" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Saturday, November 26, 2011

KISAH ANTARA KITA (2)


BAB 2
Tanggungjawab Bermula



          “Sakit!!!”

          Semua yang ada dalam dorm tersebut memandang ke arahnya. Ada yang menggelengkan kepala, ada juga yang kembali meneruskan aktiviti peribadi.

          Zahidah memandang sahabatnya itu. “Tu lah, lain kali jalan elok-elok… Ni tak, pakai langgar je apa kat depan mata,” omel Zahidah sambil meneruskan urutannya.

          “Manalah saya tau, kaki ni nak langgar kotak tu. Dah lah, kotak dibuat daripada kayu pula tu. Ingat sikit je, tak tau lah pula sampai lebam…” balas Nurul. Dahinya mengerut menahan kesakitan.

          Bukan dia tidak mahu mengurut kakinya sendiri, tetapi urutan Zahidah lebih sedap bila terasa. Nasib baik Zahidah free malam itu. Jika tidak, terpaksalah dia sendiri yang mengurut kakinya.

          “Padanlah orang jawa yang mengurut…” usik Ain sambil ketawa.

          “Bukan ke Nurul pun orang jawa juga kan,” sambut Sarah pula.

          “Alah, hang pun sama Sarah… Kata orang,” tempelak Hidayah. Sama-sama ketawa. Dorm yang pada mulanya sedikit sepi menjadi ceria. Mana tidaknya, penghuni di dalamnya 100% pelajar tingkatan 5.

          Pagi itu, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Nurul mempercepatkan langkahnya ke kelas. Sudah seminggu sekolah dibuka. Walaupun nafasnya kelihatan sesak, dia menguatkan juga semangatnya untuk tiba awal di kelas. Dari bawah lagi, dia sudah mengintai keadaan kelasnya itu. Ingin memastikan sama ada sudah bercahaya ataupun belum. Kelihatan seperti sudah ada lampu terpasang. Tetapi siapa pagi-pagi buta ni sudah ada di kelas? Nurul mengerling jam tangannya. Baru menunjukkan pukul 7.00 pagi. Suasana di kawasan blok-blok sekolah masih lagi sepi.

        Kakinya mengatur langkah kelas. Nafasnya termengah-mengah menaiki tangga sebentar tadi. Baru 18 anak tanggan dinaikinya. Dia memang begitu. Nasib baik dia membawa bersama Tupperware berwarna merah jambu berisi air kosong ke kelas. Dapat juga dia menghilangkan sedikit dahaga apabila tiba di kelas nanti.

           “Assalamualaikum…” ucapnya tatkala kakinya menapak masuk ke dalam kelas 5 Science I.

          “Waalaikumussalam…” balas seorang pelajar di dalam kelas tersebut. Terperanjat Nurul dibuatnya. Nasib baik penyakit terkejutnya dapat disembunyikan. ‘Laa, Majid ke…huh,’ getus hati kecilnya.

          “Nurul, semalam Aiman minta aku sampaikan kat kau. Nanti waktu rehat jumpa Ustazah Hafsah kat bilik guru.” Pesan Majid. Nurul sekadar menganggukkan kepalanya sahaja. Tentu hal berkaitan dengan lajnah yang dipegangnya tahun ini.

          “Ye lah..” balasnya bersahaja. Nurul melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik berwarna kuning. Seisi kelas dan guru kelas mereka bersepakat bahawa semua kerusi di dalam kelas hendaklah berwarna kuning. Nampak serasi dan kemas. Dia tersenyum memandang sekeliling kelas.

          Sesekali matanya mengerling ke arah Majid. Tidak habis-habis dengan majalah krekonya. Harap sahaja penolong ketua umum. Walaupun dia begitu, dia seorang bijak dan berkarisma. Cuma mungkin sesekali di masa lapang dia akan meluangkan masa bersama kreko-krekonya. Ah, sejak di tingkatan 4 lagi dia begitu.

          Kedengaran bunyi tapak kasut dari luar kelas. Nurul mengintai melalui tingkap di sebelahnya. Tempat duduknya memang bersebelahan sahaja dengan tingkap kelas. Seperti dia kenal sahaja bunyi kasut itu milik siapa gerangannya. Ah, sudah sah siapa! Nuaim rupanya. Ketika tahun lepas pun begitu. Tiada siapa dapat tandingi mantan ketua kelas 4 Science II tahun lalu itu dengan bunyi kasutnya apabila dia berjalan. Dengar sahaja, pasti sudah dapat mengagak. Pasti dia, bukan orang lain.

WAKTU rehat bermula. Sebentar tadi, waktu subjek Matematik baru sahaja tamat. Banyak juga homework yang guru kelas mereka berikan. Cikgu Sa’adiah. Dialah guru subjek Mathematics dan dia jugalah guru subjek Physics buat kelas 5 Science I. Nurul, Amirah, Husna dan beberapa orang lagi mula bergerak menuju ke Dewan Makan.

