" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Tuesday, June 19, 2012

~Indah Tarbiyah Allah~




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang mengurniakan ilham untuk menulis dan berkongsi serba sedikit apa yang saya pelajari sepanjang perjalanan kehidupan ini.

Cuba kita renung ayat al-Quran di bawah ini,

Allah s.w.t. berfirman dalam kitabul karim, "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Apabila saya renung kembali suasana di zaman sekolah menengah dahulu, alangkah indahnya andai saya dapat berada di suasana itu sepanjang masa. Betapa rindu hati ini pada ketika itu. Namun, hanya Allah Yang Mengetahui apa yang terbaik buat diri saya. Sebelum ini, saya pernah apply untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir, namun atas kesulitan yang berlaku, saya membatalkan niat itu dan melanjutkan pengajian ke universiti tempatan. Mengapa saya teringin benar melanjutkan pengajian saya ke Mesir? Kerana saya tahu, bi'ah solehah yang terdapat di sanalah yang saya cari. Tetapi ingatlah, kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang.

Baru-baru ini, saya mengikuti satu program usrah luar kampus, 'AHLAN ILA KAMPUS'  yang dijalankan berdekatan dengan kampus universiti saya. Kakak usrah saya yang ajak untuk sertai sama. Seronok saya bersama sahabat-sahabat yang sefikrah dengan saya. Biarpun hanya sebentar pertemuan itu, saya yakin ukhuwah yang terjalin akan berkekalan. Terus terang saya katakan, selama dua semester saya berada di kampus, saya seakan hilang arah. Saya teraba-raba mencari cahaya yang terang itu. Setiap kali saya ingatkan sekolah pasti menitis butir-butir jernih di mata ini. Malah, saya merasa begitu cemburu dengan sahabat-sahabat lama saya kerana mereka mudah untuk mendalami ilmu agama. Namun, saya tetap cuba untuk tabahkan diri menghadapi dugaan ini.

Betapa indahnya aturan Allah, Dia Yang Maha Berkuasa telah menemukan saya dengan seorang kakak. Tika itu, semangat saya yang mulai turun, bangkit semula. Baru saya sedar, dalam perjuangan kehidupan ini, saya tidak boleh mudah menyerah kalah dan berputus asa. Ya Allah, agungnya kekuasaanMu...

Banyak perkara yang saya perolehi melalui program itu. Baru saya sedar mengapa saya masih berada di sini tetapi bukan di sana. Allah itu Maha Adil Maha Mengetahui. Dia tahu siapa saya dan apa yang saya hadapi. Dia tahu akan kemampuan saya. Dia tidak pernah jemu untuk mentarbiyah diri kita. Banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dalam memperbaiki diri ini. 

Biarpun, setahun itu merupakan jangka masa yang panjang untuk saya mencari kembali siapa diri saya, apa matlamat sebenar saya, saya berasa sungguh bersyukur. Allah sebenarnya tidak pernah rasa jemu untuk mendengar rintihan kita, malah Dia amat menyukainya. Pernah tak, kita terfikir, baru sikit kita dicuit dengan dugaan yang tidak disangka, kita sudah mula nak melatah. Sedangkan kita perlu bersyukur kerana Allah masih menyayangi kita. Dugaan yang datang itu tanda kasih sayang-Nya pada kita.

Di semester 3 ini, saya cuba untuk terus istiqamah dalam perjuangan dakwah ini. Saya tahu, Allah pastikan akan temukan saya lagi dengan mereka yang amat saya perlukan dalam perjuangan ini. Dan saya tahu, banyak lagi dugaan dan rintanga yang perlu saya tempuhi selagi nyawa dikandung badan.

Di sini, saya ingin sangat kongsikan satu analogi. Pasti ramai di antara kita pandai memandu kereta termasuk saya. Perasan tak, kita amat memerlukan cermin hadapan untuk berhati-hati dalam pemanduan. Dan kita juga akan sentiasa memandang cermin hadapan. Tetapi kalau cermin belakang, kita hanya pandang bila perlu sahaja. Begitu juga dengan kita. Islam itu bukannya cermin belakang yang hanya diperlukan untuk sesetengah ketika...tetapi Islam itu seperti cermin hadapan yang menjadi matlamat dan kita amat memerlukannya sepanjang perjalanan hidup kita.

Mari kita renung kembali, di mana tahap iman kita. Adakah kita ini sudah benar-benar beriman? Sama-sama kita dan saya sendiri merefleksi diri kita.

Pernahkah kita tanya pada diri kita sendiri, tak nak kah aku meneruskan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam membawa dakwah islamiyah?

Ingatlah, walaupun kita bukan meruapakan pelajar jurusan agama, kita hukanlah ustaz mahupun ustazah tetapi Islam itu smemangnya perlu diutamakan. Walau di mana jua kita berada, usaha untuk mendalami ilmu agama itu amat penting. Allah sentiasa memandang setiap titik-titik usaha yang kita lakukan. Untuk bernujahadah itu sememangnya amat pahit yang perlu kita rasai tetapi yakinlah, di sebalik mujahadah itu tersingkap ganjaran yang amat besar dari Allah, syurga yang indah.

Marilah kita sama-sama membina individu muslim dalam diri kita. Peringatan bersama buat saya dan kamu semua, sahabatku. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...