" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Saturday, June 23, 2012

*PERSAHABATAN...dalam 'SYMBIOSIS'??*

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih terus menghirup udara pemberianNya. Subhanallah, tanpa  gas oksigen ciptaanNya, tidak mampu untuk kita terus bernafas di dunia ini. Mari kita renung kembali, sejauh mana kesyukuran kita terhadap setiap kurniaan Yang Esa.

'SYMBIOSIS', saya kira perkataan ini sering kali dijumpai oleh student-student yang mengambil Biology apatah lagi yang ambil major bab ecology. Alhamdulillah, saya dikurniakan ilham dari Yang Esa ketika saya sedang mempelajari tajuk ini dalam subjek BIO200. Jika diikutkan sebenarnya, ini kali ketiga saya belajar mengenai proses ini. Sebelum ini, saya telahpun mempelajarinya dalam Biology Form 4 dan BIO150.  Symbiosis boleh diberi makna secara kasarnya, 'sym'-together(bersama), 'bio'-life(kehidupan) dan 'sis'-process(proses). Sebenarnya di sini, saya tidak ingin mengupas lebih lanjut mengenai ilmu biologi ni. Yalah, tiba-tiba sahaja wujudnya pelajaran Biology. Tetapi saya ingin kaitkan 'dunia persahabatan' dengan 'dunia symbiosis'.

Cuba kita lihat, secara kasarnya, kita dapat simpulkan bahawan 'dunia symbiosis' ini mengenai proses kehidupan bersama. Begitu juga dengan 'dunia persahabatan', ia mengenai kebersamaan insan dalam menjalani kehidupan.

MUTUALISME

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda,
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

MUTUALISME wujud apabila dua spesis berinteraksi untuk memperoleh faedah bagi kedua-dua spesies.


Lichens (fungus+alga)
Salah satu contoh bagi proses ini



Secara jelasnya, lichens ini boleh dijumpai pada batu dan batang-batang pokok. Pada mulanya, gas karbon dioksida akan diserap oleh fungus dan dalam masa yang sama, alga menggunakan sedikit karbon dioksida yang diserap oleh fungus untuk proses fotosintesis(alga tidak boleh menyerap gas ini secara langsun). Dalam proses fotosintesis yang dilakukan, maka terhasillah glukos ataupun karbohidrat. Dengan itu, fungus akan menyerap sedikit karbohidrat yang dihasilkan oleh alga tadi untuk dirinya. Dan begitulah seterusnya.

Okey, berbalik pada kehidupan persahabatan kita. Apabila kita mencari dan berkawan dengan orang-orang yang baik dan soleh, maka kebaikan yang terdapat dirinya itu serba sedikit akan terpias pada diri kita. Tidak mahukah kita ingin menjadi begitu? Kawan yang baik akan saling membantu tidak kira dalam duka mahupun suka. Walaupun berjauhan, doa sentiasa mengiringi untuk sahabatnya itu. Jika kita inginkan sahabat yang baik, maka kita juga perlu menjadi baik.Persahabatan juga akan terserlah keindahannya. Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.

COMMENSALISM

COMMENSALISM ini dapat saya huraikan adalah mengenai satu spesis mendapat kelebihan dari spesis yang lagi satu tetapi spesis yang lagi satu itu langsung tidak mendapat apa-apa kelebihan mahupun kerosakan. 

Proses yang ini, saya tidak pasti sama ada ia biasa berlaku ataupun tidak dalam 'dunia persahabatan'. Tetapi tetap ada. Contohnya, si fulan A meminta pertolongan daripada si fulan B. Jadi, si fulan B ini pun membantu kawannya tadi. Tetapi apabila si fulan A sudah mendapat pertolongan daripada si fulan B, dia pun meninggalkan kawannya itu begitu sahaja. Tidak kasihankah pada si fulan B? Mungkin kita boleh klasifikasikan si fulan A ini seorang yang pentingkan diri sendiri. Apa-apa pun, sebagai seorang muslim kita perlu ada sikap husnudzon(bersangka baik) terhadap kawan kita itu.

PARASITISM

PARASITISM ini berkaitan dengan satu spesis yang mendapat kebaikan daripada spesis yang satu lagi  tetapi spesis yang satu lagi itu mendapat keburukan.

Dalam kehidupan kita sebagai seorang khalifah, tidak lekang dengan keadaan seperti ini. Sekalipun tidak berlaku ke atas diri kita, pasti berlaku kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Selalunya, kita boleh kaitkan hubungan seperti ini dengan 'kawan makan kawan' tidakpun 'talam dua muka'.

Sebagai contoh, saya berikan satu situasi. Si fulan c meminta pertolongan dalam pelajaran daripada si fulan d. Jadi, si fulan d pun membantu kawannya itu. Tetapi dalam masa yang sama, si fulan c ini membuka aib si fulan d tadi kepada orang lain tanpa pengetahuan si fulan d. Atas sikap si fulan c tadi itu, ramai yang memandang serong kepada si fulan d.  Ingatlah, jika kita membuka aib orang di dunia ini, pasti di akhirat kelak, Allah pula akan membuka aib kita sewaktu hari perhitungan nanti. Saat itu, tiada lagi belas kasihan dari Allah. Yang hanya ada adalah perhitungan amalan baik dan buruk.

KONKLUSI

Lihat, betapa Allah itu Maha Bijaksana. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi yang perlu kita gali dan cari. Mungkin, kita fikir kalau proses simbiosis ini tidak berlaku pasti alam ini berada dalam keadaan yang tidak seimbang.

