" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Monday, January 17, 2011

agama: info FIQAH ~ HUKUM BULU KUCING...

 Menurut mazhab Syafi’I dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badanya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal daripada tubuh badannya, sama ada semasa hidupnya atau selepas mati.

          Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN
          Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati.demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada bulu binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni al-Muhtaj, Kitab al-Taharah, Bab al-Najasah, jil. 1, hlm. 115)

HUBUNGANNYA DENGAN SOLAT
          Menurut hukum syarak, syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan, dan tempat sembahyang.

          Oleh sebab itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan mada sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai ayau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jil.1, hlm.175)

Sumber: MAJALAH SOLUSI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...