" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Monday, February 7, 2011

renungan: jadilah seperti dirinya

Rabiatul Adawiyyah r.a. nama yang tidak asing lagi sebagai seorang serikandi islam yang teragung. Betapa hebat cinta dan pengorbanannya kerana Allah. Sehingga hal-hal dunia ditolak ketepi demi meraih redha Yang Esa. Walaupun telah lama wafat meninggalkan kita, nama beliau tetap tersemat di hati para remaja masa kini. Sewajarnya, remaja kini haruslah mencontohi beliau dalam beribadah. Tidak mengharapkan dunia semata-mata. Namun, jauh di sudut hatinya kebahagiaan akhirat yang dituju. Wahai sahabat sekalian, jadilah dirimu sepertinya dalam ketekunan beribadah demi mengharapkan redha Allah...



************************************************************************************

Doa Rabiah

"Ya Allah...anugerah duniawi apapun yang telah Engkau tetapkan kepadaku, berikanlah kepada musuh-musuh-Mu. Dan, anugerah apapun yang telah Engkau tetapkan kepadaku, berikanlah kepada kawan-kawan-Mu, kerana Engkau sudah cukup bagiku.

"Ya Allah,...andai aku menyembah-Mu kerana takut neraka, bakarlah aku dalam neraka. Dan, andai aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga-Mu, keluarkanlah aku dari syurga-Mu. Tetapi, andai aku menyembah-Mu demi Engkau semata-mata, janganlah Engkau menyembunyikan keindahan-Mu yang abadi.

"Ya Allah, satu-satunya kesibukandan keinginanku di dunia ini hanya mengingati-Mu dan mengidam-idamkan berjumpa dengan-Mu di akhirat nanti. Itulah bahagia dari hidupku, seperti yang sering ku katakan. Sekarang, lakukanlah apa yang ingin Kau inginkan..."

************************************************************************************

Betapa tulusnya doa seorang hamba yang sememangnya ditetapkan syurga baginya. Kita sebagai hamba yang hina dan kerdil, sentiasalah bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil memuji nama-nama-Nya. Biarlah pengakhiran hidup kita berakhir dalam keadaan baik dan beriman. InsyaAllah... Sentiasalah merendahkan dirimu di hadapan-Nya...



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...