Tetapi lihatlah dari sudut mata hati. Sejauh mana 'dunia persahabatan' kita. Adakah kita tergolong dalam mutualism(saling membalas kebaikan)? Atau commensalism(hanya mementingkan diri)? Ataupun parasitism(menyakiti kembali kawan yang memberi kita kebaikan)? Semua itu tanya kembali pada diri.

Subhanallah, indahkan setiap aturan Allah Yang Maha Adil. Dia mengetahui setiap yang nyata dan tersembunyi. Sebab itu, setiap apa yang kita pelajari, tidak kiralah dalam bidang agama, perakaunan, sains tulen mahupun bidang-bidang yang lain, cuba kita kaitkan kembali dengan kehidupan kita. Allah tidak akan mencipta sesuatu tanpa terselitnya pengajaran di sebalik itu. Sama-sama kita renungkan kembali. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Dalam surah ar-Rahman, Allah berfirman dan ayat ini berulang sebanyak 31 kali,
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"




"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

*~Setakat ini dahulu perkongsian saya. Andai ada yang tersalah bicara sewaktu menulis, silakanlah menegur. Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Setiap yang baik itu datangnya dari Allah. Dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. Hakikatnya kedua-dua tersebut datang dari Allah Yang Pengasih Maha Penyayang dan disandarkan ke atas diri saya yang kerdil ini. semoga perkongsian kali ini memberi iktibar kepada kita semua. ^_^~*

Tuesday, June 19, 2012

~Indah Tarbiyah Allah~




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang mengurniakan ilham untuk menulis dan berkongsi serba sedikit apa yang saya pelajari sepanjang perjalanan kehidupan ini.

Cuba kita renung ayat al-Quran di bawah ini,

Allah s.w.t. berfirman dalam kitabul karim, "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Apabila saya renung kembali suasana di zaman sekolah menengah dahulu, alangkah indahnya andai saya dapat berada di suasana itu sepanjang masa. Betapa rindu hati ini pada ketika itu. Namun, hanya Allah Yang Mengetahui apa yang terbaik buat diri saya. Sebelum ini, saya pernah apply untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir, namun atas kesulitan yang berlaku, saya membatalkan niat itu dan melanjutkan pengajian ke universiti tempatan. Mengapa saya teringin benar melanjutkan pengajian saya ke Mesir? Kerana saya tahu, bi'ah solehah yang terdapat di sanalah yang saya cari. Tetapi ingatlah, kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang.

Baru-baru ini, saya mengikuti satu program usrah luar kampus, 'AHLAN ILA KAMPUS'  yang dijalankan berdekatan dengan kampus universiti saya. Kakak usrah saya yang ajak untuk sertai sama. Seronok saya bersama sahabat-sahabat yang sefikrah dengan saya. Biarpun hanya sebentar pertemuan itu, saya yakin ukhuwah yang terjalin akan berkekalan. Terus terang saya katakan, selama dua semester saya berada di kampus, saya seakan hilang arah. Saya teraba-raba mencari cahaya yang terang itu. Setiap kali saya ingatkan sekolah pasti menitis butir-butir jernih di mata ini. Malah, saya merasa begitu cemburu dengan sahabat-sahabat lama saya kerana mereka mudah untuk mendalami ilmu agama. Namun, saya tetap cuba untuk tabahkan diri menghadapi dugaan ini.

Betapa indahnya aturan Allah, Dia Yang Maha Berkuasa telah menemukan saya dengan seorang kakak. Tika itu, semangat saya yang mulai turun, bangkit semula. Baru saya sedar, dalam perjuangan kehidupan ini, saya tidak boleh mudah menyerah kalah dan berputus asa. Ya Allah, agungnya kekuasaanMu...

Banyak perkara yang saya perolehi melalui program itu. Baru saya sedar mengapa saya masih berada di sini tetapi bukan di sana. Allah itu Maha Adil Maha Mengetahui. Dia tahu siapa saya dan apa yang saya hadapi. Dia tahu akan kemampuan saya. Dia tidak pernah jemu untuk mentarbiyah diri kita. Banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dalam memperbaiki diri ini. 

Biarpun, setahun itu merupakan jangka masa yang panjang untuk saya mencari kembali siapa diri saya, apa matlamat sebenar saya, saya berasa sungguh bersyukur. Allah sebenarnya tidak pernah rasa jemu untuk mendengar rintihan kita, malah Dia amat menyukainya. Pernah tak, kita terfikir, baru sikit kita dicuit dengan dugaan yang tidak disangka, kita sudah mula nak melatah. Sedangkan kita perlu bersyukur kerana Allah masih menyayangi kita. Dugaan yang datang itu tanda kasih sayang-Nya pada kita.

Di semester 3 ini, saya cuba untuk terus istiqamah dalam perjuangan dakwah ini. Saya tahu, Allah pastikan akan temukan saya lagi dengan mereka yang amat saya perlukan dalam perjuangan ini. Dan saya tahu, banyak lagi dugaan dan rintanga yang perlu saya tempuhi selagi nyawa dikandung badan.

