" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Tuesday, November 29, 2011

KISAH ANTARA KITA (5)


BAB 5
Kejohanan Olahraga Berakhir…

                   “Nasuhah???”

          “Kenapa dengan dia?”

          “Dia rebah kat depan staffroom.” Kata-kata itu membuatkan semua yang mendengarinya tersentak. Nasuhah rebah lagi???

        “Tak perlulah semua orang yang pergi. Nurul, kau pergilah ke padang. Lagipun, kau kan orang penting rumah kuning. Nanti tiada siapa pula di situ yang nak tengok anak-anak buah kau,” arah Husna.

          Hanya Husna, Syahidah dan Najlaa sahaja yang pergi membantu Nasuhah. Selebihnya, meneruskan perjalanan menuju ke padang. Baru sebentar tadi mereka bersama bergelak tawa di dalam kelas. Tidak sabar untuk turun ke padang bersama-sama. Malahan sempat lagi mereka bergambar sebagai kenang-kenangan.

          Adilah memandang ke arah Nurul. “Dia sarapan kan pagi tadi?”

          Nurul sekadar menganggukkan kepala sahaja. “Tapi, bukan dia kata tahun ni dah tak nak masuk apa-apa dah ke…”

           “Entahlah… Sudah dua hari dia jadi begitu…” sampuk Masitah pula. Riak wajahnya selamba sahaja ketika berkata-kata. Kemudian, mereka sama-sama mengeluh sambil langkah diteruskan menuju ke padang.

***

“ASSALAMUALAIKUM…” ucap Majid dan Amin seraya melangkah masuk ke dalam kelas. Mereka sama-sama mengambil tempat duduk masing-masing. Masih lagi berpakaian baju melayu. Seorang berwarna merah jambu, seorang lagi berwarna biru. Mata Majid melilau sekeliling. Mencari seseorang untuk diusik. Tiba-tiba, jarinya mencapai sebatang pen lalu diketukkan pada kerusi Fattah. “Fattah, tak payahlah rajin sangat… Kau kan pandai…” Semua yang berada di dalam kelas itu menyedarinya. Prep malam itu berjalan seperti biasa.

          Fattah hanya tersenyum melihat Majid. Mesti jiwa sahabatnya itu sedang dilanda gelora bosan. “Ish, kau ni Majid. Biarlah Fattah nak study,” sampuk Husna tiba-tiba dari belakang.

           “Husna…” ujar Nurul perlahan seraya tersenyum dengan tingkah sahabatnya itu..

          Majid menoleh ke arah Husna. “Apa pandang-pandang? Tak puas hati??” usik Husna lagi.

          “Eleh, Husna… Bising je tau.” Balas Majid pula. Kedua-dua pelajar itu semakin galak berlawan mulut. Ada sahaja yang hendak diperkatakan. Seisi kelas tersenyum melihat suasana itu. Husna memang begitu. Terkenal dengan perangainya yang suka mengegarkan suasana kelas yang sepi.

          Fatin di sebelah kanan Husna menyiku lengannya. “Alah, bukan selalu… Kalau aku tak macam ni, kelas ni senyap je tau… Aku tak biasa,” Husna mengomel. Dia hanya tersengih memandang Majid yang turut ditegur oleh Fattah kerana terlalu bising.

          “Yalah, aku diam… Aku pergi belakang la cam ni… Jangan rindu aku,” rajuk Majid sambil ketawa. Fattah dan Burhan hanya tersenyum melihat tingkah sahabatnya itu.

           “Majid, siapa nak rindu kau…” balas Husna pula.

          “Husna…” Amirah menoleh dan memandang tajam ke arah sahabatnya itu. Nurul tersengih melihat ketegangan itu. Dia memahami. Pasti menjadi suatu memori yang indah nanti. Insya-Allah…

***

“CAYELAH… Rumah Merah menang lagi tarik tali bawah 18. Tahun lepas dah menang, tahun ni menang lagi…” seloroh seorang pelajar junior yang melewati Café Sarjana bersama seorang lagi sahabatnya.

