" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Saturday, November 26, 2011

KISAH ANTARA KITA (1)


BAB 1
Pulang Ke Sekolah

          Pintu itu dikuak sedikit. Kemudian, mukanya dipanculkan keluar. Cuba mengintai jika ada mana-mana posmen datang menghantar surat. Rasanya surat result peperiksaan akhir tahun akan tiba 3 minggu sebelum sekolah dibuka. Ini lagi seminggu setengah, cuti nak habis. Surat masih belum sampai. Nurul mengeluh. Lambatnya…

          Dia kembali masuk ke dalam rumah. Menghenyakkan badan di atas sofa empuk berwarna hitam kelabu. Sofa yang dibeli oleh ibunya setahun lalu. Matanya hampir terlelap. Tiba-tiba, pon! pon!

         Nurul tersentak. Dia melihat luar ke rumah melalui sliding door yang dipasang pada rumahnya. Surat. Dia tersenyum girang. Pantas dia mencapai tudungnya lalu berjalan ke luar rumah. Dia mendekati posmen itu.

          “Ada apa?”

          “Dik, tolong tulis nama, no. ic, tarikh dan tandatangan di sini.” Posmen itu hanya menunjuk dengan jari telunjuknya. Nurul sekadar menuruti apa yang dipinta. Patutlah, surat untuk abahnya. Entah dari mana surat itu dipos, dia sendiri tidak tahu. Lihat pada alamat penghantar, daripada syarikat insurans MAA. Selepas itu, posmen tersebut menyusulkan lagi beberapa surat kepadanya.

          “Terima kasih…” ujarnya sebelum berlalu pergi.

            Usai sahaja memasuki rumah, Nurul segera membelek-belek beberapa surat dalam tangannya. Tertera namanya serta alamat rumah pada salah satu surat tersebut. Debaran menanti ketika jarinya membuka surat itu. Ya, slip keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4.

          Matanya meneliti ke seluruh slip. Dia memperolehi kedudukan ke-6 dalam tingkatan. Hatinya berbunga riang. Mudah-mudahan, dia dapat melangkah ke kelas 5 Science 1 nanti. Itu yang diharap-harapkan. Cukuplah memori di dalam kelas 4 Science 2 dulu memenuhi ruang minda. Yang pasti, dia tidak mahu sekelas dengan pelajar itu lagi. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

         Habis sahaja menunaikan solat Isya’, Nurul mencapai handphone buruknya. Menaip sesuatu untuk dihantar kepada sahabat karibnya, Amirah. Kemudian, dia mencapai novel SESUCI CINTA karya Aina Emir. Novel pemberian kakaknya sebulan yang lalu. Namun, masih lagi belum disentuh. Nurul berazam untuk menghabiskan novel tersebut sebelum sekolah dibuka.

          Tut! Tut!
          Mesej dibuka. Daripada Amirah.
          ‘Wassalam, ok nanti aku datang Manjung. Insya-Allah…’

          Irdina menekan reply.
          ‘Ok, I’m waiting for you…=)’
          Sending message.

          Entah mengapa matanya sungguh pedih kala itu. Nurul membaringkan dirinya di atas katil menghadap ke siling bilik. Hanya pandangan kosong. Bilik yang cukup besar untuk memuatkan 3 orang anak dara. Cuma, dia sendiri lebih suka tidur di bawah. Berbanding kakak dan adiknya yang tidur di atas katil.

          Tangannya mencapai toto berwarna hijau kekuningan lalu dibentangkan di atas karpet lembut berwarna hijau tua. Dia merebahkan badan di atas toto itu. Oh, sungguh nikmat. Alhamdulillah. Dia cuba melelapkan mata. Kepalanya sudah mulai sakit tanda memintanya untuk tidur.

          Amirah memandang adiknya, Farah. Farah cuba mencapai sesuatu. Buku nota barangkali. Dia membantu. “Nurul, awak pergi sekolah bila?”

          Nurul  berpaling. Dia berfikir sejenak menghitung hari. “Emm, mungkin lebih kurang dalam 7 hari lagi…” dia tersengih.

          “Ish, seminggu la tu. Awak datang awalkan nak tolong ustaz buat pendaftaran nanti. Hah, apa kata awak tolong copkan katil saya kat dalam dorm!” cadang Amirah sengaja mengenakan sahabatnya itu.

