Sekiranya kita dapati diri kita mencintai seseorang yang tidak membalas cinta kita…
Janganlah kita merasa tersisih
Tiada salahnya kita mencintai seseorang
Cinta tidak memilih untuk singgah di hati sesiapa
Sekiranya kita dincintai oleh seseorang yang tidak kita cintai
Anggaplah ia satu pernghormatan buat diri kita
Tetapi kembali penghormatan itu dengan cara ikhlas dan jujur
Jangan ambil kesempatan dan jangan melukakan
Bagaimana kita mengurus cinta begitulah kita akan mengurus diri kita
Dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
Sekalipun cara kita mengendalinya berbeza
Sekiranya kita bercinta dengan sseorang yang begitu mencintai diri kita
Dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi
Tiada siapa yang harus dipersalahkan
Relakan cinta itu pergi
Kerana setiap yang pergi ada hikmahnya
Dan kita akan menyedari masa silih berganti
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta
Kerana cinta itu sendiri tidak memilih untuk singgah di hati sesiapa
Apabila ia datang mengentuk pintu hati kita
Terimalah kehadiran cinta itu dan segala misteri di dalamnya
Nikmatinya sebagaimana ia buat hidupmu bahagia
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kita
Semoga semua dapat bertemu dengan cinta yang sejati dan jujur
Insya-Allah…
Yang penting cinta kepada Allah itu yang mesti didahulukan…
Bahagialah bagi orang yang mengerti akan erti cinta,
ReplyDeleteKerana Cinta itu akan memberikan warna bagi kehidupannya...^^,