" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Saturday, December 10, 2011

~MENCARI CINTA~


“Wahai diri yang dianugerahi rasa cinta... biarkan ku khabarkan... kerana cinta itu anugerah Ilahi. Satu rasa yang sukar diterjemahkan. Senada pada warna hati. Andai putih hati nescaya putihlah cinta... hati berkata-kata tentang cinta... di mana juga insan bercerita tentang cinta. Walau di lorong-lorong sunyi sepi. Dimana kedudukan sebenar cinta? Aku sendiri keliru... Meski panduannya ada pada cermin hati. Bairku singkap erti cinta...

Cintailah Allah sepenuh hati... nescaya akan engkau temui cinta sebenar yang dikau cari selama ini. Di sana ada ketenangan, kedamaian, keharmonian, kegembiraan dan pastinya tiada lagi sesalan, derita dan air mata kecewa...

Cintailah Allah sebelum engkau mencintai insan. Hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada makhluk pasti akan bertambah retak dan terburai. Tetapi hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada Ilahi pasti ianya akan bertaut kembali.

Yakinlah bahawa Allah pasti akan anugerahkan dirimu seorang insan yang benar-benar ikhlas menyayangi dan mengasihimu seandainya dirimu mampu meletakkan rasa cinta di tempar yang hak. Dalam memburu cinta, manusia sering keliru. Sedangkan rasa cinta itu mana mungkin dapat dibahagi-bahagikan.

Kalau dirimu memilih untuk mencinta insan, mana mungkin dirimu mampu meletakkan rasa cinta pada Allah. Kalau dirimu memilih untuk mencintai Allah, pasti tebaran wangian cinta itu akan dapat dihidu olehsesiapa sahaja... wangian yang mendamaikan hati yang keresahan dan kegersangan... wangian itulah yang bakal membibitkan rasa kasih yang sukar diungkapkan dengan kata-kata...”

Andai mampu kusulami cinta seperti Rabiatul Adawiyah... Betapa aku mampu meletakkan diriku sebagai hamba yang mendambakan cinta-Mu. Tetapi hati ini meminta...

“Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung...
Kurniakanlah aku seorang insan bertaqwa yang akan memimpin tanganku menuju kepada keredhaan-Mu. Kusedari, tidak mampu diriku berjalan sendirian mencari cintamu tanpa dirinya yang akan mengajarku tentang makna cinta sejati...”


dipetik dari novel 'KALIMAH CINTA SUCI'~Nani Noraini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...