Di sini, saya ingin sangat kongsikan satu analogi. Pasti ramai di antara kita pandai memandu kereta termasuk saya. Perasan tak, kita amat memerlukan cermin hadapan untuk berhati-hati dalam pemanduan. Dan kita juga akan sentiasa memandang cermin hadapan. Tetapi kalau cermin belakang, kita hanya pandang bila perlu sahaja. Begitu juga dengan kita. Islam itu bukannya cermin belakang yang hanya diperlukan untuk sesetengah ketika...tetapi Islam itu seperti cermin hadapan yang menjadi matlamat dan kita amat memerlukannya sepanjang perjalanan hidup kita.

Mari kita renung kembali, di mana tahap iman kita. Adakah kita ini sudah benar-benar beriman? Sama-sama kita dan saya sendiri merefleksi diri kita.

Pernahkah kita tanya pada diri kita sendiri, tak nak kah aku meneruskan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam membawa dakwah islamiyah?

Ingatlah, walaupun kita bukan meruapakan pelajar jurusan agama, kita hukanlah ustaz mahupun ustazah tetapi Islam itu smemangnya perlu diutamakan. Walau di mana jua kita berada, usaha untuk mendalami ilmu agama itu amat penting. Allah sentiasa memandang setiap titik-titik usaha yang kita lakukan. Untuk bernujahadah itu sememangnya amat pahit yang perlu kita rasai tetapi yakinlah, di sebalik mujahadah itu tersingkap ganjaran yang amat besar dari Allah, syurga yang indah.

Marilah kita sama-sama membina individu muslim dalam diri kita. Peringatan bersama buat saya dan kamu semua, sahabatku. Wallahu'alam.

Sunday, May 13, 2012

~kenalkah hati ini dengan CINTA PENCIPTA YANG ESA?~

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang Maha Mengasihani...

Suatu hari saya membuka FB seperti hari sebelum-sebelumnya. Seperti biasa, saya akan membaca post-post sahabat yang dipostkan pada wall. Tiba-tiba, saya terbaca sesuatu pada post seorang ukhti ini. Saya tergerak hati dengan statement ini...'kenalkan hati dengan CINTA PENCIPTA sebelum CINTA MANUSIA'. Saya cuba memahami ayat ini sebaiknya. Tetapi entahlah...hanya Tuhan saja yang tahu. Saya teringatkan seorang kakak naqibah, ketua usrah saya di kampus. Lalu, saya bertanyakan hal ini kepadanya. Di sini, saya kongsikan perkongsian yang kakak ini berikan kepada saya.

*****


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Tentang persoalan ukhti yang disayangi..akak merasakan akak tak layak untuk menerangkannya,kerana diri sendiri pun masih merangkak2 mencari cinta PENCIPTA..Apapun,moga ianya menjadi panduan kita bersama dalam menggapaiNYA.

Apa yang perlu kita faham,CINTA tidak akan hadir jika kita tak betul2 kenal, jadi semakin kita mengenal seseorang itu,semakin kita merasa kecintaan kepadanya. Seterusnya, kita kena tahu mengapa pentingnya kita mengenal ALLAH,kerana Dialah pencipta kita,Dialah pemilik kekuasaan di langit & di bumi,Dialah segala-galanya. Jika kita benar-benar mengena ALLAH pasti kita akan mencintaiNYA melebihi segala-galanya.

Kita juga perlu mengetahui apa tandanya seseorang itu mencintai Allah dengan sebenar-benarnya dan kesan pada sikap & tingkah lakunya. jadi disini kita dapat menilai sejauh mana kecintaan kita pada Allah. 

Kata ibn Qayyim, Jika seseorang itu betul2 mengenal Allah,akan lahir perasaan malu padaNYA, rasa kecintaan yang tak berbelah bagi, kerinduan, rasa kedekatan dengan ALLAH,& pengharapan hanya pada ALLAH.Seperti mana kisah Rabiatul Adawiyah dalam kecintaannYA pada Allah menandakan dia benar2 mengenal ALLAH. Boleh baca kisah Rabiatul Adawiyah,sebagai inspirasi dalam menuju CintaNYA.

Cinta itu fitrah. Jadi terpulang kepada kita meletakkan cinta itu di tingkat yang tertinggi atau di tingkat yang paling bawah,kerana cinta itu terbahagi kepada 2 iaitu CINTA yang syar'i dan Cinta yang tidak syar'i. Kedua2 cinta ini mempunyai tanda yang sama tapi buah yang berbeza. Cinta yang tidak syar'i hanya membuahkan syahwat semata,sedangkan CINTA SYAR'i akan membuahkan IMAN.



Tentang cinta yang berlandaskan hawa nafsu semata, Di dalam Al-Quran surah Al-Imran:14,Allah berfirman dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan2,anak2,harta benda y bertumpuk,dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allahlah tempat kembali yang baik.


Pada ayat seterusnya 3:15 Allah menerangkan Tentang CINTA Y SYAR'I seolah2 Allah membuat perbandingan antara 2 cinta ini, Allah berfirman , katakanlah,''mahukah Aku kabarkan kepada mu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?'Bagi org2 yang bertaqwa di sisi Tuhan mereka surga2 yang mengalir di bawahnya sungai2,mereka kekal di dalamnya, dan pasangan2 yang suci,serta redha Allah. Dan Allah Maha melihat hamba-hambanya.

