" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Sunday, January 30, 2011

cerpen: CINTAKU HANYA UNTUKMU


       Selepas menghantar beberapa buah buku yang dipinjamnya, Juni Khaliesah keluar dari perpustakaan tersebut. Dia mendapatkn teman baiknya, Inani Damia yang berdiri pada sebuah tiang. Termenung jauh barangkali.  “Hei, termenung mana tu?” usik Juni selamba. Damia berpaling. Dia tersenyum. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.


        “Awak ni, kenapa? Sejak akhir-akhir ni, awak nampak agak pelik…” keluh Juni melihat sikap sahabatnya itu.


          “Tak adalah, Juni. Awak kan tahu, saya memang begini sejak kecil. Suka termenung seorang-seorang,” kata-kata sahabatnya disambut agar Juni tidak berkecil hati.


          Damia menarik tangan Juni. Pantas. “Jom, kita pergi minum. Saya belanja, nak?” dia cuba memujuk. Juni sekadar menurutinya sahaja. Damia tahu, Juni senang untuk dipujuk.


          Kafe yang dituju terletak berhampiran dengan tasik  yang terbentang luas. Damia pergi memesan air sementara Juni menunggu di meja yang sememangnya tersedia di situ. Tiba-tiba, dua kelibat lelaki menghampirinya.


          “Assalamualaikum…” sapa Zunnur Fudhail sambil tersenyum. Rakan di sebelahnya turut tersenyum melihat Juni di situ. Dia tertunduk malu. “Seorang saja, ke? Mana Damia?” Tanya Zunnur.


        “Dia pesan air. Kau orang duduklah dulu.” Pelawa Juni. Zunnur dan Daiyan duduk berhadapan dengannya. Hatinya berdebar. Dia sekadar dapat berdoa agar Damia cepat datang ke meja mereka.


          Selang beberapa minit, Damia hadir menatang sedulang air untuknya dan Juni. Dia agak terkejut melihat Daiyan dan Zunnur turut berada di situ. Riak wajahnya biasa sahaja. ‘Mengapa mereka di sini…’ getus hati kecilnya.


*******


          Damia menarik nafas dalam-dalam. Dia menatap gambar kedua ibu bapanya. Begitu juga kedua adiknya. Sayu. Dia duduk di kerusi plastik berhadapan dengan meja belajarnya di dalam bilik. Iffa dan Ilham sering menceriakan hidupnya.


          “Kakak, nanti Ilham nak jadi macam kakak! Nak masuk universiti,” kata Ilham bangga. “Bukan macam kak Iffa,” jelingnya tajam. Iffa tersenyum sinis.


          “Okey, kita tengok!” Iffa menyahut cabaran adiknya.


          “Sudahlah tu… Adik-adik akak akan masuk U. yang penting sekarang belajar rajin-rajin. Ingat tu,” pesan Damia. Bibirnya mengukir senyuman melihat telatah adik-adiknya itu.

         

          Air mata Damia menitis. Segera tangan kanannya menyeka. “Eh, awak menangis? Kenapa ni?” tanya Juni. Damia tidak sedar yang Juni sudah lama berdiri di sebelahnya.


          “Eh, tak ada apa-apalah… Just teringat kat adik-adik. Itu saja,” balas Damia sambil menggosok-gosokkan matanya. “Saya nak tidur dulu. Awak tak mengantuk, ke?” tanya Damia.


        “Awak tidurlah dulu… Nanti saya menyusur,” balas Juni.


*******


       Hari ini, hari minggu. Damia lebih suka pergi ke perpustakaan. Juni tidak ikut serta. Dia ke bandar bersama Farah dan Raudhah. Damia lebih suka memilih bahan bacaan berasaskan agama. Lagipun, segala tugasannya yang diberi sudah lama disiapkan. Dia memilih buku tebal berjudul ‘SIRAH JUNJUNGAN’. Kemudian, kembali ke meja yang berdekatan di situ.


