" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Friday, August 12, 2011

~aku ingin berubah!!!~



Alhamdulillah, sudah hari ke-12 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Ada seorang ustaz pernah menyebut dalam tazkirahnya di Pusat Islam, UiTM Perlis.

“Jadikan Ramadhan kali ini, Ramadhan terakhir buat kita. Seperti mana kita jadikan solat kita sebagai solat yang terakhir...”

Mari kita renungkan bait-bait bicara itu. Belum terlambat lagi untuk kita berubah menjadi seorang yang lebih baik. Mungkin jika dahulu kita seorang yang ‘free hair’, apa salahnya kita memulakan perubahan dengan memakai tudung. Menutupi helaian-helaian rambut kita daripada dipandang oleh para lelaki ajnabi.

Jika dahulu kita tidak memakai stokin, apa salahnya kita memakai sepasang stokin menyarung kaki kita. Jika dahulu kita seorang yang gemar berpakaian ketat, apa salahnya kita berubah memakai baju yang longgar. Tiada salahnya untuk kita berubah demi meraih keredhaan Allah.



Subhanallah, Allah amat suka dan cinta bagi sesiapa yang ingin berubah semata-mata kerana-Nya.

Luahan ini ku tujukan buat diriku yang kerdil ini.. Dan juga mengharapkan sahabat-sahabat yang membaca post ini turut menjadi yang terbaik. “Agama di sisi Allah adalah agama Islam.”

Islam itu suatu agama yang cukup indah buat kita. Jangan kotori serta cemari ia dengan tingkah dan sikap kita sebagai seorang yang memegang kata-kata janji pada Pencipta kita sewaktu kita di alam roh lagi.

Insya-Allah, selagi kita percaya yang Allah itu sentiasa memerhati kita, kita tidak akan rasa menyesal di atas setiap perubahan yang dilakukan. Ingat, banyak lagi perubahan yang perlu dan boleh dilakaukan demi memperoleh kesejahteraan di akhirat kelak...

~UHIBBUKUM FILLAH~





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...