Rasulullah juga mengajarkan kepada kita meletakkan CINTA ALLAH dan RASUL lebih tinggi berbanding cinta2 yang lain termasuk diri kita sendiri,kerana CINTA itulah cinta yang tertinggi,bahkan Allah menawarkan kepada kita sesuatu yang lebih,dan sangat lebih baik yang akan kita dapat jika kita meletakkan CINTA ALLAH & Rasul adalah yang tertinggi. Allah juga bagitahu kita, jika kita kejar cinta hanya berlandaskan hawa nafsu semata,itu hanya kesenangan di dunia yang sementara. Sedangkan apa yang lebih penting yang patut kita pertimbangkan adalah kehidupan di akhirat yang lebih kekal.

Cinta di dunia, jika tidak didasarkan dengan IMAN kepada Allah hanye dapat dikecapi di dunia sahaja, Banyak kisah2 terdahulu yang boleh kita ambil iktibar darinya,contohnya isteri firaun.cinta yang dikecapi brsama suaminya yang tercinta hanye sebentar cuma,kerana setelah dia MENGENAL PENCIPTA yang sebenar,dia lebih memilih untuk disiksa di dunia sanggup berkorban demi mempertahankan cinta ALLAH,sebab dia yakin aakn janji2 ALLAH tentang kehidupan yang lebih baik di akhirat sana.Bahkan dia akan mendapat pasangan yang lebih baik di sana nanti.



Itulah diantara tanda2 cinta,sanggup berkorban. Orang yang bercinta akan merasa kagum dengan orang yang dia cintai,banyak menyebut, taat,sentiasa mengharap cintanya di balas, cemas jika cintanya tak dibalas, rela berkorban..itulah tanda2 cinta yang ada pada org yang jatuh cinta samada CINTA itu SYAR"I atau tidak.


akak ambil satu contoh perbandingan pengorbanan cinta syar'i dan cinta yang tidak syar'i.

Tentang cinta y syar'i ,kita dapat tengok di palestin bgaimana mereka berjuang,berkorban bermatia-matian, berkorban harta,kepentingn diri,sanggup meninggalkan isteri,anak2 dan kesenangan di dunia,semata2 untuk memenangkan agama Allah,kerana mereka yakin dan beriman adanya kehidupan d akhirat,walaupun tidak dapat bersama di dunia,mereka akan bersama di syurga kelak,seperti mana surah at-tur;21, Dan orang2 yang BERIMAN,beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka di dalam syurga, dan kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya.Inilah cinta yang membuahkan KEIMANAN YANG SEBENARNYA kepada ALLAH.

sedangkan cinta yang tidak syar'i, sanggup berkorban duit untuk orang yang dicintainya,nyanyian2 yang menunjukkan pengorbanan cinta,lautan api sanggupp direnangi,hehe contohnye,korban diri sampai ada yang membunuh diri jika cinta tak terbalas,sanggup korbankan maruah demi cinta..itulah cinta yang buahnya SYAHWAT semata2.

jadi,apa yang penting di sini ialah kita berusaha menggapai cinta ALLah,jika itu kita dapat insyaALLAh yang lain akan mengiringi..Ingatlah janji ALLAH lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

Jadi,akak akhirkan kalam dengan kata2 Rubie ibn Amir : ‘’Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat’’.
Yang baik itu semuanya dari Allah,yang buruk itu dari kelemahan akak sendiri,moga Allah mengampunkan dosa2 kita semua.amin

Wallahua'lam('',)


******

Moga apa yang dikongsikan di entri kali ini serba sedikit membantu kita dalam memperbaiki kelemahan diri. Selagi nyawa terus bernafas, sama-sama kita tajdidkan cinta kepada Allah Yang Maha Agung.

Saturday, May 12, 2012

cerpen: 'AKH, AKU PERLU KAMU!'


            Pagi itu suasana agak mendung. Hujan berjurai-jurai jatuh membasahi bumi. Taufiq masih lagi kaku di situ. Dia masih lagi belum berganjak dari tempat duduknya. Kedengaran air hujan yang lebat menghentam bumbung pondok itu. Tangannya mengetuk-ngetuk meja pondok menghasilkan bunyi seiring dengan alunan hujan tika itu. Jauh dia termenung. Namun, fikirannya kosong.

            “Assalamualaikum...” sapa suatu suara. Di hadapannya kini berdiri seorang lelaki sambil memegang sebatang payung ditangan kanannya.

            Taufiq menoleh. “Waalaikumussalam..” perlahan sahaja jawapannya.

            “Ya Allah, Fiq... Ana tengok kamu duduk sini sejak lepas Asar tadi. Sekarang dah pukul 6 petang. Hujan pula tu... Tak nak balik ke?” tanya Ikhwan sambil mengambil tempat bertentangan dengan Taufiq.

            “Nantilah, ustaz. Saya belum habis lagi merenung ciptaan Allah...”

            “Astaghfirullah...janganlah panggil ana ustaz. Ana ni, ilmunya tak banyak mana pun... Herm, merenung ke termenung?” balas Ikhwan dengan nada mengusik.

            “Huh?!”

            “Setahu ana, kalau kita merenung...kita tak kan mengeluh malah terus tersenyum. Ni dari tadi ana tengok, muka kamu macam dirundung masalah. Atau kamu memang ada masalah?” tanya Ikhwan lagi.

            “Eh, tak ada lah...” ujar Taufiq acuh tak acuh. Pandangannya masih lagi tertumpu pada hujan lebat yang turun.

            Ikhwan mengangkat kembali payung berwarna hijau itu. “Sudahlah, kalau kamu ada masalah, bagitahu aje ana. Kut-kut ana boleh tolong... Macam tak biasa je..”