          “Assalamualaikum…” suatu suara menyapanya. Damia mengangkat kepala. Wajah lelaki itu dipandang sekali imbas. Dia tunduk semula. “Mana Juni? Bukan dia selalu bersama awak?” tanya Daiyan seraya duduk di hadapan gadis kecil molek itu tanpa dipelawa.


          “Dia ke bandar,” balas Damia ringkas.


          “Awak tak ikut sekali, ke?” Tanya Daiyan lagi.


          Damia hanya menggelengkan kepalanya. “Apa hal awak ke mari?” dia cuba mengubah topik. Damia perasan Daiyan meminati Juni sejak minggu suai kenal dua tahun lepas.


          Daiyan merenungnya dalam-dalam. “Saya hendak cari rujukan bagi assignment saya,” kata Daiyan. Dia perasan Damia tidak suka dirinya menyebut perihal Juni di hadapannya.


          Dari jauh, sepasang mata hanya memerhati dengan perasaan cemburu.


*******


          Juni Dia memegang tangan Damia. Digenggam erat. “Boleh saya tanya something?” tanya Juni. Riak wajahnya kelihatan sungguh serius. Damia sekadar menganggukkan kepalanya sahaja. “Awak sakit, ke?”


          “Eh, apa awak merepek ni?!” balas Damia kehairanan.


          “Cakaplah betul-betul. Janji, saya tak akan beritahu sesiapa…” pujuk Juni.


         “Betul, saya tak ada apa-apa lah… Saya okey je,” balas Damia tenang.


          “Damia, jangan tipu saya. Saya nampak bungkusan ubat dia atas meja awak,” Juni meminta penjelasan lanjut. Jawapan yang diberikan langsung tidak memuaskan hatinya.


          “Juni Khaliesah…” belum sempat Damia menghabiskan kata-katanya, Raudhah datang mendapatkan mereka. “Damia, ni ada notis dari seseorang.” Ujar Raudhah sambil menghulurkan lipatas kertas itu. Damia segera membukanya. Dalamnya, tertulis…


“Inani Damia,


Sila hadir ke dewan kuliah 3. Ada benda saya nak beritahu awak…


-zunnur fudhail- “


          “Siapa beri, Damia?” tanya Juni. Raudhah pula sudah lama meninggalkan mereka berdua. “Zunnur, entah ada apa dia ingin berjumpa dengan saya,” balas Damia lembut.


          “Pergilah, penting kut…” ujar Juni dengan nada hampa. Soalan yang belenggu di fikiran masih lagi belum terjawab.


*******


          Damia membuka pintu dewan kuliah tersebut. Tiada siapa di situ. ‘Mana Zunnur ni?’ getus hatinya. Dia terlihat beg galas milik Zunnur di atas bangku. “Inani Damia…” sayup suara itu. Damia menoleh. Zunnur berada di belakangnya. Dia tersenyum. Matanya merenung gadis di hadapannya dari atas ke bawah. Seram sejuk dibuatnya. Renungan itu menakutkan Damia.

          “Zunnur, ada apa awak panggil saya?” tanya Damia ingin tahu. Zunnur menghentikan renungan tajamnya sebentar tadi.

          Zunnur merapatinya setapak. Damia ke belakang dua tapak. “Saya cintakan awak, Damia…” ucap Zunnur. Damia memandang Zunnur. Mata mereka berlaga. Cepat-cepat Damia melarikan pandangannya.

          Zunnur mencari kesempatan memegang tangan Damia. Dia menepis kuat. “Zunnur, awak gila ke? Awak sedar tak apa yang awak cuba lakukan? Kita ni…” Belum sempat Damia menghabiskan kata-katanya, tubuhnya ditolak ke dinding. Dia mengerang kesakitan. Lelaki itu merapatkan kedua-dua tapak tangannya ke dinding. Damia memandang ke kanan dan ke kiri. Tiada ruang untuknya melepaskan diri.

