktu yang paling singkat bagi haid seorang wanita ialah selama satu hari satu malam. Namun, tempoh pusingan biasa haid adalah di antara tujuh atau lapan hari sahaja. Adapun waktu haid paling panjang adalah selama 15 hari 15 malam. Sekiranya masih terdapat darah keluar selepas tempoh di atas, ia dinamakan sebagai darah "al Istihadah" iaitu darah penyakit.

Pengajaran:
Maklumat ini penting diketahui oleh kaum lelaki terutamanya para suami agar....TIDAK TERTIPU!!!!!!

*********************

Siri 11: Tahukah Anda?
Pekerja Sebagai Mujahid

Anggota pekerja yang menjaga batas-batas Allah, pekerjaan dan tidak melakukan pengkhianatan terhadap tugasnya diberi penghormatan oleh Allah sebagai "Mujahid" yang berjuang untuk menegak agamanya.

Sabda Nabi s.a.w:

Anggota pekerja yang ditugaskan dengan sesuatu tugas, lalu dia mengambil dan memberi hak-hak (tugas tersebut), dia akan dikira sebagai mujahid di jalan Allah sehingga dia pulang ke rumahnya, (Hadith riwayat Abu Hurairah)

Pengajaran:
Suasana kegawatan Ekonomi, kadang-kadang menyebabkan bones, elaun atau gaji dipotong, tetapi bersyukurlah Allah tidak pernah memotong pahala kerja sebagai ibadah. Sekalipun dalam suasana gawat. Syukur....Syukur...Ya Allah!!! (Raihan)

**********************

Siri 12: Tahukah anda?
Teknik Menuntut Ilmu

Ulama' Islam telah menggariskan cara terbaik yang seharusnya kita lakukan dalam usaha menuntut Ilmu.

* Bacalah apa yang terbaik daripada apa yang engkau dapati

* Tulislah apa yang terbaik daripada apa yang telah dibaca

* Hafallah apa yang terbaik daripada apa yang telah ditulis

Pengajaran:
Sebenarnya sistem 3M ini telah lama diperkenalkan oleh Islam dan cara inilah yang seharusnya dikembalikan dan diamalkan bagi pendidikan diri kita dan juga anak-anak. Ingat...!! Tidak semua buku mesti dibaca..!! Buku yang terbaik saja...tau Gila-Gila.....Tak Payah lah.....Nanti jadi gila..ketawa seorang diri.

********************

Siri 13:Tahukah Anda?
Persoalan Di Hari Qiamat

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Setiap hamba di hari qiamat, tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana, selagi dia belum selesai disoal siasat tentang 4 perkara:

(a) Tentang umurnya, di manakah dihabiskan (semasa di dunia)?
(b) Tentang masa remajanya, bagaimana dia menghabiskannya?
(c) Tentang harta, dari mana diperolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
(d) Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmunya itu?

Pengajaran:
Bagaimana nak jawab kalau kita bergelumang dengan amalan yang Allah murkai? Astaghfirullah..... (Aku minta ampun daripada Allah)

*********************

Siri 14: Tahukah Anda?
Sudut Muhasabah

Rasulullah bersabda:
Tidak lurus iman seseorang hamba itu, sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya. Hadith riwayat daripada Anas

Saidina Umar r.a berkata:
Sesiapa yang banyak percakapannya, maka banyaklah salahnya dan orang yang banyak salahnya, maka banyaklah dosanya, dan orang yang banyak dosanya, maka neraka adalah lebih layak baginya.

Pengajaran:
Kita digalakkan bercakap perkara yang baik-baik dan diminta diam daripada perkara yang tidak baik terutama sekali di Rumah Allah (Masjid).
**********************

Siri 15: Tahukah Anda?
Melantik Orang Yang Paling Layak

Perlantikan bagi sesuatu jawatan merupakan amanah kepada pemimpin. Pelantikan mestilah kepada orang yang paling layak memikulnya.

Sabda Nabi saw:
Sesiapa yang melantik seseorang sebagai pegawainya untuk urusan umat Islam, sedangkan di kalangan umat itu ada orang yang lebih diredhai oleh Allah darinya, maka dia sudah mengkhianati Allah, RasulNya dan juga Orang Mukmin. (Hadith riwayat Hakim)


Wednesday, May 18, 2011

Pesanan Rasulullah...

sebenarnya, saya dapat tentang artikel ni ketika di tingkatan 2. seorang kakak fasilitator memberinya kepada kumpulan saya ketika saya menghadiri MUKHAIYAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN di sekolah. kem ini abang2 dan kakak2 senior yang adakan untuk kami tingkatan 2 pada tahun 2007.