            Taufiq sekadar menganggukkan kepalanya. “Dah jom! Hujan pun tiada tanda nak surut lagi ni. Nanti kamu tak makan pula sebelum Maghrib nanti. Jom, ana belanja kamu makan petang ni..!” ujar Ikhwan pula. Terukir senyuman di bibirnya. Cuba memujuk hati seorang teman di hadapannya.

            “Tapi, ustaz...”

            “Eh, tak ada tapi-tapi...” potong Ikhwan seraya menarik tangan Taufiq. Mengajak berjalan seiring di bawah sebatang payung ke gerai makanan. Kebetulan pula, sememangnya Taufiq tidak membawa payung ke situ. Taufiq hanya mampu tersenyum biarpun pahit.

***
            “Assalamualaikum...”

            “Waalaikumussalam...”

            “Amin, aku nak minta tolong boleh?”

            “Kau nak minta tolong apa? Tak nampak ke aku tengah sibuk ni?

            “Tapi aku...”

            “Aku nak kena cari pengisian untuk usrah aku nanti. Kau minta ajelah siapa-siapa... Tak pun, kau pergi cari ustaz. Aku rasa dia tengah study kat surau tu.”

            “Amin, aku...”

            “Kan aku cakap jangan ganggu aku sekarang. Nanti-nanti ajelah kau minta tolong... Aku tengah busy ni.” Tegas suara itu. Taufiq hanya mampu mengalah.

            Tiba-tiba, ada seseorang menepuk bahu Taufiq yang sedang termenung. Pantas Taufiq menoleh. “Eh, Amran...”

            “Fiq, aku nak minta tolong kat kau.” Kata Amran seraya melabuhkan punggungnya di sebelah kawannya itu.

            “Ada apa pula? Tak pernah kau...”

            “Ish, kau ni. Aku tengok kau tengah free saja lah aku nak minta tolong. Tak kanlah itu pun tak boleh...”

            “Okey..okey. Tak..tak. Kau nak aku tolong apa malam-malam cam ni, Am?” tanya Taufiq.

            “Cam ni... aku...” Amran membisikkan sesuatu di telinga Taufiq. Berharap tiada siapa dapat mendengarinya.

            Dari jauh, Ikhwan hanya mampu melihat kedua orang kawan itu. Rasa tidak sedap hati mengundang hatinya. Seperti ada sesuatu yang tidak enak akan berlaku. Namun, dia cuba untuk bersikap husnuzon. Kemudian, disambung kembali tutorial yang diberikan pensyarah subjek Fiziknya siang tadi.

***
            Mereka berdua berjalan menuju ke bangunan fakulti. Bunyi-bunyi cengkerik memecah kesunyian malam. “Am, kau kata nak ambil fail kau. Tak kanlah nak kena pergi ke fakulti...” Hati Taufiq mula rasa tidak senang hati.

            “Memanglah, sebab fail aku tertinggal kat fakulti.” Terang Amran sungguh-sungguh.

            Taufiq hanya menuruti sahaja. Hal ini kerana dia sudah berjanji untuk menemani Amran malam itu.

            Setelah beberapa minit berjalan, tiba juga mereka di bangunan fakulti. “Hah, kau tunggu kat sini, Fiq. Aku masuk bilik tu sekejap. Atau kau nak ikut?”

            “Tak apalah. Kau tak lama kan...Aku tunggu kat sini aje.” Balas Taufiq sambil berpeluk tubuh.

            AMran melangkah pergi meninggalkan Taufiq sendirian di situ. Selang beberapa minit, kelihatan kelibat seseorang tidak jauh dari situ. Sepertinya seorang gadis. ‘Apa budak ni jalan seorang diri waktu-waktu macam ni...’ getus hati Taufiq.

            Gadis itu menghampiri Taufiq yang masih lagi berdiri di situ. Taufiq tersentak melihat gadis bertudung litup itu. “Shira?” terpancul nama itu dari mulutnya.

            “Apa Shira buat malam-malam macam ni kat sini? Kan bahaya.” Tegas sahaja suara Taufiq.

            Shira hanya tersenyum manis. Senyuman itu menggugat hatinya. “Saya nampak awak seorang diri kat sini. Jadi, saya ingat nak minta awak teman saya pulang ke kolej.” Lembut suara itu.

            Taufiq masih lagi cuba bersikap biasa. Bukan dia tidak tahu sememangnya Shira menaruh harapan padanya semenjak mereka di semester 1 lagi. Cumanya, dia sendiri yang buat endah tak endah terhadapa gadis itu. Bukan apa, hatinya hanya buat seorang isteri yang Allah telah tetapkan buat dirinya.

            “Kita tunggu Amran, jap.”

            “Amran? Saya tak nampak pun siapa-siapa di sini.”

            “Tapi, Shira...”

            “Taufiq...” suara itu sengaja dilembut-lembutkan biar Taufiq hilang pertimbangan. Tangan lelaki itu cuba untuk diraih.

            “Shira, apa ni? Saya tak suka awak buat saya begini.” Suaranya dilantangkan.

            “Kenapa awak tak nak terima saya, hah? Alah, awak pun sama sahaja dengan lelaki-lelaki tak guna kat luar tu. Jangan nak tunjuk alim sangatlah..! Awak ingat saya tak tahu yang awak pernah bercouple sebelum ni...” Shira membalas kembali.

