" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Thursday, February 10, 2011

usrah: Madah Bicara...

Ambillah masa untuk berfikir...
Fikiran itu adalah sumber kekuasaan 
Ambillah masa untuk membaca...
Membaca itu asa kebijaksanaan
Ambillah masa untuk bekerja...
Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa usaha

Ambillah masa untuk solat...
Solat itu kuasa yang paling berkesan mencegah kemungkaran.
Ambillah masa untuk bermain...
Bermain menjadikan kita sentiasa cergas
Ambillah masa untuk bersedekah...
Hidup kita terlalu singkat untuk kepentingan diri semata-mata

Ambillah masa untuk tersenyum...
Senyuman itu penawar untuk jiwa
Ambillah masa untuk bersahabat...
Inilah jalan ke arah kebahagiaan
Ambillah masa untuk berkasih sayang...
Inilah kurniaan Allah Yang Esa ke atas hamba-Nya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...