          “Fatin, kau tak nak ikut sekali ke? Nanti perut tu kosong,” ajak Husna lembut. Walaupun perlakuannya kelihatan agak kasar, namun tutur katanya masih lagi baik.

          Fatin hanya menggelengkan kepalanya sahaja tanpa menoleh ke arah mereka sedikit pun. “Betul?” soal Amirah pula. Kali ini, hanya anggukkan yang diterima. Mereka pergi dengan wajah agak hampa. Semenjak di tingkatan 3 lagi, fi’ilnya sudah begitu.

          Matanya mengintai ke luar staffroom. Menunggu seseorang. Ustazah pula sedang menyiapkan tugasannya. Aiman mendekati Ustazah Hafsah. Dia hanya memerhati. “Aiman, mana partner kamu?”

          Dia hanya menjongket bahu tanda tidak tahu. Ustazah hanya tersenyum melihat perlakuan anak didiknya itu. Aiman memerhati ke sekeliling ruang dalam staffroom. Hanya ada beberapa orang guru sahaja di situ. mungkin ada yang pergi rehat di kantin ataupun menguruskan hal pejabat. Kedengaran pintu dikuak. Aiman menoleh.

          Pelajar itu segera menghampiri Ustazah Hafsah. “Hah, lambatnya kamu. Kamu pergi mana?”

           “Maaflah, ustazah. Saya ad hal tadi. Ada apa ustazah panggil kami?” Tanya Nurul cepat-cepat. Matanya menjeling ke arah Aiman yang berada di hadapan ustazah. Sedangkan dia berada di sisi ustazah.

          “Okey, kita duduk kat bangku sana tu…” ajak Ustazah Hafsah. Mereka bertiga mengantur langkah ke situ. Sofa yang diperbuat daripada kayu itu diletakkan di tengah-tengah staffroom bagi tujuan untuk para tetamu berehat dan menunggu. Kedudukan penempatan meja guru-guru lelaki diubah ke dalam sebuah bilik bersebelahan dengan ruang tetamu.

           “Maaflah, kat sini panas sikit. Biasalah ustaz-ustaz kamu tu, nak sejuk aja…” kata Ustazah Hafsah sambil tersenyum. Matanya melilau sekeliling takut-takut ada guru lelaki yang mendengarinya. Air-cond yang terdapat di situ jauh lebih tinggi suhunya berbanding di tempat lain.

          Perjumpaan tika itu dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah. Ustazah Hafsah memang suka mendahului bacaan selawat dan memuji nama-nama Allah sebelum memulakan perbincangan. Nampak lebih berkat dan dirahmati Allah. Nurul dan Aiman, masing-masing memasang telinga mendengar tugasan yang bakal dipikul di bahu mereka berdua.


          “Disebabkan tahun ni, kamu berdua yang memegang lajnah usrah dan tarbiyyah… Ana nak buat sedikit perubahan terhadap lajnah ini.”

          “Perubahan?” tersentak Nurul mendengarnya. Aiman hanya tenang mendengarnya. Nurul mengerling ke arah ketuanya itu. Seperti dia sudah tahu dahulu daripadanya.

          Ustazah Hafsah memandang pelajarnya itu. “Enti tak tahu lagi ke?” tanyanya ingin tahu. Nurul sekadar menggelengkan kepala sahaja. “Aiman, enta tak beritahu dia?”

          “Dia mana nak beritahu saya ustazah…” rungutnya perlahan. Ustazah hanya tersenyum.

          ‘Eh, merajuk ke budak ni???’ Ayman bermonolog dalam hati. Dua-dua menjeling. “Sudah! Lain kali enta ni Aiman, beritahulah penolong enta ni. Kasihan dia,” pesan ustazah menyejukkan kembali keadaan.

          Tamat sahaja perjumpaan, mereka berdua beredar ke kelas masing-masing. Kedua-duanya keluar dari staffroom. “Aiman, lain kali kalau ustazah ada cakap apa-apa kat kau yang melibatkan lajnah, janganlah diam je…” sergah Nurul dari belakang. Tergamam Aiman mendengarnya. Kemudian, dia tersengih.

          “Ye lah…” jawabnya acuh tak acuh. Nurul menarik nafas dalam-dalam. Dia hanya mampu menahan geram.

          Homework Physics yang diberikan tempoh hari disiapkan lambat-lambat. Esok, pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi ambilan pertama. Ain memandang sekitar kelas. Semua pelajar sedang sibuk dengan hal masing-masing. Sesekali dia menguap. Bukan tanda dia ingin tidur tetapi tanda tidak cukup oksigen dalam salur darah pada otaknya. Ingatnya lagi peristiwa seminggu yang lalu, apabila namanya diumumkan sebagai penolong ketua umum 2. Ketika itu perhimpunan rasmi yang pertama diadakan pada tahun itu. Terkejut beruk dibuatnya.

