" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Wednesday, July 20, 2011

iman...engkau CAHAYA...

Sudah lama rasanya tidak menulis apa-apa pada entri di blog ini. Namun, ingin dikongsikan serba sedikit pesana seorang guru mengenai IMAN...








"Iman ialah punca tenaga, tempat lahirnya segala-gala yang kita perlukan dalam hidup ini.

Iman ialah hartamu yang akan mengkayakan hatimu. 
Iman ialah kekuatanmu yang akan menguatkan jiwamu.
Iman ialah pendidikan yang akan menjadikan engkau manusia yang berakhlak mulia dan berbudi tinggi.
Iman ialah sahabatmu yang karib dan setia, yang sentiasa bersama di waktu suka dan duka.

Iman ialah pembimbingmu yang akan memandumu kepada kebahagiaan hidup yang kau harap-harapkan.
Iman ialah penyuluhmu yang terang-benderang, yang akan menyelamatkanmu dari kegelapan dan kesesatan.
Iman ialah pengawalmu yang sentiasa bersedia untuk menjagamu dari serangan musuh lahir dan batin.

Iman ialah pemeliharamu, yang akan menghalangmu dari terpesona dan tertipu dengan hasutan dan pujukan nafsu dan syaitan.
Iman ialah pendorongmu yang akan mengarahkanmu supaya sentiasa berjuang di atas landasan yang dibenarkan oleh Tuhan.
Iman ialah tenaga penggerak yang tidak akan membenarkan engkau berpeluk tubuh melihat maksiat dan kederhakaan pada Tuhan.

Kalau engkau memiliki iman, engkau sesungguhnya telah menguasai segala-galanya. Sebaliknya kalau engkau ketiadaan iman, maka engkau telah kehilangan segala-galanya pula.

Kerana itu tidaklah salah rasanya kusarankan engkau supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan iman. Masa, tenaga, fikiran, jiwa, harta, nyawa dan apa saja hakmu jangan sayang untuk kaukorbankan sebagai tebusan pada iman. Sebenamya harga pengorbananmu itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan nilai iman yang engkau perolehi."





Moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa memantapkan imannya walaupun iman ini adakalanya menaik dan adakalanya menurun..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...