          “Biasalah, budak-budak perempuan Rumah Merah. Warisan berzaman. Hijau dah tak power dah sekarang,” balas sahabatnya yang bertudung biru berbaju merah pula. Kemungkinan mereka dalam kalangan pelajar tingkatan 2.

          Telinga Nurul hanya mendengari setiap patah yang diucapkan dua orang sahabat itu. Dia menarik nafas lalu menghelanya perlahan-lahan. Pinggangnya mula terasa sakit. Seluruh badannya pula terasa sengal-sengal.

          “Awak ni apasal, Nurul? Terasa ya dengan kata-kata budak junior tu tadi,” Tanya Kamilah tidak semena-mena. Raut wajah sahabatnya itu kelihatan agak pucat.

          “Tak adalah, dah rezeki kita naib johan. Tak kanlah nak pertikaikan lagi kan. Okey apa, bukan senang nak lawan budak-budak Merah,” jawab Nurul seraya tersengih. “Eh, mana Aliyah? Bukan dia selalu dengan kamu ke?”

          “Entah dia, dia suruh tunggu kat sini. Katanya, ada hal sekejap.” Ujar Kamilah sambil mengusap-usap jari-jemarinya sendiri.

          “Tak apalah, saya naik dulu. Rasa nak tidur aja dalam kelas…”

          “Tidurlah, bukannya cikgu masuk pun…” balas Kamilah sambil ketawa kecil.

          “Yalah tu..” Kedua-dua sahabat itu ketawa. Tidak menghiraukan para pelajar yang lalu-lalang di itu.

          “Assalamualaikum…” ucapnya seraya masuk ke kelas. Matanya memerhati seisi kelas. Tidur??? Syazwan hanya memandang kosong. “Waalaikumussalam…” jawab Syahidah yang tempat duduknya berdekatan dengan pintu masuk kelas.

          Syazwan mencebik muka. Lantas dia menuju ke belakang loker. Port dia dan 5 orang pelajar lelaki 5 Science I. “Ya Allah…” ucapnya separuh berbisik. ‘Tidur juga ke budak-budak ni?’ Aiman menggelengkan kepalanya. Kemudian, dia tersenyum. ‘Kalau cam ni, aku pun nak tidur lah…’ bisik hatinya. Dia tersengih sendirian.

***

LANGKAHNYA diteruskan menuju ke kelas. Ada perkara penting yang perlu disampaikan buat seisi kelas. Satu persatu kelas dilewatinya. ‘Nasib baik kelas aku tak jauh cam time form 4 dulu…’ omel hati kecilnya.

         Khairun melangkah masuk dengan wajah selamba. Dia terus sahaja ke tempat duduknya. Seketika dia berdehem. “Attention please…” laung suaranya. “Eh, saya segan lah…” bisiknya pada Ain. “Eh, cuba cakap je.” Ain membalas cuba member keyakinan.

           “Malam ni Teacher Norya nak buat kelas!” katanya kuat.

         Seisi kelas tercengang mendengar perkhabaran itu. “Hah? Kau biar betul,” balas Majid seakan tidak percaya. Mukanya terpancul di atas loker tengah.

          “Saya cakap betul lar.. Kamu ingat saya nak tipu ke?”

          “Cakap lah betul-betul. Semalam kata cancel. Ni ada pula…” sayu sahaja kedengaran suara Husna. Dengan wajah yang lesu, dia segera ke tandas untuk mencuci muka.

          Keesokan harinya, acara tarik tali akhir bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun putera masih lagi terus berlangsung. Sejurus kemudian, diadakan sesi penyampaian hadiah buat para pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan ketika berlangsungnya Sukan Mini tempoh hari.