          Namun, dia terima dengan redha dan hati yang terbuka. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Manakan tidak, ramai lagi ketua pelajar yang lain yang lebih berwibawa daripadanya. Sebenarnya, dia sendiri sudah dimaklumi penolong ketua umum puteri tahun lepas yang dia akan mengantikan tempat itu. Najwa melepaskan pandangan kosong ke luar tingkap. Mencari ketenangan.

          Entah mengapa, lagu Hakikat Bahagia nyanyian kumpulan nasyid UNIC bermain di mindanya. Hatinya terhibur dalam diam.

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan


Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki



          Tiba-tiba, bahunya ditepuk perlahan dari arah belakang. Ain menoleh. Khairun rupanya. “Termenung mana tu???” sapanya sambil tersengih. Tempat Khairun betul-betul di belakang Ain dan di sebelah kirinya tingkap. Zahidah duduk si sebelah kanan Khairun dan tempat Adilah pula di sebelah kanan Zahidah.

          “Mana ada termenung. Cuma memerhati sahaja. Kerja Physics ni tak siap lagi. Nak tanya Nadiah, dia sedang dibuai mimpi. Eh, jap! Sekarang masa siapa?”

        Dua pasang anak mata itu memandang ke arah jadual kelas yang berada di hadapan mereka. “Ustazah Nisa’!” kata mereka serentak. “Ustazah mesti masuk punya…” sambut Adilah yang duduk di sisi Zahidah. Walaupun suaranya agak perlahan, namun masih lagi dapat didengari.

          Pelajar-pelajar  perempuan mula sibuk ke tandas mencuci muka. Begitu juga pelajar lelaki. Seorang pelajar tingkatan 2 datang ke kelas itu. Katanya, dia ingin berjumpa dengan ketua kelas. Alang-alang Majid sudah melalui situ, terus sahaja dia sampaikan kepada Majid.

          Majid hanya mengangguk tanda faham. Dia membetulkan blazernya lalu masuk ke dalam kelas. Lagak seperti orang terhormat sahaja. Kemudian, dia menulis sesuatu pada whiteboard.

          ‘Salam… Ustazah Nisa’ minta pergi ke bilik PAI sekarang. Sila bawa yang buku berkenaan dengan PSI…’

           Diletaknya kembali marker pen berwarna biru itu di atas meja. Majid segera ke mejanya mengambil apa yang perlu. Diteruskan langkahnya ke bilik PAI yang terletak di bawah kelas tingkatan 4 Science I di blok Al-Khawarizmi. Meninggalkan yang lain di dalam kelas. Ah, dia memang begitu!

HARI semakin senja. Mentari senja semakin lama semakin tenggelam dek malam mengganti tempat. Begitulah aturan alam. Dia bercekak pinggang. Geram sungguh. Loceng pula sudah berdering 5 kali. Namun, masih lagi ada yang berdegil. Matanya mengerling ke arah jam tangan hitam jenama Casio miliknya. Lagi 3 minit, solat fardhu Maghrib akan terlaksana di Masjid Al-Munzirin. Kemudian, matanya dialihkan ke asrama putera. Ah, sama saja! Tak bolehkah kosongkan asrama dalam masa yang ditetapkan.

          “Cepat!!! Solat berjemaah di masjid! Jangan ada yang so-dorm pula!” jeritnya. Rasanya sudah cukup kuat untuk menggegarkan seluruh penghuni asrama puteri yang masih belum keluar. Dadanya menahan marah.

          “Sabar ye… Masih awal tahun. Kita kena bijak,” pujuk Ain, meredakan sahabatnya itu. Izzaty, naib presiden Ikatan Ukhwah Islamiah, amat terpikul dengan tanggungjawab yang diamanahkan.

          “Ni belum form 4 dengan form 1 masuk lagi…” tambah Nurul selamba. Tangannya membetulkan tudung labuh berwarna krim yang disarungkan pada kepalanya. Beransur-ansur pelajar turun dan keluar daripada pintu pagar asrama.

          “Ah, jom pergi masjid. Dah solat dah tu,” ujar Ain lagi. Mereka bertiga beriringan ke masjid sebaik sahaja semua pelajar mengosongkan asrama. Tiba-tiba ada satu cahaya menyuluh ke arah mereka. Mereka berpaling. Tiada. Pelajar-pelajar pun sudah menuju ke masjid. Kelihatan suatu lembaga di hujung blok Aisyah Abu Bakar. Semua terpegun. Siapa???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...