            Taufiq terkedu. Ya, dia sendriri akui akan kisah silamnya itu. Tetapi sewaktu dia jahil akan itu. Selepas apa yang pernah Muhaimin beritahu padanya, dia mulai insaf. “Shira, tolong jangan buat saya begini. Itu dulu. Tapi sekarang, saya ada prinsip.” Matanya melihat sekeliling. Namun, kelibat Amran belum muncul lagi.

            “Fiq...” Shira cuba meletakkan dirinya ke dalam dakapan lelaki itu. Taufiq menolak. Namun, Shira terus berkeras. Sehingga mereka berdua jatuh ke tanah. Badan Taufiq menghempap tubuh kecil Shira. Tidak semena-mena, ada suluhan cahaya menerangi keadaan mereka.

            “Astaghfirullah al’azim...” ucap salah seorang yang melihat keadaan itu. Cepat-cepat Taufiq menolak Shira ke tepi dan bingkas bangun.

            “Amin, cuba kau tengok siapa...”

            Muhaimin melangkah ke hadapan. Dia terkedu. Lidahnya kelu. Seakan tidak percaya apa yang sedang dilihatnya kini. Sahabat baiknya sendiri. “Fiq???”

            “Muhaimin, Taufiq cuba mencabuli kehormatan saya...” sayu suara Shira. mula kedengaran esakkan daripadanya.

            “Amin, aku boleh jelaskan apa yang berlaku.” Taufiq cuba untuk membela diri. Muhaimin menggeleng-gelengkan kepalanya. Terpancar raut kesal di wajahnya.

            Tanpa memberi peluang kepada Taufiq untuk berkata apa-apa, Muhaimin terus sahaja bertindak terhadap apa yang berlaku. “Bawa mereka ke bilik gerakan MTK. Nanti aku panggil Ikhwan datang.” Muhaimin terus sahaja berlalu. Wajah itu langsung tidak ditatap.

***
            Ingatannya masih segar akan peristiwa dua malam yang lalu. Dia buntu terhadap apa yang telah berlaku. Mengapa dirinya yang menjadi mangsa keadaan? Ya Allah...

            “Assalamualaikum... Seorang aje?” sapa Ikhwan dari belakang.

            “Waalaikumussalam. Haah, tadi keseorangan. Tapi dah ada ustaz, berdua lah...” Ikhwan tersengih mendengar kata-kata itu. Kuat sungguh lelaki ini. biarpun ada masalah yang menimpa dirinya, dia masih lagi mampu untuk berlawak.

            “Ana duduk kat sini, boleh?”

            “Boleh, silakan...

            “Subhanallah...cantikkan ciptaan Allah!” ucapnya memuji keagungan Pencipta Ynag Esa. Taufiq mengangguk sambil tersenyum kecil.

            “Benar...” perlahan sahaja suara itu.

            “Kamu perasan tak, setiap yang terjadi pasti Allah turunkan hikmahnya. Kadang kala kita sendiri yang tidak mahu berfikir akannya...”

            “Eh?”

            “Yalah, kadang kala kita ni tak sedar yang kita seakan menyalahkan ketentuan Allah terhadap apa yang berlaku pada diri kita.”

            Taufiq memandang wajah itu. Tenang sahaja mukanya. Apa yang cuba disampaikan?

            “Ana dapat rasakan yang kamu tidak bersalah malam itu...”

            “Tapi, ustaz menyokong kata-kata Amin.”

            “Ya, memang ana menyokong apa yang diperkatakan oleh Amin. Sebab ana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Tambahan pula, waktu tu sudah larut malam. Ana nak semua yang terlibat bertenang dalam menangani hal ini.”

            “Apa lagi, ustaz dah percaya apa yang saya jelaskan malam itu, beritahulah pada Amin.”

            “Taufiq, ana faham perasaan kamu. Tapi kita tak ada bukti yang kukuh. Lagipun, kamu sendiri sedia maklum, kes kamu ni masih lagi dalam siasatan. Ana sendiri tak nak yang bersalah dibiarkan manakala yang tidak bersalah dikenakan hukuman. Kita kena adil dalam menangani sesuatu masalah. Jangan risau... InsyaAllah, perkara ini akan berpihak pada kamu. Teruskan bersabar, sabar itukan separuh daripada iman. Teruskan berdoa, berdoa itu kan senjata mukmin.”

            Taufiq menghela nafas lega. Dia bersyukur kerana Allah mengurniakan seseorang di kala dia keseorangan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia sesekali tidak menzalimi hambaNya bahkan hambaNya itu yang menzalimi dirinya sendiri.

            “Fiq, malam ni ada forum kat masjid. Amin jadi salah seorang panel yang diundang. Jom, datang dengan ana.”

            “Tapi...”

            “Fiq, tuntut ilmu kan wajib. Allah merahmati hamba-hambaNya yang sukakan majlis ilmu. Biarlah apa orang nak kata, Allah kan ada. InsyaAllah, semuanya okey.” Ikhwan memujuk. Taufiq mengangguk setuju.

***
            Hampir 2 jam forum pada malam itu berlangsung. Tajuk forum berkenaan dengan ukhuwah. Seakan terkena pada dirinya dan Muhaimin. Dia hanya mampu mengeluh. Kemudian, kembali beristighfar. Dia teringat sebuah kisah persahabatan dalam sebuah novel bertajuk ‘Sinergi’. Bagaimana Asid terus bersangka baik terhadap sahabatnya, Irfan biarpun perkara yang berlaku serba sedikit melukakan hatinya.

