" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Friday, January 14, 2011

cerpen: PENGORBANAN DALAM KENANGAN



          “Assalamualaikum… Ibu…” ucap Aufa seraya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia cuba mencari ibunya di dapur. “Ibu…!” sergahnya sambil tersengih.

          Terperanjat ibunya. Senduk di tangan hampir sahaja terlepas dari tangannya. “Budak bertuah ni… Ibu tengah basuh pinggan lah…” omelnya dengan nada separuh marah. Aufa terus sahaja tersengih. Dia mengatur langkah ke kamarnya. “Aufa, jangan lupa turun makan tengah hari ye…” pesan ibu. “Ye, ibu…!”

          Usai menunaikan solat Maghrib dan mengaji, Aufa melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia mencapai beberapa keping foto yang berselerakkan di atas katil. Baru seminggu berpindah, dia sudah terlalu rindu dengan teman-teman seperjuangannya di SMKA Maahad Hamidiah. Memori-memori lama tergamit kembali di kotak mindanya. Matanya bergenang.

           Seketika, pintu bilik Aufa diketuk. Ayahnya menguak pintu itu. “Macam mana dengan sekolah baru?” Tanya ayahnya seraya mengambil tempat di sisi anaknya itu. Dia meletakkan kembali foto-foto itu semula. “Alhamdulillah, ayah. Semuanya okey. Ayah, hujung minggu ni kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur ni… Boleh, ayah?”

          “Insya-Allah…” sahut ayahnya.

          “Terima kasih, ayah…” terukir senyuman di bibirnya. Aufa segera memeluk ayahnya tanda gembira.

*******
          “Hari ini, kita ada seorang pelajar baru dari Kajang. Perkenalkan, Aufa Irdina.” Kata Cikgu Farah.

          Iman tersenyum mengenangkan perkenalan budak baru itu dengan rakan sekelas mereka seminggu yang lalu. Entah mengapa hatinya tercuit dengan kelembutan wajahnya. Tersusun tutur katanya. Sopan santun tingkah lakunya. Menyedapkan mata tatkala memandangnya. Iman tidak pernah bertemu gadis seperti itu sebelum ini.

          Dia memandang buku notanya. Hampir setengah daripada muka surat itu diconteng dengan pen biru. Dia tergelak sendiri. Iman Anaqi kembali menumpukan ulangkaji Fizik yang dilakukannya sebentar tadi. Tahun ini, dia bakal mengambil peperiksaan awam SPM. Iman anak sulung dalam keluarganya jadi dia perlu menunjukkan bahawa dia boleh melakukannya sebaik mungkin.

          Suasana kelas pagi itu sunyi sepi. Mungkin kerana jam baru menunjukkan pukul 7.00 pagi. Hanya dua orang pelajar sahaja yang berada di dalam kelas tersebut. Masing-masing sedang sibuk menelaah buku di hadapan mereka. Aufa meletakkan beg sandangnya di atas meja. Dia mengerling pada jam tangannya, masih ada 20 minit sebelum perhimpunan pagi bermula. Kerja sekolah Fizik masih ada lagi satu soalan yang belum disiapkan.

          Aufa terlupa jalan penyelesaiannya. Kerja itu perlu dihantar hari ini. Aufa mendekati sahabat yang rapat dengannya semenjak dia berpindah ke sekolah itu. “Adra Nabila, awak boleh tolong saya tak ajarkan soalan ini. Saya tak berapa fahamlah…”

          Nabila memandang wajah Aufa. Kemudian matanya melirik ke arah soalan itu. “Aufa, saya minta maaf. Soalan tu sebenarnya saya pun tak berapa tahu. Baik awak tanya budak kat belakang tu,” ujarnya. Tangannya masih ligat menulis sesuatu di atas sehelai kertas.

          “Erm, tak ada budak perempuan lain ke, hah?” Aufa cuba berdalih untuk bertanya kepada budak itu.