          Zunnur bertindak merapatkan mukanya pada wajah Damia. “Awak tak ada tempat nak lari dah. Kita ditakdirkan bersama, Damia!” keras suaranya.

          “Tapi ini bukan caranya, Zunnur!” bentak Damia. Zunnur merenungnya tajam. “Tolong jangan dekati saya!” Dengan kekuatan yang ada, Damia menolak dada Zunnur. Hampir tersungkur.

          “Kuat juga awak ni…” katanya dengan nada sinis.

          Damia mencapai handbagnya. Tiba-tiba, tangannya dipaut. Sakit. “Awak tak boleh ke mana-mana, Damia. Awak milik saya!” suara Zunnur menjadi bertambah keras. Tanpa segan silu, Zunnur menarik tubuh Damia ke dalam dakapannya. Damia meronta-ronta meminta supaya dilepaskan.

          “Zunnur, saya ada maruah! Tolong jangan buat begini!” Zunnur mengendahkan permintaan gadis itu. Dia merapatkan lagi tubuh Damia ke dalam dakapannya.

          ‘Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini…’ doanya dalam hati. Dia merintih memohon pertolongan Allah.

          Dengan pantas, Damia menumbuk perut Zunnur sekuat hati. Tangan Zunnur terlerai dari tubuh gadis di hadapannya. Damia pantas mencapai handbagnya yang terjatuh di atas lantai seraya keluar dari dewan kuliah itu.

          Air matanya mengalir deras. Dia buntu. Dia meneruskan lariannya ke jalan raya. Tanpa disedari, Damia sudah berada di tengah-tengah jalan raya. Kelihatan sebuah kereta semakin menghampirinya. Dia menoleh.

          “Damia!!!” Ada kelibat seorang lelaki berlari ke arahnya. Tidak semena-mena, dirinya ditolak ke bahu jalan. Terdengar bunyi dentuman kuat. Dia sendiri tidak pasti bunyi apa itu. Pandangannya terus kabur dan tidak sedarkan diri.

*******

           Damia membuka matanya. Dia sudah berada di dalam sebuah bilik. Dia berpaling ke kiri. Kelihatan Juni di sisi katil. Juni tersenyum melihatnya. Begitu juga Farah dan Raudhah. “Saya dekat mana ni?” tanya Damia. Suaranya kedengaran lemah.

          “Kat hospital. Saya dah telefon ibu bapa awak. Apa yang berlaku sebenarnya pada awak?” tanya Juni. “Nanti saya ceritakan,” ujar Damia ringkas. “Siapa yang panggil nama saya?”

          Juni menatap wajah sahabatnya itu. “Daiyan Baihaqi. Dia dilanggar kereta semata-mata nak selamatkan awak.” Damia menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia mengucap berulang kali. Dilepaskan keluhan panjang.

          “Zunnur?” tanya Damia tiba-tiba.

          “Dia ditangkap polis kerana menyeludup dadah ke kawasan kolej.” Jelas Juni. Damia segera memeluk Juni. Erat. Tubuhnya menggigil. Juni kehairanan. “Kenapa ni? Apa yang berlaku sebenarnya?”

          “Zunnur hampir mencabul kehormatan saya,” cerita Damia. “Astaghfirullah…”

          “Daiyan? Dia selamat?” Juni mengusap-usap belakang sahabatnya.

          “Dia di wad ICU. Daiyan kehilangan banyak darah akibat accident yang berlaku.”

           Damia memejamkan matanya. Hatinya tidak putus-putus mendoakan keselamatan Daiyan. Damia menitiskan air matanya. Pantas jari Juni menyeka. “Sudahlah, kita berdoa saja agar dia selamat,” pujuk Juni. Kasihan dia melihat temannya.

          Hampir dua minggu, Damia keluar dari hospital. Dia dapat ke kuliah seperti biasa. Hari ini, dia ingin melawat Daiyan di hospital. Lagipun, lelaki itu sudah sedar dari komanya.