***

“SETERUSNYA, acara rejam lembing bawah 18 tahun puteri…” Suara lantang Cikgu Sufian mengegarkan padang pada pagi itu. Semua pelajar menanti keputusan yang bakal diumumkan.

          “Tempat ketiga, Nabilah Amiruddin dari rumah merah! Dengan rejaman sejauh 11.47m.” Seluruh ahli pasukan rumah merah bersorak dengan kemenangan itu. Kata-kata semangat sepasukan dilaungkan.

           “Naib johan pula, Nur Zahidah Abdul Wahab dari rumah hijau! Dengan rejaman sejauh 12.02m.” Kali ini, pelajar-pelajar dari rumah hijau pula bersorak. Suara mereka terus bergema dengan trademark yang tersendiri.

          “Manakala johan jatuh kepada rumah kuning dengan rejaman sejauh 12.57m!” Rumah kuning segera melaungkan trademark sebelum nama pemenang disebut Cikgu Sufian seperti sebelumnya. Mereka seakan dapat menganggak siapa yang bakal merangkul pingat emas pada kejohanan kali ini.

          Sahabat-sahabatnya bertepuk tangan. Gemuruh. Itulah jaguh rejam lembing dalam batch mereka. Tiada siapa dapat tandingi perejam itu. Nurul mengorak langkah ke pentas utama untuk mengambil hadiah. Cikgu Arshad selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menyarungkan pingat itu pada lehernya. Dia tersenyum. Bukan tanda bangga dalam diri tetapi penghargaan terhadap usahanya itu.

         “Tahniah!” ucap Cikgu Arshad.

        “Terima kasih, cikgu…” balas Nurul seraya turun dari tangga pemenang. Langkahnya diatur ke pasukan rumah kuning berkumpul.

          “Tahniah, Nurul!” ucap Kamilah di sebelahnya. Nurul hanya mengukir senyuman pada sahabatnya itu. Sama-sama gembira dengan pencapaian itu.

         Tamat sahaja sesi penyampaian hadiah buat para pemenang, para pelajar dibolehkan untuk rehat sama ada di Café Sarjana ataupun Dewan Makan. Kemudian, mereka perlu ke kelas masing-masing tanpa pulang ke asrama terlebih dahulu. Ustaz Shuah selaku Ketua Warden, mengeluarkan arahan bahawa semua pelajar hanya boleh pulang ke asrama selepas pukul 1.00 tengah hari.

       “Tahniah , Nurul!” sapa Adilah Tajuddin dari belakang.

        “Terima kasih…” balasnya perlahan.

        “Tak silap saya, ni kemenangan kali keempat awak kan…” ujarnya sambil tersenyum. Wajah sahabatnya itu sememangnya cantik. Tambahan lagi dengan senyumannya itu. Jika menyertai ratu cantik, sah boleh menang.

        Nurul hanya mengangguk dengak kenyataan itu. Segalanya rezeki dari Allah. Allah jualah yang membantunya memperolehi kejayaan itu. Disebabkan Nurul seringkali memenangi acara itu setiap tahun, adik-beradiknya suka menggelar dirinya ‘Nurul Ganas’. Terutama abangnya. Ah, dia memang begitu sejak mereka kecil lagi.

          “Dila, lepas ni dah ada pemenang pingat emas yang baru… Tahun ni kan, tahun akhir kita…” kata Nurul sambil tersengih. Senyuman balas meniti di bibir Adilah Tajuddin.

          “Okeylah, saya nak ke kelas dulu. Jumpa di dorm nanti, ya! Assalamualaikum,” ucap Adilah Tajuddin sebelum melangkah keluar menuju ke kelas 5 Science II.

           “Insya-Allah, waalaikumussalam…”

***


“RUMAH Biru!!!”