          “Awak ada nampak ke budak lain kat sini. Saya rasa kelas sebelah pun tak dapat lagi soalan ini. Saya dah tanya semalam. Pergi aje lah… Bukan dia nak makan awak pun. Lagipun dia terror subjek ni…” balas Nabila dengan wajah selamba.

          Yelah…yelah… Rungutnya dalam hati.

          “Assalamualaikum. Iman, nak tanya satu soalan boleh?” tanya Aufa dengan nada malu. Iman mengangkat mukanya. Wajah itu direnung. “Iman Anaqi…” panggil Aufa. Suaranya cuba dikeraskan.

          “Opss, maaf. Apa tadi? Soalan ini? O…okey…” tersentak dirinya daripada lamunan. Aufa hanya tersenyum malas.

*******

           Ruang legar di hadapan kelas agak lengang. Mungkin belum tiba waktu rehat. Krringgg!!!! Loceng berbunyi nyaring.

          “Okey, kelas! Esok, hantar kerja rumah yang baru saya bagi sebentar tadi. Pastikan semua siap. Kawan-kawan yang tahu, sila bantu mereka yang tidak tahu. Biar kita berjaya bersama-sama,” pesan Puan Darwisyah.

          “Baik, puan!” seisi kelas menyahut.

          Aufa mengeluarkan sebekas nasi goreng yang dibuatnya awal pagi tadi. “Aufa, jom makan kat pondok dekat dengan kantin tu!” ajak Nabila dengan wajah ceria. Aufa sekadar mengangguk tanda setuju.

          “Awak tunggu sini. Saya nak pergi beli air jap kat kantin.” Ujar Nabila. Kakinya melangkah pergi.

          Baru sahaja Aufa membuka bekas tersebut, tiba-tiba namanya dipanggil. Dia menoleh. “Woi, siapa suruh kau duduk kat pondok ni, hah?” tegas suara Fateen.

          Aufa cuba bersikap tenang. “Awak, ni pondok milik sekolah. Sesiapa sahaja boleh duduk di sini termasuk awak. Tapi saya dan Nabila sudah duduk dulu, jadi awak boleh duduk di tempat lain. Lagipun, banyak lagi pondok lain kat sini. Bukan satu ni je, Fateen…” balasnya lembut.

           Fateen terdiam. Dia masih lagi tidak mahu mengaku kalah. “Okay, fine! Hari ini hari kau, esok atau lusa atau tulat atau seterusnya, belum tentu hari kau, Aufa!”

          Nabila yang baru sahaja tiba bersuara, “Hah, apa lagi…pergilah! Tak ada siapa nak halang kau!”

          Fateen mendengus kasar. “Let’s go, girls!”

          “Geramnya aku! Siap kau, Aufa. Kau ingat, kau ex-student sekolah agama, semua orang boleh percaya kat kau?! Tak semudah itu!” Fateen bermonolog sendirian.

*******

          “Terima kasih, Aufa. Lepas ni, bolehlah saya minta awak ajar Biologi lagi.” Ucap Iman sambil mengukir senyuman. Aufa hanya tertunduk malu.

          Iman berlalu ke tempat duduknya. “Hey, Iman! Kenapa awak rapat dengan budak tu, hah?!” Fateen bersuara keras. Lelaki di hadapannya terkejut. Mulutnya ternganga. Matanya terkebil-kebil.

          “Hello, awak ni sihat ke? Saya tanya dia soalan Biologi, itupun salah ke? Lagipun, apa hak awak nak halang saya. Kita bukan lagi sweet couple macam dulu. Our relationship had over. We’re just friend, right?” kata-kata Iman membuatkan marahnya membuak-buak.

          Fateen berlalu tanpa sepatah bicara. Dia kehilangan kata-kata.  Dia malu dengan tindakannya. Siap kau, Aufa… Siap kau! Dendamnya dalam hati.