            “Mukmin, baguslah senior kita si Muhaimin tu. Isi-isi yang disampaikan cukup bernas.” Kata seorang pelajar junior kepada sahabatnya.

            Sebaik sahaja Taufiq keluar dari tempat solat lelaki, segera Muhaimin merapati tubuh itu lalu memeluk sahabatnya. “Wah, Fiq... Bestlah kau bagi forum tadi. Seronok aku dengar.” Taufiq tersenyum mendengar kata-kata itu.

            “Lepas ni, kau pula tau. Mana aci aku aja yang ke depan...”

            “Hey, aci kat India lah...” ujar Muhaimin pula. Sama-sama mereka ketawa.

            “Ehem... Termenung apa tu?” usik Ikhwan yang sedari tadi sudah ada di belakang Taufiq. Sengaja dibiarkan Taufiq melayan perasaannya.

            “Tak ada apa-apalah... Saya okey.  Jom, saya belanja ustaz minum kat kafe.” Ikhwan tersengih mendengar ajakan itu.

            “Sengih aja ya...”

            “Yalah, dah ada orang ajak. Tak elok ditolak kan...” Ikhwan terus sahaja tersenyum. Taufiq mula menunjukkan reaksi positif

***
            “Naim, aku kat kedai cenderahati ni. Kau kat mana?” tanya Taufiq. Telefon bimbitnya masih lagi di telinga kiri.

            “Okey...okey. Lagi 5 minit, aku datang. Kau tunggu situ. Jangan pergi mana-mana.” Naim memberi arahan.

            “Aku tunggu kat tempat teksi ajalah...”

            “Fiq, aku kata tunggu situ aja!”

            Taufiq tetap meneruskan langkahnya melintas jalan raya itu. Dia masih leka dengan telefon bimbitnya. Tiba-tiba, tanpa dia sedari datang sebuah kereta yang dipandu laju. Belum sempat kereta itu membrek sehabisnya, dumm!!! Telefon bimbit milik Taufiq terpelanting ke bahu jalan.

***
            Shira menjadi tidak senang duduk di biliknya. Dia merasa bersalah terhadap apa yang terjadi terhadap Taufiq. Tambah-tambah lagi, Taufiq dimasukkan ke hospital kerana kemalangan. Dia sendiri sudah tidak sanggup dengan fitnah yang berlaku. Segera dia mempersiapkan diri. Dia perlu segera berjumpa dengan lelaki itu. Ya, sebelum segalanya menjadi lebih rumit.

            Gadis itu masih lagi kaku di hadapan bilik gerakan itu. Entah mengapa, dia sendiri tidak pasti dengan apa yang perlu dilakukan sekarang ini. Tiba-tiba, muncul seseorang di sebalik pintu.

            Segera dia menghampiri. “Assalamualaikum, Farhah...”

            “Eh, Shira. Nak jumpa siapa?” tanya Farhah sambil mengukir senyuman.

            “Herm, Muhaimin ada?”

            “Ada...”

            “Saya ada perkara nak cakap dengannya.” Kata Shira kelam kabut. Farhah dan Sarah saling berpandangan. “Kalau boleh, kamu berdua ikut serta sekali...” pinta Shira. Mereka bertiga memasuki bilik gerakan itu bersama-sama.

***
            “Ada apa awak nak jumpa kami, Shira?” tanya Muhaimin.

            Shira menundukkan wajahnya. “Saya nak jelaskan mengenai kejadian malam itu.” Kedengaran Shira menangis.

            “Sebenarnya, malam itu Taufiq tak bersalah. Saya yang bersalah.” Muhaimin, Ikhwan, Majid, Farhah dan Sarah terkejut mendengar kata-kata itu.

            “Saya tahu sepatutnya saya jelaskan hal yang sebenarnya. Tapi saya ada sebab tersendiri.”

            “Apa sebab awak?” tanya Majid tegas.

            “Ini semua angkara Amran. Dia yang merancang semua ini. Dia yang menyuruh saya menggoda Taufiq pada malam itu. Dia yang sebenarnya...nak rosakkan ukhuwah antara Muhaimin dan Taufiq. Dia tak suka persahabatan yang trjalin antara kalian. Jadi, dia gunakan perasaan saya terhadap Taufiq sebagai satu helah. Macam-macam dia ugut saya kalau saya tak buat begini.”

            “Ya Allah... Habis, kamu pun ikut saja kata si Amran tu?” Shira menganggukkan kepalanya. Tangisannya masih lagi belum berhenti, semakin menjadi-jadi. Sungguh kesal rasanya di hati. “Kamu tau tak, kamu seolah telah menggadai maruah kamu sendiri. Sanggup kamu lakukan semua ini.” sambung Ikhwan lagi.

            Shira terus sahaja menangis. Farhah dan Sarah di sisinya cuba memujuk.

            “Astaghfirullah al’azim...apa yang aku dah buat ni? Fiq, maafkan aku...”

            Baru beberapa jam yang lalu, dia dan skuadnya beserta jawatankuasa MPP menangkap Amran di rumah sewanya. Menurut maklumat yang diberikan Shira, Ilham turut mengedar dadah. Rupa-rupanya, dialah pengedar dadah terbesar di kawasan perumahan itu. Amran sudah pun ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis. Manakala Shira pula dihantar ke pusat pemulihan akhlak.