******************************************


QIAMAT HAMPIR TIBA


pesanan rasulullah:


- taqwa dan perpaduan asas keselamatan di akhir zaman
- seluruh dunia datang mengerumuni dunia Islam
- ilmu agama akan beransur hilang
- umat Islam mengikut langkah-langkah yahudi dan nasrani
- golongan antihadith
- penyakit umat-umat dahulu
- Islam kembali dagang
- umat Islam mmemusnahkan orang-orang yahudi
- sifat amanah akan hilang sedikit demi sedikit
- orang yang baik berkurang sedang yang jahat bertambah banyak
- dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka
- zaman di mana orang tidak peduli mendapat harta
- harta riba wujud di merata-rata tempat
- ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq
- orang yang berpegang dengan agama seperti memegang bara api
- perang demi peperangan
- tanah arab yang tandus menjadi lembah yang subur
- peperangan di sungai Furat (Iraq) kerana merebut kekayaan
- ulama tidak dipedulikan
- Islam nama sahaja
- al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat
- lima belas maksiat yang menurunkan bala
- lima maksiat yang disegerakan balasannya
- bermegah-megah dengan masjid
- menggadai agama kerana dunia
- golongan yang selamat
- sepuluh tanda-tanda kiamat yang besar




~ moga kita sama-sama mengambil iktibar...sekadar renungan...




Thursday, May 12, 2011

Tabarruj...Penting Untuk Kaum Hawa...

Hukum Tabarruj atau Berhias Berlebihan Bagi Perempuan

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani) -”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31). -Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

~peringatan bersama...


Wednesday, May 11, 2011

Langkah Tercipta - UNIC

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.



Tuesday, May 10, 2011

LOVE ALLAH...

..✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.•
. . ✿ •*¨`*•...✿•*¸(¯`v´¯)¸.•´*¨ `*•✿ . *¨`*•✿
. . ✿ •*¨`*• Subhanallah, سبحان الله. . ✿ •*¨`*•
... …….…………... •.¸.•´ ………….……… ..✿•*¨`*•✿
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿ 
──────────────────█──█─────────────
────────────████──█──█─█───────────
────────────█──█──█──█─█───────────
────────────████──█──█─█───────────
───────────────███████─█───────────
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿ 
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ .•*`*•✿✿ 
. . ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ *¨`*•✿ ¨`*• 
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .………………… 
www.▀█▀░█░░.█▀█.█░█.█▀▀.░.█▀█░█░█.█.www
www.░█░░█░░.█░█.█░█.█▀▀.░.█░█░█░█.█.www
www.▀▀▀░▀▀▀.▀▀▀.░▀░.▀▀▀.░.▀▀█████.█.www
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .………………… 
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿ 
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ .•*¨`*•✿✿ 
. . ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ . . .•*¨`*•✿✿ 
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .………………… 
.
.

========

─▀██▀
──██────(▒)(▒)
──██───(▒)( )(▒)
─▄██▄▄█─(▒)(▒)
─── ─── ▄███▄
─── ──███─███─(▒)(▒)
─── ──▀██▄██▀(▒)( )(▒)
─── ────███───(▒)(▒)
─── ─────── ▀██─██▀
─── ──────── ██─██─(▒)(▒)
─── ──────── ▀█▄█▀(▒)( )(▒)
─── ──────────▀───(▒)(▒)
─── ────────────██▀▀▀█
─── ──(▒)(▒)──────██▄█──(▒)(▒)
─── ─(▒)( )(▒)─────██▀█─(▒)( )(▒)
─── ──(▒)(▒)──────██▄▄▄█(▒)(▒

▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒▒▒▒▒▒██▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██▒▒██▒▒▒██▒▒▒██▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒████████████▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒████████████▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓

Thursday, May 5, 2011

Sebaik-baik Manusia ^_^


Manusia yang paling baik ialah yang paling baik ahklaknya.
Manusia yang paling baik adalah yang paling banyak membaca dan memahami agamanya, paling taqwa kepada ALLAH, yang paling banyak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, dan paling suka menyambung tali persaudaraan.
Manusia yang paling baik ialah yang paling banyak manfaatnya untuk sesama ...manusia. Manusia yang paling baik ialah manusia yang paling baik dalam membayar hutangnya. 
Manusia yang paling baik ialah manusia yang berhati tulus dan berlidah lurus.
Sahabat bertanya apa yang dimaksud berhati tulus ?
Rasul menjawab : hati yang taqwa, bersih tidak menyembunyikan dosa, tidak lalim dan tidak dengki.
Sesudah itu apa ?
Beliau menjawab, yang mengembangkan kehidupan dunia sambil tetap mencintai akhirat.
Ditanya lagi, sesudah itu apa ?
Rasul menjawab, mukmin dengan akhlaq yang baik.
Manusia yang paling baik ialah yang panjang usianya dan baik amalnya.