          Semua pelajar bersorak. Terutama sekali ahli-ahli daripada pasukan biru. Trademark yang sering kedengaran dari mulut ahli-ahlinya dilaungkan. Terus bergema di padang Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah. Riak wajah mereka mempamerkan kegembiraan yang tidak terhingga. Ini kali kedua Rumah Biru memenangi johan keseluruhan apabila rumah ini juga dinobatkan johan keseluruhan pada tahun sebelum itu.

         Kali pertama kejohanan ini diperkenalkan di sekolah ini, Rumah Biru seringkali memenangi johan keseluruhan mengatasi Rumah Merah, Hijau dan Kuning. Entah di mana silapnya, rumah ini terus jatuh merundum 4 tahun selepas kemenangan itu terus menjadi milik mereka. Namun, ketika Nurul dan sahabat-sahabat di tingkatan 3, Biru melangkah naik ke tangga yang ke-3. Malangnya, saat Nurul di tingkatan 4, dia ditukarkan ke Rumah Kuning. Saat itulah, Rumah Biru terus naik mendadak menjadi johan keseluruhan.

           Semuanya telah menjadi aturan Allah, Tuhan Semesta Alam. Dialah yang merancang dan mengatur segalanya dengan lebih baik dan penuh teliti. Sehingga manusia sendiri tidak dapat mengjangkau kebijaksaan-Nya itu. Ya, manusia hanya merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah. Semua itu telah tertulis dalam kitab suci al-Quran. Tetapi sebagai hamba yang kerdil, kita perlu merancang dan berusaha dengan baik dan sehabis mungkin. Setiap ketetapan yang Allah berikan terselit 1001 hikmah yang kadangkala kita sendiri tidak mahu terokai.

          Ikhwan hanya tersenyum kelat apabila rumahnya dinobatkan di tempat ke-4 selepas dikalahkan oleh Rumah Biru, Merah dan Hijau. Dia sudah dapat menganggak semua ini akan berlaku. Ada sedikit keluhan dari bibirnya. ‘Ah, biarlah.. Dah habis dah pun…’ bicaranya dalam hati. Mengharap tiada siapa yang dengar. Sememangnya, dia tidak kesah dengan kekalahan itu hanya kerana itu tahun terakhir baginya di sekolah itu. Tahun hadapan ada pelajar yang lebih berkaliber yang boleh membawa naik kembali rumah itu.

           Namun, tetap terselit sedikit penyesalan di lubuk hatinya. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu akan perasaannya kala itu.

            Kakinya mula menuruni tangga untuk menuju ke kelas. Nurul ke aras 2 blok Al-Farabi, mengambil barangnya di port Rumah Kuning. Saat anak tangga habis dituruni, seseorang menegurnya dari arah belakang. Dia agak sedikit terkejut. Suara itu amat dikenalinya. Perasaanya bercampur baur. Entah apa yang dirasa. Nurul cuba berlagak tenang. Buat apa untuk dia menjadi seorang yang kelam sedangkan pelajar itu hanyalah seorang kawan yang pernah menjadi classmatenya tahun lalu.

        “Tahniah!” ucap Dani tiba-tiba.

         “Untuk apa?” Nurul bertanya kembali. Dia sendiri tidak mengerti.

       “Erm, menang tarik tali tempoh hari…”

          “Ouh… Terima kasih,” Nurul membalas singkat. “Okeylah, saya masuk ke kelas dahulu…” Nurul cuba melarikan diri dari situasi itu. Dia yakin pasti ada yang memerhati mereka. Mana tidaknya, mereka berdua bertemu di tengah-tengah laluan yang menghubungkan dua blok. Dari situ terutama pelajar-pelajar dari kelas 5 Science I, 5 Science II serta dua kelas tingkatan 3 puteri di aras 1 dapat melihat mereka berdiri.

          Dani hanya tersenyum. Matanya mengekori langkah gadis di hadapannya itu sehingga masuk ke kelas. Sementara dia pula terus menuju ke kelasnya bersebelahan dengan kelas gadis itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...