" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Sunday, January 30, 2011

cerpen: CINTAKU HANYA UNTUKMU


       Selepas menghantar beberapa buah buku yang dipinjamnya, Juni Khaliesah keluar dari perpustakaan tersebut. Dia mendapatkn teman baiknya, Inani Damia yang berdiri pada sebuah tiang. Termenung jauh barangkali.  “Hei, termenung mana tu?” usik Juni selamba. Damia berpaling. Dia tersenyum. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.


        “Awak ni, kenapa? Sejak akhir-akhir ni, awak nampak agak pelik…” keluh Juni melihat sikap sahabatnya itu.


          “Tak adalah, Juni. Awak kan tahu, saya memang begini sejak kecil. Suka termenung seorang-seorang,” kata-kata sahabatnya disambut agar Juni tidak berkecil hati.


          Damia menarik tangan Juni. Pantas. “Jom, kita pergi minum. Saya belanja, nak?” dia cuba memujuk. Juni sekadar menurutinya sahaja. Damia tahu, Juni senang untuk dipujuk.


          Kafe yang dituju terletak berhampiran dengan tasik  yang terbentang luas. Damia pergi memesan air sementara Juni menunggu di meja yang sememangnya tersedia di situ. Tiba-tiba, dua kelibat lelaki menghampirinya.


          “Assalamualaikum…” sapa Zunnur Fudhail sambil tersenyum. Rakan di sebelahnya turut tersenyum melihat Juni di situ. Dia tertunduk malu. “Seorang saja, ke? Mana Damia?” Tanya Zunnur.


        “Dia pesan air. Kau orang duduklah dulu.” Pelawa Juni. Zunnur dan Daiyan duduk berhadapan dengannya. Hatinya berdebar. Dia sekadar dapat berdoa agar Damia cepat datang ke meja mereka.


          Selang beberapa minit, Damia hadir menatang sedulang air untuknya dan Juni. Dia agak terkejut melihat Daiyan dan Zunnur turut berada di situ. Riak wajahnya biasa sahaja. ‘Mengapa mereka di sini…’ getus hati kecilnya.


*******


          Damia menarik nafas dalam-dalam. Dia menatap gambar kedua ibu bapanya. Begitu juga kedua adiknya. Sayu. Dia duduk di kerusi plastik berhadapan dengan meja belajarnya di dalam bilik. Iffa dan Ilham sering menceriakan hidupnya.


          “Kakak, nanti Ilham nak jadi macam kakak! Nak masuk universiti,” kata Ilham bangga. “Bukan macam kak Iffa,” jelingnya tajam. Iffa tersenyum sinis.


          “Okey, kita tengok!” Iffa menyahut cabaran adiknya.


          “Sudahlah tu… Adik-adik akak akan masuk U. yang penting sekarang belajar rajin-rajin. Ingat tu,” pesan Damia. Bibirnya mengukir senyuman melihat telatah adik-adiknya itu.

         

          Air mata Damia menitis. Segera tangan kanannya menyeka. “Eh, awak menangis? Kenapa ni?” tanya Juni. Damia tidak sedar yang Juni sudah lama berdiri di sebelahnya.


          “Eh, tak ada apa-apalah… Just teringat kat adik-adik. Itu saja,” balas Damia sambil menggosok-gosokkan matanya. “Saya nak tidur dulu. Awak tak mengantuk, ke?” tanya Damia.


        “Awak tidurlah dulu… Nanti saya menyusur,” balas Juni.


*******


       Hari ini, hari minggu. Damia lebih suka pergi ke perpustakaan. Juni tidak ikut serta. Dia ke bandar bersama Farah dan Raudhah. Damia lebih suka memilih bahan bacaan berasaskan agama. Lagipun, segala tugasannya yang diberi sudah lama disiapkan. Dia memilih buku tebal berjudul ‘SIRAH JUNJUNGAN’. Kemudian, kembali ke meja yang berdekatan di situ.


          “Assalamualaikum…” suatu suara menyapanya. Damia mengangkat kepala. Wajah lelaki itu dipandang sekali imbas. Dia tunduk semula. “Mana Juni? Bukan dia selalu bersama awak?” tanya Daiyan seraya duduk di hadapan gadis kecil molek itu tanpa dipelawa.


          “Dia ke bandar,” balas Damia ringkas.


          “Awak tak ikut sekali, ke?” Tanya Daiyan lagi.


          Damia hanya menggelengkan kepalanya. “Apa hal awak ke mari?” dia cuba mengubah topik. Damia perasan Daiyan meminati Juni sejak minggu suai kenal dua tahun lepas.


