" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Saturday, November 26, 2011

KISAH ANTARA KITA (3)


Bab 3
Volleyball Team


          Semua pelajar berpusu-pusu menuju ke kelas masing-masing. Waktu prep akan bermula sebentar sahaja lagi. Amirah sudah lama menuju ke kelas. Meninggalkan Nurul bersama rakan-rakan naqibah yang lain. Tiada urusan dengan dirinya. Bagi Nurul, dia harus memberi ruang kepada sahabat baiknya itu untuk memahami kerja-kerja kepimpinannya.

          Sebaik sahaja keluar dari masjid Al-Munzirin, Nurul mendongak ke langit. Melihat bintang-bintang bertaburan di langit. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Bulan pula tidak kelihatan kerana bukan masanya untuk bulan keluar menonjolkan dirinya di malam hari. Setiap kali dia memandang bintang, pasti memorinya akan tergamit kembali ketika dirinya mempelajari tentang jenis-jenis bintang di tahun 6. Yang pasti mengingatkan dirinya pada seseorang. Ah, kenangan semata!

            Entah mengapa, ingatannya menerjah kembali peristiwa tika waktu Maghrib sebentar tadi. Dia, Izzaty dan Ain terkejut dan tergamam melihat apa di belakang mereka. Matanya dialihkan ke arah Izzaty.

          “Zaty, awak ingat tak tadi… Aku rasa nak tergelak bila ingat balik,” ujar Nurul. Najwa turut mengangguk.

          “Tahu takpa… Saya ingat apa lah tadi. Bukan apa, dahlah saya ni tak berani sangat pun…” omel Izzaty pula. Gelabah jadinya saat dia melihat lembaga itu. Sejak di tingkatan 1 lagi simptom itu ada pada dirinya.

          Ingat lagi, ketika di tingkatan 1. Giliran Nurul berjaga pada malam itu menggantikan sahabatnya yang telah tidur nyenyak. Entah mengapa, dia terasa ingin buang air kala itu. Terpaksalah dia mengejutkan Izzaty yang katilnya berdekatan dengan pintu dorm. Perlahan-lahan Nurul keluar dari dorm. Tiba-tiba, matanya tertancap pada dua lembaga di blok satu lagi. Penceroboh! Cepat-cepat Nurul memberitahu perihal itu kepada Izzaty. Habis gelabah terus Izzaty dibuatnya. Akhirnya, tiada apa-apa yang tindakan. Masing-masing tergamam.

          “Kalaulah, kita tahu itu mak guard…tak adalah kita lari tadi. Makcik tu pun tak bagi signal apa-apa. Ingat tadi kat dalam pondok sebab lampu terpasang.” Kata Ain. Kemudian, menghamburkan tawa sesama mereka. Memang lawak bila dikenangkan semula.

           Mana tidaknya, lembaga yang mereka bertiga ingatkan hantu atau apa-apa entah, rupanya seorang makcik yang mengawasi asrama puteri di waktu malam. Makcik baru rupanya. Mungkin sekolah sudah bertukar orang. Berbanding dengan mak guard tahun sebelumnya, kelihatan jauh lebih muda daripada yang ada sekarang.

          Masing-masing sudah berada di lorong kelas tingkatan 5 Science di blok Ibnu Khaldun. “Okey, Zaty… Study smart!!!” pesan Nurul sambil menguntumkan senyuman. Izzaty membalas senyuman itu.

          Ain berlalu ke mejanya yang berdekatan dengan tingkap di sebelah sana. Disebabkan pelajar lelaki hanya 6 orang sahaja, Cikgu Sa’adiah menetapkan bahawa meja mereka berenam haruslah disusun di tengah-tengah kelas. Kelihatan nampak menarik. Pada mulanya, mereka memprotes. Macam-macam alasan diberikan bagi mengelak arahan yang disampaikan oleh guru kelas itu. Lama-kelamaan sudah menjadi kebiasaan pula bagi mereka berenam. Amin, Majid, Fattah, Burhan, Naim dan Syazwan, ada-ada sahaja mereka ini.