          “Assalamualaikum…” ucap Damia lembut. Dia masuk ke bilik Daiyan bersama Juni. “Ibu keluar dulu, ye. Berbuallah dengan kawan kamu,” kata ibu Daiyan.

          “Waalaikumussalam. Kau orang apa khabar?” sambut Daiyan mesra.

          “Eh, sepatutnya kita tanya dia. Ini, dia tanya kita…” ujar Juni pula. Mereka sama-sama tersenyum. Daiyan memandang Damia. Mata mereka berlaga. Damia tertunduk malu. Juni cuba memecah suasana. “Bila nak pulang ke kolej?”

          “Lepas saya sihat lah…” Daiyan tergelak kecil dengan pertanyaan Juni. Damia turut tersenyum. Sama-sama ketawa.

          Damia bersyukur kerana dirinya tidak diapa-apakan Zunnur di dewan kuliah tempoh hari. Dia turut bersyukur melihat Daiyan kembali sihat. Jika Daiyan tidak menolaknya ke bahu jalan, pasti dirinya sudah terlibat dalam kemalangan itu.

 *******

          Di dalam bilik, Damia duduk termenung sendirian. Rahsianya hanya dia seorang yang tahu. Begitu juga kekasihnya. Tiba-tiba, kepalanya terasa sakit seakan dicucuk-cucuk dengan jarum halus. Kepalanya dipicit-picit. Damia teringat pada kekasihnya yang satu. Dia segera ke bilik air dan wudhuk diambil penuh khusyuk. Kemudian, dikerjakannya solat sunat tahajjud dua rakaat.

          Di sujud terakhir, Damia berdoa penuh tulus mengharapkan keredhaan Yang Maha Kuasa.

          “Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku…agar aku dapat mempertahankan diri ini… Ya Rabbi, jangan biarkan aku sendirian menempuhi tanpa jalan-Mu… Ya Muhaimin, teguhkanlah iman di dadaku agar aku tidak mudah menolak agama-Mu… Ya Allah, tiada jalan selain hanya kepada Engkau Yang Satu… Engkaulah kekasih di hati ini, cintaku hanya untuk-Mu… Peliharalah daku dari neraka-Mu… Berkatilah hidupku… Kau ambillah nyawaku dalam keadaan dadaku penuh keimanan, duhai kekasih… Tabahkanlah  hati ini dan terus mengingati-Mu, Ya Rahman Ya Rahim… Kurniakanlah kepadaku ketenangan yang abadi… Kau sejahterakanlah seluruh keluargaku… Engkau matikanlah aku, keluargaku juga teman-teman serta seluruh umat Islam dalam agama-Mu dan beriman kepada-Mu… Aku dambakan redha dan cinta-Mu, ya Ilahi…”

          Selesai memberi salam, Damia mengucap berkali-kali. Dia memandang Juni yang sedang tidur sekali imbas. Matanya dipejamkan. Dia menghela nafas. “Allah, ku pohon cinta dari-Mu…”

          Tubuhnya rebah ke sisi katil Juni. Sahabatnya tersedar. Juni mendapatkan tubuh temannya yang lemah. “Damia… Damia… Inani Damia…” tiada sebarang sahutan kedengaran. Juni memegang pergelangan tangan. Tiada denyutan nadi lagi.

          Air mata Juni mengalir deras tanpa henti. Tubuh Damia didakapnya penuh kesayuan. Tidak mungkin dia dapat memiliki sahabat semurni hati Damia. Inani Damia pergi menyahut seruan Ilahi. Moga Allah mencucurkan rahmat ke atasnya.



~03 november 2008

~30 januari 2011
~zahrahdurrani          







‘kepada Allah kita dicipta dan dihidupkan…

 Dan kepada Allah jugalah kita dimatikan dan kembali…’

‘sesungguhnya agama Islam mudah…permudahkanlah dan jangan kamu menyusahkan, sampaikanlah khabar gembira dan jangan membuat mereka lari…’ (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...