          “Apa? Banyaklah... Awak ingat saya ni apa ke… Mana boleh macam tu. Awak datang nanti baru saya copkan ye.” Nurul mengenakan kembali. Sama-sama tersenyum dan ketawa. Farah hanya memerhati gelagat dua sahabat itu.

          Selesai sahaja membeli alat tulis, mereka bertiga keluar dari kedai buku Popular itu. Nurul meraba-raba kocek seluarnya untuk mengambil handphonenya. Malangnya, ada seseorang melanggarnya dari arah hadapan. Handphonenya terjatuh. Sudahlah buruk. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Cuma lengannya terasa sengal tiba-tiba.

          Lelaki itu menoleh. Dia turut terkejut. Mungkin langkahya begitu laju sehingga melanggar seorang gadis di hadapannya. “Opps, maaf! Maaf, saudari. Saudari tak apa-apa kan.”

          Nurul sekadar menganggukkan kepalanya. tangan kanannya mencapai handphone yang terjatuh di atas lantai. “Saya okey.” Kemudian, mereka pergi membawa haluan masing-masing. Nurul memegang bahunya. Alhamdulillah masih lagi baik.

          Amirah dan Farah hanya memandang. “Lain kali nak jalan tengoklah elok-elok. Dia ingat ini kedai bapa dia yang punya ke.” Omel Amirah. Nurul memegang bahunya.

          “Sudahlah tu, Mira. Dia dah minta maaf pun.” Farah mengangguk tanda setuju dengan omongan Nurul sebentar tadi. Amirah menghela nafas. Dia beristighfar beberapa kali. Dia kembali tersenyum. Langkah mereka diteruskan lagi ke food court. Ah, laparnya!

           Lelaki yang baru sahaja melanggarnya tadi hanya memandang. Memerhati langkah gadis itu melalui ekor matanya.


***

AIN melangkah keluar dari Perodua Myvi milik uminya. Kereta itu bergerak pergi. Dia masih lagi tercegat di pintu pagar asrama. Tangannya melambai-lambai  sambil matanya mengekori kereta itu. Hilang dari pandangan. Nafas ditarik perlahan. Menghirup kekuatan yang masih berbisa.

          Dia meneruskan langkahnya menuju ke sebuah dorm di aras 2, blok Siti Khadijah aspuri. Tangannya membimbit sebungkus kek coklat yang disiapkan pagi tadi. Nampak enak. Untuk dijamukan kepada sahabat-sahabatnya di dorm. “Assalamualaikum,” ucapnya seraya melangkah masuk.

          “Ain!!!” sahut Nurul, teruja.

          “Woi, jawab salam dulu la… Apalah awak ni,” kata Syahidah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Masih sibuk menguruskan barang-barang peribadi. Syahidah mencebik bibir, “Tahulah… Maaf…”

          Ain tersenyum melihat mereka. Selainnya di situ, Syahidah, Nurul, Zahidah dan 6 orang sahabat mereka turut membantu Ketua Warden menguruskan pendaftaran dan penempatan pelajar-pelajar di asrama. Dia ke katilnya. Barang-barang masih lagi berselerak dan belum dikemas. Terdapat sepuluh bungkus nasi berlauk di tengah-tengah dorm. Semua masih belum terusik.

          “Aik, kau orang tak makan lagi ke? Or you all waiting for me?” Tanyanya. Tersengih.

          “Eh, budak kecik perasan lah…” usik Nurul selamba. “Gurau je. Tunggu semua orang datang baru makan. Tadi ustaz bagi, dia suruh kita makan.”

          “Habiskan lagi tu…” sampuk salah seorang daripada mereka pula.

          “Erm, kalau macam tu… Kita makan nasi dulu, nanti malam kita makan kek coklat.”

          “Kek coklat??? Yummy!” Sarah bersuara. “Ish, awak ni Sarah, tahu makan aja…” Nurul sengaja mengusik. Dia tahu Sarah sudah masak dengan perangainya yang suka katanya ‘kuat makan’. Sedangkan Nurul pun begitu juga. Pantang nampak makanan depan mata.