          Amirah memandang Nurul yang duduk di sebelah kanannya. Tangan kanannya masih lagi terus memegang mechanical pencil yang berwarna biru. Pensel itu terus menari di atas sehelai kertas A4 mengikut rentak si penulis.  “Lambat nampak??!!!” agak sinis tetapi bersahaja. Nurul tersentak mendengar kata-kata itu. Dia hanya tersenyum dan melabuhkan punggung pada tempat duduknya.

          “Tak adalah, baru pukul 9.40 malam. Kenapa?”

          “Ermm, tak ada apa-apa lah… Dah siap homework Maths ke?”

          “Sudah, prep petang tadi. Kenapa?”

         Amirah mendiamkan diri. Nurul sekadar membiarkan sahaja. Dia mengerti. Lagaknya seperti dia tidak suka akan keadaan sahabat baiknya itu kini. Asyik sibuk memanjang.


***

SYAHIDAH memandang ke seluruh ruang studyroom di asrama. Agak lengang. Adilah pula ke tandas untuk sebentar. Sudah seminggu pelajar tingkatan 1 dan 4 mendaftar. Pagi-pagi begini, suasana agak sepi di luar sana. Masing-masing melakukan aktiviti sendiri. Baru sebentar tadi, dia dan ahli dormnya mengemas studyroom itu. Sebenarnya, seluruh warga aspuri baru sahaja menjalankan aktiviti gotong-royong asrama mingguan. Sebagai Ketua Asrama, dia perlu bijak mengawal gerak kerja pelajar-pelajar di bawah kendaliannya.

           Mereka yang lain, sudah naik ke atas untuk berehat. Sebahagian daripada mereka barangkali sedang bersiap untuk ke kelas. Setahunya, yang paling rajin buat reversion di kelas ialah Nasuhah. Dia cukup rajin ke kelas. Bukankah bagus begitu?

          “Assalamualaikum…” sapa suatu suara dari luar bilik. Syahidah menoleh. Amirah rupanya.

          “Aik, seorang aja ke? Mana yang lain?”

           “Ish, hang ni. Aku seorang je lah… Ada ke sesiapa kat sini lagi???” balas Syahidah pula dengan loghat Geriknya. Sedangkan matanya memerhati Amirah mencari tempat di bilik itu. Seketika dia memandang keseluruhan studyroom ataupun gurfatul muthala’ah itu. Dia dan kawan-kawan yang menceriakan keadaan bilik tersebut. Ketika itu, mereka baru sahaja tamat PMR di tingkatan 3. Tampak seperti tadika.

           “Manalah, tau kan…”

           “Ada lah… Dila pergi tandas kejap. Laa, katanya sekejap, ni dah dekat 15 minit dah…” rungut Syahidah tiba-tiba. Jari-jari tangan kanannya menyapu peluh di dahi. Hendak dikata cuaca panas, tidaklah terlalu panas. Hendak dikata kipas tidak berputar, elok sahaja kipas itu berputar di atas kepalanya.

            “Awak ada masalah senang berpeluh lagi ke?” Tanya Adilah tiba-tiba. Entah bila, kelibatnya muncul di situ. Syahidah sekadar mengangguk sahaja. Dia sedar akan masalahnya itu. Dia akan pastikan tisu ataupun sapu tangan sentiasa ada padanya. Jika tidak, bajunya pula menjadi mangsa. Adilah tersengih melihat Amirah turut berada di situ. Kemudian, kembali serius.

          Syahidah membuka buku rujukan Biology yang terletak di hadapannya. Dia bercadang untuk menelaah subjek tersebut pagi itu.

          “Mira, awak tak pergi kelas ke?” Tanya Syahidah.

          Amirah sekadar menggelengakan kepalanya. “Kenapa?”

          “Nurul pergi kelas. Saja lah saya nak tanya awak…” balas Syahidah pula. Adilah pula sekadar mengeluh. Puas berfikir jawapan bagi soalan yang sedang dihadapnya.


***

‘EEII, geramnya aku dengan budak tu… Bukan tak boleh nak buat sendiri,’ rungutnya sendirian. Homework tak siap lagi. Kerja-kerja lajnah juga begitu. Nurul menarik nafas dalam-dalam. Menghirup kekuatan yang masih berbisa. Kebetulan Sir Rafhan tidak masuk ke kelas kala itu.

