" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Friday, January 21, 2011

diari: Siapa Diriku...

Sudah lama saya tidak menulis di sini. Terasa rindu pula untuk meluahkan sesuatu yang terpendam di hati. Moga hati ini diberi ketenangan, insyaAllah...


Hampir sebulan saya tidak bersekolah. Bak kata kawan-kawan seperjuangan saya, pengganggur lepasan SPM. Kakak saya turut berkata demikian. Semua kawan saya mempunyai plan tersendiri dalam mengatur hidup di saat menunggu result keluar bulan 3 nanti. Begitu juga dengan saya. Saya cadang untuk duduk sahaja di rumah. Kerana sebelum ini, saya bersekolah asrama. Jadi, masa yang diperuntukkan di rumah kurang. Walaupun ada masa untu pulang ke rumah, saya tidak dapat meluangkan masa dengan baik untu membantu ibu dan bapa saya. Kadang kla timbul rasa kesal dalam diri ini.


Sekolah. Banyak memberi pengajaran dan bimbingan pada diri saya. Saya bersyukur teramat sangat kerana Allah memakbulkan doa saya untuk masuk ke sekolah agama. Saya sedar ketika di sekolah rendah, tingkah laku saya kurang enak dilihat walaupun saya bertudung bidang besar. Antara kawan-kawan rapat di sekolah rendah dulu, hanya saya seorang yang bersekolah agama. Tetapi kami masih lagi berhubung tika ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan sahabat-sahabat yang memahami ketika di sekolah menengah. Kami saling bertukar fikiran dan pendapat. Kadang kala rasa ingin tergelak bila teringatkan memori-memori lama.


Kini, saya makin dewasa. Bakal menghadapi dunia luar tidak lama lagi. Tetapi sebenarnya saya sedang menghadapinya cuma saya jarang keluar rumah. Saya tidak suka keluar tanpa keluarga. Takut tersalah arah tujuan maklumlah saya masih mentah. Saya tak nak terlalu excited sebab banyak perkara yang perlu saya pelajari tentang agama sebelum menjejakkan kaki ke u nanti. Ye, terlalu banyak perkara yang saya tidak tahu. Kadang kala terasa diri ini kerdil apabila berkongsi ilmu dengan sahabat. Namun, saya berpegang dengan apa yang saya pelajari selama ini. Ilmu itu terlalu luas bak lautan. Ilmu yang ada seperti setitik air dari lautan tersebut.


Apabila saya duduk sendirian di dalam bilik, saya teringat sahabat-sahabat saya. Ada yang pergi PLKN, bekerja, ambil lesen dan macam-macam lagi. Rindu rasanya pada mereka. Diri ini terlalu hina. Saya banyak buat salah tanpa saya sedar. Tapi saya cuba ke pangkal jalan. Saya sentiasa nasihatkan sahabat baik saya supaya jangan jadi seperti diri saya. Astaghfirullah...


Terasa diri ini begitu jauh dari Allah. Tuhan semesta alam. Saya cuba dekatkan diri kembali pada-Nya. Mencari cinta yang hakiki dan abadi. Cuba memperbetulkan kembali diri ini daripada tersasar jauh. Saya tak hidup di dunia ini semata-mata kerana ingin hidup. Tetapi biarlah hidup semata-mata kerana Allah. Biarlah ilmu yang saya tuntut itu ke arah duniawi dan ukhrawi..


Saya sentiasa cuba mengingatka diri ini. Yalah, kita manusia biasa yang kadang kala ada melakukan silapnya juga. Semua yang saya ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Jadi, kita sebagai hamba-Nya perlu kembali kepada pencipta kita. Kita semua tak boleh bongkak dengan apa yang kita ada. Allah tak suka. Dia sudah mengingati kita dalam kitab yang mulia, al-Quran.


Ya Allah...ampunilah dosa-dosaku...ampunilah dosa-dosaku...ampunilah dosa-dosaku...amiin...


Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar!!!






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...