          Daiyan merenungnya dalam-dalam. “Saya hendak cari rujukan bagi assignment saya,” kata Daiyan. Dia perasan Damia tidak suka dirinya menyebut perihal Juni di hadapannya.


          Dari jauh, sepasang mata hanya memerhati dengan perasaan cemburu.


*******


          Juni Dia memegang tangan Damia. Digenggam erat. “Boleh saya tanya something?” tanya Juni. Riak wajahnya kelihatan sungguh serius. Damia sekadar menganggukkan kepalanya sahaja. “Awak sakit, ke?”


          “Eh, apa awak merepek ni?!” balas Damia kehairanan.


          “Cakaplah betul-betul. Janji, saya tak akan beritahu sesiapa…” pujuk Juni.


         “Betul, saya tak ada apa-apa lah… Saya okey je,” balas Damia tenang.


          “Damia, jangan tipu saya. Saya nampak bungkusan ubat dia atas meja awak,” Juni meminta penjelasan lanjut. Jawapan yang diberikan langsung tidak memuaskan hatinya.


          “Juni Khaliesah…” belum sempat Damia menghabiskan kata-katanya, Raudhah datang mendapatkan mereka. “Damia, ni ada notis dari seseorang.” Ujar Raudhah sambil menghulurkan lipatas kertas itu. Damia segera membukanya. Dalamnya, tertulis…


“Inani Damia,


Sila hadir ke dewan kuliah 3. Ada benda saya nak beritahu awak…


-zunnur fudhail- “


          “Siapa beri, Damia?” tanya Juni. Raudhah pula sudah lama meninggalkan mereka berdua. “Zunnur, entah ada apa dia ingin berjumpa dengan saya,” balas Damia lembut.


          “Pergilah, penting kut…” ujar Juni dengan nada hampa. Soalan yang belenggu di fikiran masih lagi belum terjawab.


*******


          Damia membuka pintu dewan kuliah tersebut. Tiada siapa di situ. ‘Mana Zunnur ni?’ getus hatinya. Dia terlihat beg galas milik Zunnur di atas bangku. “Inani Damia…” sayup suara itu. Damia menoleh. Zunnur berada di belakangnya. Dia tersenyum. Matanya merenung gadis di hadapannya dari atas ke bawah. Seram sejuk dibuatnya. Renungan itu menakutkan Damia.

          “Zunnur, ada apa awak panggil saya?” tanya Damia ingin tahu. Zunnur menghentikan renungan tajamnya sebentar tadi.

          Zunnur merapatinya setapak. Damia ke belakang dua tapak. “Saya cintakan awak, Damia…” ucap Zunnur. Damia memandang Zunnur. Mata mereka berlaga. Cepat-cepat Damia melarikan pandangannya.

          Zunnur mencari kesempatan memegang tangan Damia. Dia menepis kuat. “Zunnur, awak gila ke? Awak sedar tak apa yang awak cuba lakukan? Kita ni…” Belum sempat Damia menghabiskan kata-katanya, tubuhnya ditolak ke dinding. Dia mengerang kesakitan. Lelaki itu merapatkan kedua-dua tapak tangannya ke dinding. Damia memandang ke kanan dan ke kiri. Tiada ruang untuknya melepaskan diri.

          Zunnur bertindak merapatkan mukanya pada wajah Damia. “Awak tak ada tempat nak lari dah. Kita ditakdirkan bersama, Damia!” keras suaranya.

          “Tapi ini bukan caranya, Zunnur!” bentak Damia. Zunnur merenungnya tajam. “Tolong jangan dekati saya!” Dengan kekuatan yang ada, Damia menolak dada Zunnur. Hampir tersungkur.

          “Kuat juga awak ni…” katanya dengan nada sinis.

          Damia mencapai handbagnya. Tiba-tiba, tangannya dipaut. Sakit. “Awak tak boleh ke mana-mana, Damia. Awak milik saya!” suara Zunnur menjadi bertambah keras. Tanpa segan silu, Zunnur menarik tubuh Damia ke dalam dakapannya. Damia meronta-ronta meminta supaya dilepaskan.

          “Zunnur, saya ada maruah! Tolong jangan buat begini!” Zunnur mengendahkan permintaan gadis itu. Dia merapatkan lagi tubuh Damia ke dalam dakapannya.

          ‘Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini…’ doanya dalam hati. Dia merintih memohon pertolongan Allah.