          “Husnuzon je lah dengan budak ni. Dia lagi banyak kerja kut,” monolognya pula. Aiman, satu nama yang membuatkan hatinya geram kala ini. Nasib baik mereka tidak sekelas. Kalau tidak, sudah lama kena sound. Nurul  memandang senarai homeworksnya bersilih ganti. Mana satu perlu dimulakan dahulu. Sejenak, fikirannya melayang. Mathematics. Ya, subjek kegemarannya!

            Semua kerja yang diberi perlu disiapkan segera sebelum cuti hujung bulan Januari menjelang tiba. Dia menghela nafas panjang. Diteguknya air masak dalam botol di atas mejanya. Lega. Pelajar-pelajar lain kelihatan sangat khusyu’ menelaah buku masing-masing. Matanya mula mengintai ke kelas tingkatan 3 Bintu Hannan di blok sebelah. Bising sungguh. Kemudian, meyinggah pula ke kelas tingkatan 3 Bintu Hannun. Sama sahaja. Ketika dia dan sahabat-sahabat di tingkatan 3 dulu pun begitu juga. Masa mengenal dan mencari identiti diri.

            Entah mengapa, Nurul tertarik untuk memerhati kelas tingkatan 3 putera. Senyap sahaja. Tetapi tidak juga. PMR, mungkin tidaklah sehebat SPM yang dia dan sahabat-sahabat bakal hadapi pada hujung tahun.

           Tiba-tiba, ouch!!!

         Satu kelas tersentak. Terhenti melakukan kerja. Mencari siapa punya bersin sebentar tadi. Pelajar-pelajar puteri mulai tersenyum. Ada juga yang ketawa tatkala mendengarnya. Manakan tidak, mereka sudah biasa dengan bunyi itu.

          “Nurul… Nurul…” Suara Husna memecah suasana. Sepasang mata tertancap padanya. “Nurul ke?” Tanya Amin ingin tahu. Amalina di sebelah hanya memandang lelaki itu. Nurul terpaksa menahan malu. Habislah, pecah rahsianya selama ini.

          “Istighfar ya, Nurul…” kata Majid pula sambil ketawa. Fattah dan Burhan hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Habis merah raut wajahnya kala itu. Tetapi kulit yang berwarna sawo matang itu tidaklah nampak sangat merahnya.

          Lantas, dia mencapai sebungkus tisu dan berlalu ke tandas. ‘Ni mesti habuk kat tingkap…’ monolognya mencari alasan. Malu dengan peristiwa sebentar tadi. Langkahnya dipercepatkan menuju ke tandas. Nasib baik, tiada guru masuk ke kelas mereka waktu itu.

          “Assalamualaikum… Nak jumpa dengan Kak Dila?” Tanya Nanie dari luar kelas 5 Science 1. Nanie merupakan adik kepada Ketua Umum itu memang aktif bersukan. Tika itu, kelas prep petang sedang berlangsung. “Nadiah, panggilkan Dila. Ada orang nak jumpa,” Burhan menyampaikan pesanan. Adilah tersentak. Dia terpinga-pinga. Lantas langkahnya menuju ke pintu belakang.

          “Ya, ada apa?”

         “Kak Dila, petang ni Cikgu Sa’adiah kata ada latihan botam.”

          “Petang ni???”

          Nanie menganggukkan kepala. Fadillah turut begitu. “Cikgu baru cakap tadi…” balas Fadillah pula. “Beritahu kat kakak-kakak form 5 yang lain sekali ya…” pesan Nanie pula. “Assalamualaikum, kami pergi dulu…”

          Adilah mengukir senyuman tanda mengerti.

          Segera dia menuju ke arah Nurul yang sedang pening mencari jawapan bagi soalan AddMath. “Nurul, petang ni ada latihan.” Terkejut Nurul mendengar akan hal itu. Awalnya.

           “Okey,” itu sahaja jawapannya. “Jap, awak dah beritahu Aliyah, Kamilah, Zafirah dan Izzaty?”

          “Belum. Sekejap lagi. Nak saya beritahu ke, awak yang nak beritahu?”

          “Erm, tak apalah. Awak  sajalah yang beritahu dia orang, ya…” ujarnya lagi.


