" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Wednesday, August 10, 2011

~ Rona Cinta Anak Muda ~




Assalamualaikum… rasanya sudah lama tidak berkongsi pandangan dan menulis apa-apa entri di sini.. Almaklumlah, busy dengan test dan quiz yang datang bertubi-tubi. Tak mengap, sewajarnya sebagai kita insan biasa yang kerdil ini perlu sentiasa bersyukur di atas segala apa yang Allah kurniakan kepada kita.

          Berbalik kembali pada yang asal.. hehehe… sedang saya menjamah makanan sahur sebelum berkumandangnya azan subuh, hati saya terdetik sesuatu. Matanya saya merenung senaskhak majalah solusi isu no. 34 edisi khas. Seingat saya, sudah lama saya tidak membelek majalah tersebut. Jadi, cuba mengambil masa yang ada untuk meneroka serba sedikit perkongsian yang masih belum diterokai…
*******

Mari kita berbicara tentang hati. Soal hati. Ya, mungkin isu ini sudah acap kali dibicara oleh mana-mana sahabat serta ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah.

Ada seorang sahabat kakak naqibah saya berkongsi cerita mengenai cinta.

“Semua kawan aku ada couple, tapi aku…?”

“Kawan-kawan aku semua suruh aku couple, seronok ke, hah???”

Dalam solat, dirinya turut berdoa mohon dikurniakan seorang lelaki yang baik untuk menjadi kekasihnya. Namun, doanya tidak pernah dimakbulkan.

Sehinggalah suatu hari, dia menapakkan kaki di sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Di universiti itulah dia join usrah sebagai salah satu jalan mendekati Islam.

Suatu hari, kakak naqibahnya berkata, “Wahai adik-adikku yang dikasihi Allah, ingatlah bahawa couple itu haram…”

Tersentak hatinya mendengat tinta daripada kakak naqibahnya. Barulah dirinya sedar mengapa selama ini Allah tidak pernah kabulkan permintaannya. Dia tersenyum sendrian apabila menganti kembali yang dia sentiasa berdoa meminta sesuatu yang haram. Sesungguhnya Allah Yang Maha Melindungi ingin melindungi dan memelihara kesucian dirinya. Subhanallah…

Sahabat, cinta itu sememangnya fitrah setiap manusia. Kalau Allah tidak hadirkan perasaan itu manakan adanya cinta terhadap Allah. Ingat, Allah hadirkan rasa cinta yang suci itu untuk digunakan di jalan yang diredhai-Nya.



MABUK CINTA

Ramai remaja kini sudah mula mabuk dengan dunia cinta yang boleh membawa kita kepada kehinaan. Bukan hanya pada diri sendiri malah pada agama Islam itu sendiri. Ketahuilah sahabat, cinta manusia tidak membawa kita ke mana-mana. Hanya cinta Allah membawa kita menuju syurga yang indah yang dijanjikan-Nya. Subhanallah…

Pernah terlintas dibenak saya cuba mengenali dan mendekati apa itu couple. Cuba merasai apa yang dirasai mereka dalam dunia’cinta’ yang dikatakan indah bagi mereka. Saya tak nafikan yang saya juga pernah terjebak dalam situasi ini. Tetapi ingat, apabila sudah sampainya seru kita diingatkan bahawasanya couple itu salah, cepat-cepatlah kita berubah. Berubah kepada yang lebih baik.

Segeralah kita bertaubat kepada Yang Maha Pengampun. Jangan rasa apabila kita telah melakukan sesuatu dosa itu Allah tidak ampunkan kita. Mari kita hayati kembali nama-nama Allah iaitu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Marilah kita bersama-sama mencegah sebelum adanya dosa-dosa lain yang boleh mengelamkan hidup kita.

JADILAH YANG TERBAIK

Saya tahu ramai muda-mudi yang inginkan pasangan baik buat teman hidup mereka. Tetapi haruslah kita ingat, couple itu bukan jalan-Nya. Mana kita tahu, Allah takdirkan kita berkahwin dengan orang lain dan bukannya dengan orang yang kita couple sebelum itu. Tidakkah hadirnya rasa menyesal dalam diri kita? Astaghfirullah al’azim…

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)..” surah an-Nur, 24:26

Sesungguhnya  Allah telah menyatakan dalam al-Quran, Allah melembutkan hati kita dengan mengatakan perempuan-perempuan yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan begitulah sebaliknya. Jadi tidak hairanlah jika seorang penzina ditemukan dirinya dengan seorang penzina.

Kakak naqibah saya sentiasa berpesan, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak kita. Jika baik, maka baiklah si dia itu nanti, insya-Allah. Mungkin ada yang mengatakan dia sudah menjadi yang terbaik, tapi tetap juga dikurniakan yang kurang baik buat dirinya itu. LA TAHZAN!!! Janganlah bersedih duhai sahabat, pasti Allah imngin menguji dirimu. Sentiasalah berdoa dan bermohon pada-Nya. Allah tidak akan timpakan sesuatu dugaan itu jika ia tidak mampu buat hamba-Nya itu. Insya-Allah, suatu hari nanti pasangan kita itu juga akan jadi yang terbaik.

CINTAI ALLAH YANG MAHA BAIK

Sebagai pewaris generasi Islam, burulah cinta utama iaitu cinta kepada Allah. Insya-Allah, kita akan diburu dengan cinta kedua, ketiga dan seterusnya. Namun, dalam mencintai Allah, kita harus selaras dengan mencintai rasul kita, nabi Muhammad s.a.w.. Ingatlah, bagaimana perjuangan Rasulullah s.a.w. membawa ajaran Islam ke serata dunia. Masya-Allah…

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibrail dengan berkata: ‘ wahai Jibrail, Aku mencinta orang ini , maka cintailah dia!’ Jibrail pun mencintainya, alu JIbaril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit: ‘Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencinta orang ini maka cintai dia.’ Seluruh penduduk langit pun mencintaninya. Kemudia orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (riwayat al-Bukhari)


Begitu indah sekali cinta bersama Allah. Rasa khuatir untuk mendapat pasangan yang baik akan hilang apabila kita meletakkan segalanya pada Allah dan dalam masa yang sama kita berusaha ke arah itu.

‘cinta pada bunga, bunga akan layu…’
‘cinta pada harta, harta akan hilang…’
‘cinta pada manusia, dia akan pergi…’
‘cinta akan Allah, itulah cinta yang kekal abadi…’

Seulas bicara dari saya, sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik. Jangan pandang pada silap orang tetapi pada diri kita sendiri terlebih dahulu. Pesanan ini bukan sahaja ditujukan buat sahabat sekalian malahan buat diri saya yang kerdil dan lemah ini. 

Sementara RAMADHAN masih di hadapan kita, sama-samalah kita mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan banyak beristighfar dan memohon keampunan. Jadikan Ramadha kali ini adalah yang terbaik daripada sebelum ini. Kerana Ramadhan akan datang belum tentu bakal kita temui lagi. Sentiasalah kita bermuhasabah diri, adakah kita sudah benar-benar mencintai Allah tatkala kita mencinta hamba-NYa…?

~sabda Rasulullah s.a.w., ‘sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.’~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...