          Dengan pantas, Damia menumbuk perut Zunnur sekuat hati. Tangan Zunnur terlerai dari tubuh gadis di hadapannya. Damia pantas mencapai handbagnya yang terjatuh di atas lantai seraya keluar dari dewan kuliah itu.

          Air matanya mengalir deras. Dia buntu. Dia meneruskan lariannya ke jalan raya. Tanpa disedari, Damia sudah berada di tengah-tengah jalan raya. Kelihatan sebuah kereta semakin menghampirinya. Dia menoleh.

          “Damia!!!” Ada kelibat seorang lelaki berlari ke arahnya. Tidak semena-mena, dirinya ditolak ke bahu jalan. Terdengar bunyi dentuman kuat. Dia sendiri tidak pasti bunyi apa itu. Pandangannya terus kabur dan tidak sedarkan diri.

*******

           Damia membuka matanya. Dia sudah berada di dalam sebuah bilik. Dia berpaling ke kiri. Kelihatan Juni di sisi katil. Juni tersenyum melihatnya. Begitu juga Farah dan Raudhah. “Saya dekat mana ni?” tanya Damia. Suaranya kedengaran lemah.

          “Kat hospital. Saya dah telefon ibu bapa awak. Apa yang berlaku sebenarnya pada awak?” tanya Juni. “Nanti saya ceritakan,” ujar Damia ringkas. “Siapa yang panggil nama saya?”

          Juni menatap wajah sahabatnya itu. “Daiyan Baihaqi. Dia dilanggar kereta semata-mata nak selamatkan awak.” Damia menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia mengucap berulang kali. Dilepaskan keluhan panjang.

          “Zunnur?” tanya Damia tiba-tiba.

          “Dia ditangkap polis kerana menyeludup dadah ke kawasan kolej.” Jelas Juni. Damia segera memeluk Juni. Erat. Tubuhnya menggigil. Juni kehairanan. “Kenapa ni? Apa yang berlaku sebenarnya?”

          “Zunnur hampir mencabul kehormatan saya,” cerita Damia. “Astaghfirullah…”

          “Daiyan? Dia selamat?” Juni mengusap-usap belakang sahabatnya.

          “Dia di wad ICU. Daiyan kehilangan banyak darah akibat accident yang berlaku.”

           Damia memejamkan matanya. Hatinya tidak putus-putus mendoakan keselamatan Daiyan. Damia menitiskan air matanya. Pantas jari Juni menyeka. “Sudahlah, kita berdoa saja agar dia selamat,” pujuk Juni. Kasihan dia melihat temannya.

          Hampir dua minggu, Damia keluar dari hospital. Dia dapat ke kuliah seperti biasa. Hari ini, dia ingin melawat Daiyan di hospital. Lagipun, lelaki itu sudah sedar dari komanya.

          “Assalamualaikum…” ucap Damia lembut. Dia masuk ke bilik Daiyan bersama Juni. “Ibu keluar dulu, ye. Berbuallah dengan kawan kamu,” kata ibu Daiyan.

          “Waalaikumussalam. Kau orang apa khabar?” sambut Daiyan mesra.

          “Eh, sepatutnya kita tanya dia. Ini, dia tanya kita…” ujar Juni pula. Mereka sama-sama tersenyum. Daiyan memandang Damia. Mata mereka berlaga. Damia tertunduk malu. Juni cuba memecah suasana. “Bila nak pulang ke kolej?”

          “Lepas saya sihat lah…” Daiyan tergelak kecil dengan pertanyaan Juni. Damia turut tersenyum. Sama-sama ketawa.

          Damia bersyukur kerana dirinya tidak diapa-apakan Zunnur di dewan kuliah tempoh hari. Dia turut bersyukur melihat Daiyan kembali sihat. Jika Daiyan tidak menolaknya ke bahu jalan, pasti dirinya sudah terlibat dalam kemalangan itu.

 *******

          Di dalam bilik, Damia duduk termenung sendirian. Rahsianya hanya dia seorang yang tahu. Begitu juga kekasihnya. Tiba-tiba, kepalanya terasa sakit seakan dicucuk-cucuk dengan jarum halus. Kepalanya dipicit-picit. Damia teringat pada kekasihnya yang satu. Dia segera ke bilik air dan wudhuk diambil penuh khusyuk. Kemudian, dikerjakannya solat sunat tahajjud dua rakaat.

          Di sujud terakhir, Damia berdoa penuh tulus mengharapkan keredhaan Yang Maha Kuasa.