Yang paling baik diantara kamu ialah yang paling sederhana dalam dunia dan paling cinta kepada akhirat.
Yang paling baik diantata kamu adalah yang membela kepentingan keluarga selama tidak dalam dosa.
Yang paling baik diantara kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
Aku ( Rasul ) yang paling baik terhadap keluargaku, tidak akan memuliakan perempuan kecuali lelaki yang mulia, tidak merendahkan perempuan kecuali lelaki yang rendah pula.
Yang paling baik diantara kamu adalah yang paling baik terhadap isteri dan anak-anaknya.
Yang paling baik diantara kamu adalah yang selalu mempelajari Al’quran dan selalu mengajarkannya.
Yang paling baik diantara kamu adalah yang tidak meninggalkan akhirat karena dunianya dan tidak meninggalkan dunia karena akhiratnya dan tidak bergantung pada orang lain.
Yang paling baik diantara kamu ialah orang yang kalau kamu pandang mengingatkanmu kepada ALLAH, yang pembicaraannya menambah ilmu dan yang amalnya mengantarkanmu kepada akhirat.

Yang paling baik diantara ummatKu ialah orang yang bila engkau melihatnya engkau ingat kepada ALLAH.
Yang paling jahat diantara ummatKu ialah yang berjalan kesana kemari menyebarkan fitnah, mengadu domba orang yang saling mengasihi, berbuat kejam, menganggu orang tanpa tanggung jawab.
Yang paling baik diantara ummatKu ialah yang bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain ALLAH dan Aku adalah Rasulullah, yang apabila berbuat baik merasa bahagia,bila berbuat salah meminta maaf.
Yang paling jahat diantara ummatKu ialah yang lahir dan tumbuh besar ditengah kemewahan, lalu perhatiannya hanyalah macam-macam makanan, pakaian dan menyombongkan diri dalam pembicaraan.
Yang paling baik diantara ummatKu ialah para ulamanya.
Yang paling baik diantara ulamanya adalah yang paling penyanyang diantara mereka.
Ketahuilah, ALLAH akan mengampuni empat puluh orang alim sebelum mengampuni satu dosa orang jahil.
Yang paling baik diantara ummatKu adalah yang berdo’a sambil membawa manusia kepada kecintaan kepada-Nya.
Yang paling baik diantara orang islam ialah mereka yang orang lain selamat dari gangguan lidah dan tangannya.

Amal yang baik engkau tinggalkan dunia dalam keadaan lidahmua basah karena berzikir kepadaNya.
Amal yang paling baik adalah beriman pada ALLAH, kemudian berjihad, kemudian haji yang mabrur, cinta karena ALLAH, benci karena ALLAH, sholat pada waktunya dan berbuat baik pada orang tua, ilmu karena ALLAH.
Ilmu akan bermanfaat bersamamu dengan amalmu, baik amal itu sedikit maupun banyak.
Bekerja mencari nafkah secara halal, engkau masukan rasa bahagia kedalam hati saudaramu yang mukmin, engkau bayarkan hutangnya, engkau berikan dia makanan.
Amal yang paling utama iman pada ALLAH dan mencintai manusia.
Iman yang paling utama, engkau mencintai dan membenci karena ALLAH, engkau gerakan lidahmu untuk berzikir, engkau mencintai manusia seperti mencintai diri sendiri.
Engkau benci sesuatu menimpa manusia seperti engkau benci hal itu menimpa dirimu sendiri.
Engkau berkata baik atau diam.


عن ابن عمر ، أن رجلا جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقال : يا رسول الله أي الناس أحب إلى الله ؟ وأي الأعمال أحب إلى الله عز وجل ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « أحب الناس إلى الله أنفعهم للناس ، وأحب الأعمال إلى الله سرور تدخله على مسلم ، أو تكشف عنه كربة ، أو تقضي عنه دينا ، أو تطرد عنه جوعا ، ولأن أمشي مع أخ لي في حاجة أحب إلي من أن أعتكف في هذا المسجد ، يعني مسجد المدينة ، شهرا ، ومن كف غضبه ستر الله عورته ، ومن كظم غيظه ، ولو شاء أن يمضيه أمضاه ، ملأ الله عز وجل قلبه أمنا يوم القيامة ، ومن مشى مع أخيه في حاجة حتى أثبتها له أثبت الله عز وجل قدمه على الصراط يوم تزل فيه الأقدام »

Dari Ibnu Umar bahwa seorang lelaki mendatangi Nabi saw dan berkata,”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling diicintai Allah ? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?” Rasulullah saw menjawab,”Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan kedalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi utang atau menghilangkan kelaparan. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk (menuaikan) suatu keperluan lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini—yaitu Masjid Madinah—selama satu bulan. Dan barangsiapa yang menghentikan amarahnya maka Allah akan menutupi kekurangannya dan barangsiapa menahan amarahnya padahal dirinya sanggup untuk melakukannya maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk (menunaikan) suatu keperluan sehingga tertunaikan (keperluan) itu maka Allah akan meneguhkan kakinya pada hari tidak bergemingnya kaki-kaki (hari perhitungan).” (HR. Thabrani)
Hadits ini dihasankan oleh Syeikh al Albani didalam kitab “at Targhib wa at Tarhib” (2623)


Dari Abdullah, katanya: “Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: “Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: “Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”
(Muslim)

Huraian:
Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi.


Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain.

Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...