          Sarah menatang sekotak borang menuju ke meja pendaftaran asrama puteri. Mimik wajahnya masam mencuka. Syahidah dan Zahidah sudah lama di situ. Jam pula sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Dewan Besar masih lagi sepi. Hanya terdapat beberapa orang pelajar-pelajar lelaki yang turut bertugas dan beberapa orang guru. Dia meletakkan kotak tersebut di atas meja yang disediakan. Segera dicapainya sebuah kerusi lalu menghenyakkan badan di atasnya. Sarah menghela nafas lega.

          “Awak ni kenapa? Penat semacam saya tengok,” sapa Syahidah sambil membetulkan kaca matanya, hairan melihat sahabatnya begitu.

          “Saya okey lah. Hah, tu tadi ustaz bagi. Borang maklumat diri.” Balasnya sambil jari telunjuk menunding ke arah kotak itu. “Bagi kat setiap murid yang mendaftar. Okey, saya nak rehat jap. Tadi, turun naik tangga saya dibuatnya.”

          “Uit, mana yang lain?” Zahidah bersuara. “Ada je… Nurul dan Firah pergi tolong Cikgu Hasni kat bilik kaunseling. Yang lain nanti datang. Kenapa?” Tanya Sarah kembali. Dia membetulkan kedudukan kerusi menghadap dua sahabat itu.

           “Kau orang tak perasan ke kita bertiga aje kat sini. Segan aku, yang lain budak laki. Tapi kalau kita blah nanti, ustaz cakap apa pula… Haish,” keluh Syahidah. Zahidah sekadar mendiamkan diri. Tapi dalam hati siapa yang tahu. Mereka berpandangan sesama sendiri.


***

KAKINYA dipercepatkan langkah. Dia perlu segera menyerahkan dokumen itu. Tapi pada siapa. Di situ hanya tiga orang pelajar perempuan sahaja. Orang yang dicari tiada pula di situ.

          “Sarah! Sarah!” suatu suara memanggil.

          Sarah tersentak. Dia berpaling. Majid? Ada apa?

          “Sarah, sini kejap.” Panggil Majid tergesa-gesa. “Kau bagi ni kat Ain. As soon as possible, please.” Ucapnya seraya berlalu dari situ. Meninggalkan gadis itu dalam keadaan tercengang. Pelik dibuatnya.

          Syahidah dan Zahidah hanya memandang. “Ada apa tu?” Tanya salah seorang daripada mereka.

         “Entahlah, dia suruh bagi kat Ain. Suruh cepat pula tu. Tengoklah, bila saya jumpa Ain nanti baru saya bagi. Penat lagi,”rungutnya biasa.

          Kedengaran derapan kasut di luar dewan. Terdapat beberapa orang pelajar ingin mendaftar bagi kemasukan tahun baru. Mana tidaknya, jarum pendek jam di dinding dewan bersebelahan dengan pentas sudah menunjukkan angka 9. Dalam masa yang sama, Ain turut hadir ke meja pendaftaran asrama puteri. Sarah menarik nafas lega.

          Ain menarik sebuah kerusi di belakang dewan. Ingin berehat dan duduk tanpa dipinta. “Ain, ni hah, Majid bagi kat awak. Entah apa ada dalam tu, saya pun tak tahu.” Kata Sarah sambil tangannya menghulurkan dokumen yang diserahkan kepadanya.

          “Oh, ni hal kepimpinan. Terima kasih, ya!” sambut Ain. Bibirnya menguntumkan senyuman. Manis kelihatan. Gadis kecil molek yang berkaca mata itu sentiasa menceriakan keadaan. Senyuman dan nasihat tidak pernah lekang daripadanya.

          Nurul meneruskan perjalanan ke Dewan Besar. Zafirah sudah lama meninggalkannya di situ. Katanya ingin ke tandas dan terus ke dewan. Matanya hanya tunduk ke bawah. Sesekali dia pandang ke hadapan agar tidak melanggar apa-apa. Tiba-tiba, kakinya tersepak sesuatu. Dia terhenti. Sungguh sakit. Dia cuba memeriksa jika ada apa-apa yang berlaku pada kakinya.

          Matanya melilau ke kanan dan ke kiri. Rupanya dia tersepak kotak di hadapan staffroom. Dia segera bingkas. Rasanya kakinya tiada apa-apa. Dia memandang ke hadapan. Nurul terkejut lalu terkesima. Pelajar itu menguntumkan senyuman.

          “Kaki tak apa-apa kan?” tanyanya lembut. Dia???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...