         Nyaring loceng berbunyi tanda masa untuk pulang. Iman pergi mendapatkan Aufa yang sedang mengemas buku-bukunya. “Ni, ada surat untuk awak…” Iman cuba bersikap macho. Dapat sahaja surat itu terus sahaja dibuka dan dibaca. “Iman…”

          “Saya tak boleh terima permintaan ini. Dalam Islam sendiri ada garis panduan tentang soal cinta. Haram untuk kite bercouple sebelum tiba masanya. Maafkan saya…” katanya tegas seraya berlalu dari situ. Surat itu dipulangkan semula. Iman hanya kaku. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

*******

           Puan Darwisyah meraba-raba beg tangannya. Pursenya tiada di situ. “Isyah, you kenapa? Ada barang hilang ke?” tanya Mrs. Viviana dalam loghat hindinya.

          “Entahlah, Vivi. Purse saya tak ada kat dalam beg.”

          “Erm, siapa yang jumpa kau tadi?” Puan Amalina pula bertanya.

          “Tak silap ada tiga orang. Tapi pelajar yang bertemu dengan saya sebelum ke tandas, Aufa. Ya, Aufa Irdina.”

         “Cuba kau pergi check kat kelas dia. Mana tahu, ada pelajar yang curi.” Puan Amalina memberi cadangan. “Baiklah, kak!”

          Puan Darwisyah tiba di hadapan kelas 5 Al-Bukhari. Dia bercakap sebentar dengan guru yang sedang mengajar di dalam kelas itu. Pelajar-pelajar 5 Al-Bukhari hanya menyaksikan dari dalam kelas sahaja. Seakan ada yang tidak kena dengan guru-guru itu.

          Beberapa minit kemudian, Cik Farah kembali ke dalam kelas. “Okey, kelas. Boleh keluar sebentar. Saya dimaklumkan bahawa purse Puan Darwisyah telah hilang. Jadi, kami nak check beg-beg anda sebentar…”

           Seisi kelas terkejut. Mereka hanya akur dengan arahan yang diberikan. Setelah beberapa minit berlalu, tiba-tiba…

          “Kak Isyah, saya dah jumpa!”

******

         “Saya tanya awak sekali lagi, awak ke yang curi?” tanya Tuan Pengetua tegas. Riak wajahnya serius. “Bukan saya, cikgu… Bukan… Ada orang fitnah saya, cikgu…” rayu Aufa dalam tangisan. Pada mulanya, dia ingin sahaja menahan air mata itu daripada gugur ke pipi. Namun, tidak dapat ditahan apabila dia ditanya berulang-ulang kali tentang kes kecurian itu.

          “Betul, cikgu! Dia yang curi,” Fateen mengambil kesempatan untuk bersuara selaku saksi yang tidak diiktiraf. “Harap saja pakai tudung labuh, dari sekolah agama…tapi perangai macam…”

          “Sudah! Cukup, Fateen! Aufa, awak dikenakan denda gantung sekolah selama seminggu…”

        Tiba-tiba seorang pelajar lelaki melangkah masuk ke dalam bilik guru. “Cikgu, nanti dulu! Aufa Irdina tak bersalah. Sebenarnya, bukan dia… Tapi Fateen yang buat. Saya nampak waktu Puan Darwisyah ke tandas. Dia nak fitnah Aufa sebab dia tak suka Aufa, cikgu.” Semuanya yang ada di situ tercengang termasuk Fateen apabila mendengar kenyataan itu.

         “Fateen???”

         “Bukan saya… Saya cuma nak… Cuma…” suaranya tersekat-sekat. “Cuma apa?” Tuan Pengetua cuba bertanya.

       Fateen menangis teresak-esak. “Maafkan saya, cikgu…” katanya seraya berlalu dari situ. Dia berlari dan terus belari. Fateen hilang arah tuju. Dia terus mengorak langkah ke jalan raya. Tiba-tiba, ddumppp!!!