            Tiba-tiba, dia teringat akan sahabatnya yang terlantar di hospital. Sudah hampir dua minggu Taufiq di hospital. Namun, dia masih belum melawat sahabatnya itu. Keadaan Taufiq selepas kemalangan itu agak kritikal. ‘Apa guna kawan aku ni?!!’ Muhaimin memarahi dirinya sendiri.

***
            Muhaimin masih lagi tercegat di hadapan pintu bilik sahabatnya itu. Ikhwan sudah lama beredar pergi membeli minuman. Haus, katanya. Dia dapat merasakan tiada kekuatan dalam dirinya untuk bersemuka dengan sahabat yang sudah lama tidak dihiraukan.

            “Ya Allah, kenapa kamu tak masuk lagi ni? Cepatlah, ana yakin Taufiq sudah lama menunggu kamu.” Kata Ikhwan sambil memegang plastik yang berisi minuman.

            Dengan alunan bismillah, Muhaimin menggagahkan kakinya melangkah masuk ke bilik itu. Pantas Taufiq menoleh melihat siapa yang hadir. Dia tersenyum. Senyuman melebar tatkala melihat sahabat yang amat dirindui datang melawat.

            “Assalamualaikum... Ni aku bawakan buah kiwi untuk kau.” Muhaimin meletakkan plastik berisi beberapa buah kiwi di meja sisi lalu melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi.

            “Waalaikumussalam. Kau apa khabar?” tanya Taufiq pula.

            “Alhamdulillah... Eh, sepatutnya aku yang tanya khabar kau.”

            “Aku? Alhamdulillah, syukur pada Allah. Patah kaki aja...”

            “Serius juga aku tengok.”

            “Bolehlah... Sekurang-kurangnya tak dapatlah aku nak main bola tampar petang-petang. Hehe...” Sama-sama mereka tertawa. Kemudian, diam kembali.

            “Fiq, aku...aku minta maaf apa yang berlaku dengan ukhuwah kita.”

            Taufiq hanya tersenyum. “Aku dah lama maafkan kau.”

            “Tapi aku rasa bersalah sangat kat kau. Aku dah tahu semuanya pasal malam tu. Shira dan ceritakan segalanya. Kenapa masa tu aku rasa nak salahkan kau aja...” Muhaimin menundukkan wajahnya.

            Melihat keadaan sahabatnya itu, Taufiq memegang tangan Muhaimin. “Amin, sudahlah tu... Anggaplah ini sebagai salah satu ujian dari Allah dalam menguji sejauh mana keutuhan ukhuwah kita. Apa yang berlaku tu biarkanlah berlalu. Tapi satu aja aku nak cakap kat kau...”

            “Apa dia?”

            “Dalam persahabatan ni, kita kena saling memerlukan. Akh, aku perlukan kamu dalam kehidupan ini. Kau dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Aku tak nak kehilangan kau lagi. Cukuplah aku merasai derita tatkala tanpa kau di sampingku. Kalau kau nak masuk syurga, bawalah aku sekali...” Luah Taufiq terus.

            Muhaimin masih lagi tertunduk. Ada linangan air mata di kelompak matanya. Namun, cuba ditahan agar tidak mengalir. “Eh, kau menangis ke?”

            “Mana ada. Siapa kata aku menangis?”

            “Eleh, macamlah aku tak tahu yang hati kau ni sensitif. Ingat tak, pernah kau menangis lepas tengok satu filem sedih lepas habis SPM...”

            “Itu dulu, time aku tak matang lagi. Sekarang aku dah matang lah...”

            “Yalah tu... Amin, ni ada hadiah untuk kau. Hari tu, aku ingat nak beri sesuatu untuk birthday kau. Tapi dah hancur dek kemalangan yang aku alami,” kata Taufiq seraya menghulurkan seuntai tasbih buat sahabatnya.

            “Eh, ni kan tasbih kesayangan kau...”

            “Tak apalah. Memberi sesuatu yang kita sayang bukankah lebih baik? Kau yang pernah bagi tazkirah pasal ni kat aku dulu..”

            Terkoyak senyuman Muhaimin.

            “Kasihan, Shira...jadi mangsa keadaan.” Luah Muhaimin.

            “Hah, apa kata kau ambil Shira, aku ambil Farhah. Hehe...”

            “Kau kata apa?”

            “Aku gurau jer. Kau menaruh hati kat Farhah ye???”

            “Eh, mana ada! Aku tak kata apa-apa pun.”

            “Yalah tu... Tengok air muka kau pun aku dah tahu. Betul kan? Jangan nak selindung lah... Dah merah padam dah tu...” usik Taufiq bertubi-tubi.

            “Yalah...yalah... Aku mengaku aku ada hati kat dia. Dahlah, kalau ada jodoh tak ke mana lah...”

            “InsyaAllah, amiin...”

            “Amiin... Eh, nama aku lah...”

            Ikhwan hanya melihat gelagat dua orang sahabat itu di sebalik pintu. “Terima kasih, ya Allah... Engkau telah menyatukan kembali dua sahabat yang amat saling memerlukan. Alhamdulillah...”

            Ikhwan menguak pintu bilik. Muhaimin dan Taufiq menoleh. “Assalamualaikum...”

            “Waalaikumussalam...” jawab mereka serentak.

            “Tak nak ajak ana makan buah kiwi tu ke?” Ikhwan sengaja berlawak. Kemudian, mereka bertiga ketawa.


~amyra farhah~
12 Mei 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...