***

PERLAHAN-LAHAN gadis itu menyarung kasut sukan berwarna emas jenama Nike pada kedua kakinya. Tali kasut diikat rapi. Latihan akan bermula dalam 10 minit lagi. Dia menghela nafas pendek. Kedua-dua anak matanya melilau-lilau mencari rakan sepasukannya. Zafirah dan Kamilah masih lagi belum muncul. Aliyah pula baru sahaja keluar dari ruang solat muslimat. Izzaty ke tandas sebentar.

          Kelihatan kelibat seorang gadis menuju ke arahnya. Tangannya melambai-lambai. Sekuntum senyuman pada raut wajahnya. “Awak pergi mana tadi, Dila?”

          “Sorry, sakit perut tadi. Mana yang lain?” Hairan melihat hanya Nurul berada di situ.

          “Oh, Zafirah dengan Kamilah nanti sampai lah tu… Biasalah budak-budak tu,” ujarnya seraya mencapai botol air 1.5 liter yang terletak di atas tembok. “Hah, saya dah suruh budak-budak lower pergi dulu. Erm, Myra tak ada. Katanya ada hal,” katanya lagi seperti melaporkan sesuatu. Dila sekadar mengangguk. Myra, satu-satunya pemain bola tampar mewakili pelajar tingkatan 4 tahun itu.

          Mereka berenam berjalan seiringan melangkah ke court bola tampar. Hari ini, giliran pemain-pemain puteri menggunakan court tersebut. Masing-masing terpaksa bermimik muka malu tatkala melepasi kawasan golongan pelajar putera di masjid. Agak menyusahkan tetapi terpaksa. Itu sahaja jalan yang paling cepat untuk dilalui sebelum coach mereka tiba di gelanggang.

         “Nampaknya, kita saja lah yang kena warm up.” Nurul mengeluh manja. Adilah tersenyum. Yang lain hanya menuruti sahaja.

          “Lain kali kakak-kakak jangan datang lewat lagi…” usik Nanie yang bersiap sedia memulakan latihan digging bersama pemain-pemain lain. Dia memang begitu. Mulutnya sentiasa bising. Terkenal sebagai pemain puteri paling aktif.

          “Aik, yang senior baru habis warming up ke?” tegur Cikgu Sa’adiah dengan loghat Kedahnya. Pemain-pemain tingkatan 5 tersengih. Seperti tahu itu salah mereka.

          15 minit kemudian, Cikgu Sa’adiah memanggil kesemua pemain berkumpul di bawak pokok. “Okey, start tahun ni, saya dilantik pengetua sebagai coach kamu juga sebagai pengurus kamu. Tapi saya tak adalah reti sangat main bola tampar ni. Pagi tadi, Sir Rafhan ada jumpa saya. Kami bersepakat untuk lantik Adilah sebagai kapten untuk training. Jadi, setiap kali training, Adilah kena pastikan semua orang datang tepat pada masanya. Semua kena dengar arahan daripada dia. Faham?”

           Mata Adilah terbeliak. Pemain yang lain saling berpandangan dan mengukir senyuman.

          “Faham!” kata mereka serentak. Latihan diteruskan dengan melakukan digging dengan betul. Kelihatan kereta Perdana V6 milik Sir Rafhan terletak nun jauh di hujung padang. Mungkin sedang memerhatikan anak didiknya berlatih.

          Nurul menghenyakkan badannya di atas kerusi plastik berwarna kuning itu. Dia menghela nafas panjang. Agak letih juga hari ini. Sudah lama dia tidak berlatih sepenat petang tadi. Kerusi tadi dibetulkan agar rapat sedikit ke meja. Tangannya meraba-raba laci mejanya. Mencari sesuatu. Tidak dijumpainya. Bergerak ke belakang kelas pula. Rupanya, buku latihan Biology terletak di lokernya berlabel ‘DORAMI’. Dorami merupakan adik kepada Doraemon dalam siri kartun Doraemon yang ditayangkan di NTV7 setiap hari Sabtu. Setiap loker mempunyai label tersendiri mengikut citarasa tuan punya loker. Yang penting semua mestilah berasaskan nama kartun. Ah, sungguh kebudak-budakkan.

          Minggu hadapan merentas desa pula berlangsung. Sungguh sibuk. Bagaimana hendak menghadapi semua ini? Fikirannya bercelaru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...