" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Thursday, March 24, 2011

~ Aku Redha... ~



Baru-baru ini, pada 23/03/2011 keputusan SPM 2010 telah diumumkan di serata negara. Pelbagai pencapaian yang dapat  dilihat. Sama ada yang cemerlang ataupun yang kurang cemerlang.


Seorang kawan menyapa, "Yan, kau dapat berapa?"


Kawannya membalas dengan wajah ceria, "Alhamdulillah... 11A. Kau?"


Si kawan menundukkan wajahnya. "Alhamdulillah, tahniah. Aku, 5A je." Balasnya sayu.


Kawannya mengambil slip keputusan daripada tangan itu. "Eh, tapi subjek yang lain, kau B+ dan B. Okeylah tu..." kawannya cuba memujuk.


Syukurlah kita ke hadrat Ilahi, kerana telah menerima yang terbaik dari-Nya Yang Maha Kuasa. Ingat, kita telah berusaha keras, berdoa setiap masa tapi kita juga perlu kembali kepada Allah, Pencipta kita. Dia lebih Mengetahui yang terbaik buat kita.


Saya juga salah seorang daripada pelajar-pelajar SPM 2010. Baru semalam saya mengambil slip bersama kakak tanpa ditemani emak atau abah. Ini kerana kedua ibubapa saya masih di tanah suci Makkah. Mendengar result sahabat-sahabat baik saya, semuanya mendapat yang terbaik. 11A, 8A, 7A, 6A.


Namun saya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan keputusan yang terjangka buat saya. Mungkin tidak tergolong dalam golongan di atas tapi pencapaian saya tidaklah seteruk mana kerana saya tiada subjek yang mendapat C+ ke bawah.


Sempat saya berjumpa seorang guru bersama sahabat-sahabat yang lain. "Ingat, setiap apa yang diterima ada hikmahnya.. katanya memotivasikan diri kami. Alhamdulillah...


Ingat, SPM bukanlah penamat bagi kita. Kita masih lagi ada tanggungjawab di masa hadapan. Sama ada untuk dunia mahupun akhirat. Kejayaan terbesar adalah diri kita apabila bertemu dengan Allah dengan wajah yang suci dan bersinar-sinar. Anggaplah ia sebagai ujian yang ditimpakan ke atas kita. Jangan sesekali kita kecewa, putus asa mahupun mengalah dengan apa yang kita miliki. 


"Allah bersama orang-orang yang bersabar..."


Sabarlah dengan setiap ketentuan itu. Ya, mungkin ada yang mengatakan.. "Kau bolehlah, dapat yang terbaik...".  Sabar itu boleh dipupuk dengan kita redha kepada apa yang Allah telah tentukan. Tidak semestinya, cemerlang sekarang akan cemerlang akan datang. Dan tidak semestinya, gagal sekarang akan gagal akan datang.


Yang penting usaha kita untuk menjadikan diri kita yang terbaik. Menjadikan hidup kita bahagia. Menjadikan kita hamba yang cemerlang di hadapan-Nya kelak. 


Pesan ayah saya, rezeki ada di mana-mana. Jangan lepaskan peluang yang baik di hadapan kita. 


Di sini, ada seorang kawan saya berkongsi kata-katanya...


For SPM 2010 Candidate ....
Jika gagal.....
Ada yang masih perlu dibaiki.....
Jika Gagal dengan usaha yang telahpun cukup....
ADA yang sedang menguji kita.....
Tetapi jangan kecewa...
jangan putus asa....
masih ada jalan yang tersembunyi....
yang perlukan sedikit usaha....
untuk diterjemahkan didalam sesuatu yang nyata.....
tetapi jangan terlupa....
terkadang usaha telahpun mencukupi.....
tetapi....
masih gagal.....
apa yang perlu dilakukan???
jangan terlupa perbaiki hubungan dengan pencipta.....
kerana kemungkinan kealpaan itu yang menyebabkan segalanya berubah......
12 A ???
alhamdulillah....
tetapi didalam kegembiraan itu kemungkinan terselitnya ujian dari allah....
justeru berwaspadalah.....
terkadang 12 A juga mampu mengecewakan diri sendiri dimasa hadapan....
bagaimana???
dengan tertutupnya sedikit sahaja ruang yang sebelumnya terbuka luas untuk kegembiraan dan kehidupan di dunia yang hanya sementara......
Terkadang 12 A kecundang di masa akan datang......
Terkadang 1A mampu menjadi seorang yang sangat berjaya....
Oleh itu gunalah nikmat akal untuk meraih anugerah dariNya Didunia mahupun di akhirat...
janganlah mudah kecundang & berputus asa.....
ada jalanNya.....



Moga perkongsian ini membantu kita meneruskan perjalanan hidup ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tahniah ^_^ setiap yg terjadi adalah ketentuan drpd Ilahi..terima dgn hati yg terbuka..pasti terselit kebahagiaan pada ms akan dtg..^_^ insyaAllah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...