          “Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku…agar aku dapat mempertahankan diri ini… Ya Rabbi, jangan biarkan aku sendirian menempuhi tanpa jalan-Mu… Ya Muhaimin, teguhkanlah iman di dadaku agar aku tidak mudah menolak agama-Mu… Ya Allah, tiada jalan selain hanya kepada Engkau Yang Satu… Engkaulah kekasih di hati ini, cintaku hanya untuk-Mu… Peliharalah daku dari neraka-Mu… Berkatilah hidupku… Kau ambillah nyawaku dalam keadaan dadaku penuh keimanan, duhai kekasih… Tabahkanlah  hati ini dan terus mengingati-Mu, Ya Rahman Ya Rahim… Kurniakanlah kepadaku ketenangan yang abadi… Kau sejahterakanlah seluruh keluargaku… Engkau matikanlah aku, keluargaku juga teman-teman serta seluruh umat Islam dalam agama-Mu dan beriman kepada-Mu… Aku dambakan redha dan cinta-Mu, ya Ilahi…”

          Selesai memberi salam, Damia mengucap berkali-kali. Dia memandang Juni yang sedang tidur sekali imbas. Matanya dipejamkan. Dia menghela nafas. “Allah, ku pohon cinta dari-Mu…”

          Tubuhnya rebah ke sisi katil Juni. Sahabatnya tersedar. Juni mendapatkan tubuh temannya yang lemah. “Damia… Damia… Inani Damia…” tiada sebarang sahutan kedengaran. Juni memegang pergelangan tangan. Tiada denyutan nadi lagi.

          Air mata Juni mengalir deras tanpa henti. Tubuh Damia didakapnya penuh kesayuan. Tidak mungkin dia dapat memiliki sahabat semurni hati Damia. Inani Damia pergi menyahut seruan Ilahi. Moga Allah mencucurkan rahmat ke atasnya.



~03 november 2008

~30 januari 2011
~zahrahdurrani          







‘kepada Allah kita dicipta dan dihidupkan…

 Dan kepada Allah jugalah kita dimatikan dan kembali…’

‘sesungguhnya agama Islam mudah…permudahkanlah dan jangan kamu menyusahkan, sampaikanlah khabar gembira dan jangan membuat mereka lari…’ (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

agama: resepi untuk khusyuk solat...

assalamualaikum...untuk perkongsian bersama...di sini nak bawakan sedikit cerita ttg "khusyuk dalam solat"....solat...amalan yg mula2 sekali yg akan..di hisab pd yaumuul hisab kelak....

kisah mengenai seorg ahli ibadah..........ISAM BIN YUSUF

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.



firman ALLAH dalam surah al-ankabut:45....mafhumnya..."bahawasanya solat itu dapat mencegah dari perbuatan yg keji dan mungkar"......

P\S: mohon share jika ada tips2..untuk khusyuk dlam solat.. syukran
wallahua'lam.... :))



Saturday, January 29, 2011

muslimah: susahkah menjadi wanita islam???

 salam buat semua,,,,, nota ini saya copy dari post seorang sahabat di blognya,,, harap anda semua bisa mendapat pengajaran dan kesedaran dari artikel ini,,,,


Dikala cuti menjelma ini tangan pon mulalah mencari bahan bacaan yang boleh diisi dikala kekosongan minda ini.Tekan punya tekan ada satu artikel yang rasa best la kalu dikongsikan bersama pembaca semua.Bukan mudah nak jumpa.


Betullah apa yang dikongsikan ukhti Rahmah.Nak tahu apa yang dikongsikan??BAcalah di bawah ini.

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^



Friday, January 28, 2011

nasyid: Dia Muhammad

Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam

Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an

Dia Muhammad 
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)

Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna

Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya

Thursday, January 27, 2011

serikandi: Ainul Mardhiah

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling
cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama
puteri bongsu saya - bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi
targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa
yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka
dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling
cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita
itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari
tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada
nabi kerana malu pada sahabat-sahabat  yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang
akan  keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan 
tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang 
muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur 
bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang
yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan  muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki
itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat
untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah
dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh  tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah
ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang
cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang
kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam
mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi
adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh
tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...
ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu
kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai
ke  satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang
berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak
pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata
...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan
kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu
mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum
syahid  lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun
terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu
dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada
nabi SAW... tapisekiranya dia  shahid barulah
ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang
terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu
ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu
hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka  (tunggu makanan adalah satu
sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan
itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang 
cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar 
cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang 
menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam



Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

( korus )
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

( ulang korus )

Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...