*******

         “Cik, sila bawa pelajar ini ke bilik kecemasan sekarang.” Arah seorang doktor. Selang beberapa jam, doktor itu keluar dari bilik tersebut.

       “Doktor, bagaimana dengan anak saya?” tanya ibu Aufa. Tangannya menggenggam erat tangan suaminya.

          “Maafkan saya, puan. Anak puan tidak dapat di selamatkan lagi. Sel barah otak yang menyerangnya sudah merebak ke semua tempat. Tambahan lagi, ketika anak puan pengsan pagi tadi, barahnya sudah ditahap terlalu kritikal.” Jelas doktor itu. “Abang…” ibunya terus menangis dan rebah dalam pelukan suaminya.

          Tiba-tiba seorang doktor mendekati mereka. “Encik, puan. Di bilik sana ada seorang pelajar perempuan yang sedang mengalami kecederaan serius pada bahagian pinggangnya. Saya nak tanya, sudikan encik dan puan menderma buah pinggang anak encik dan puan…”

      Aufa memandang wajah ayahnya. Raut wajah yang membuatkan hatinya tenang tatkala menatapnya. “Ayah, kalau Aufa minta satu permintaan boleh?”

         Ayahnya berpaling. “Apa dia, sayang?”

         “Kalau Aufa dah tak ada nanti, ayah dermakan lah mana-mana organ dalaman Aufa kat sesiapa yang memerlukan…” riak wajahnya kelihatan tenang. “Aufa…”

          “Ayah… Tubuh ini milik Allah, bukan milik Aufa bukan milik sesiapa… Boleh kan?” Ayahnya meangangguk lemah mendengar permintaan anaknya itu.

********

          Sudah hampir sebulan, Fateen terlantar di hospital. Keadaannya semakin pulih. Dia menyesal tatkala mengingatkan apa yang berlaku dahulu.

          “Assalamualaikum, Fateen…” sapa Nabila. Puan Darwisyah dan Iman juga turut berada di situ. “Hari ini awak balik kan…” kata Nabila gembira. Fateen hanya tersenyum.

          “Cikgu, saya nak minta maaf…”

          “Sudahlah, cikgu dah tarik balik dakwaan itu. Lagipun, ketika itu fikiran kamu kucar-kacir…” potong Puan Darwisyah. Bibirnya mengukir senyuman. “Erm, mana Aufa? Tak nampak pun dia…” Semua orang terdiam mendengar kata-kata yang terbit daripada mulut gadis itu. Nabila yang berwajah ceria tiba-tiba berubah muram. Begitu juga Puan Darwisyah.

          “Fateen, Aufa dah tak ada… Buah pinggang yang awak ada sekarang tu, salah satunya buah pinggang dia… Keluarga dia dah pindah ke Terengganu seminggu yang lalu. Tapi ibu Aufa ada bagi sepucuk surat. Katanya, untuk awak.” Iman menghulurkan sepucuk surat untuk sahabatnya itu.

“Sahabatku Fateen Dania,

          Assalamualaikum… Maaf andai warkah ini menganggu saudari di sana. Saya tahu, sejak saya berpindah ke sekolah ini, saudari kelihatan kurang senang. Maaf jika saya ada buat salah dengan saudari…

          Fateen, saya tahu saudari boleh berubah. Percayalah, Allah itu Maha Pengampun. Dia suka hamba-Nya kembali ke jalan yang benar. Saudari jangan risau… Saya sudah maafkan semua salah saudari terhadap saya… Moga kita berjumpa di syurga Allah bersama redha-Nya, insya-Allah… I Love You, Fateen…

          Sekian. Wassalam…

Sahabatmu,
Aufa Irdina Bt Hisham”


          “Aufa…” Rintih Fateen. Dia memeluk Nabila. Erat.  “Maafkan aku, Aufa…” Air matanya jatuh bercucuran ke pipi.


~zahrahdurrani
~14 Januari 2011


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...