" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Tuesday, January 18, 2011

agama: kesan maksiat kepada kehidupan kita

          Ibn Qayyim dalam bukunya al-Da'wa al-Dawa' telah menyenaraikan puluhan kesan maksiat dalam kehidupan seseorang dalam perlbagai sudut. Ibn Qayyim berjaya membuktikan menerusi keterangan nas al-Quran dan sunah serta kefahaman salafussoleh bahawa maksiat menatijahkan 1001 kesan negatif yang mungkin selama ini tidak kita sedari.


          Antara yang digariskan oleh Ibn Qayyim ialah maksiat akan:

  • menghalang ilmu memasuki dada.
  • menghalang rezeki.
  • menghadirkan kegelapan hati.
  • melemahkan hati dan jasad.
  • menghalang ketaatan.
  • melemhakan jiwa.
  • menyebabkan kehinaan.
  • merosakkan akal dan mematikan hati.
  • mendatangkan laknat Allah.
  • menghalang daripada doa para rasul dan malaikat.
  • mnghilangkan rasa malu.
  • menyebabkan Allah membiarkan dirinya.
  • menghilangkan kebaikan yang dilakukan.
  • menjatuhkan darjatnya di sisi Allah.
  • memutuskan hubungannya dengan Allah.


          Terbukti maksiat dan dosa memang memberi kesan kpada kehidupan kita. Malahan, kesan-kesan itu ada kalanya begitu jelas kelihatan. Hakikatnya, dalam masa yang sama, Allah sedang memberikan amaran kepada kita. "Red Flag" untuk kita segera bertaubat.


"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" (QS. At Tahrim: 8)."                       


sumber ~ MAJALAH SOLUSI                  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...