" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Wednesday, March 9, 2011

renungan: Movie Doraemon dan Sejarah Kerajaan Abbasiyah..

"As long as we have memories, yesterday remains, as long as we have hope, tomorrow awaits. As long as we have friendship, each day is never a waste."



Sejarah ibarat pentas bermain wayang, perkara itu akan berulang dan diulang lagi. Sebuah kerajaan yang maju kini, tidak mustahil bagi mereka untuk jatuh. Baginda Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda lebih kurang begini.


"Sesungguhnya selepas kewafatanku akan muncul pelbagai zaman, yang pertama zaman Khalifah An Nubuwwah, diikuti dengan kerajaan warisan, kemudian kerajaan Kuku Besi dan kembali kepada Khalifah An Nubuwwah."


Kemudian baginda senyap. Ada pendapat mengatakan, perbuatan baginda itu bermaksud selepas itu hari pengakhiran akan terjadi.




Sejarah tercatat ketika Zaman Bani Abbasiyah. Kegemilangannya memukau mata dunia Eropah. Sehingga memberi mereka inspirasi untuk mencetuskan Reinassance. Pada Zaman Bani Abbasiyah ini, nama Khalifah Harun Ar Rasyid tersebar luas seantero dunia. Baginda terkenal dengan jasanya membina Baitul Hikmah. Karya agungnya iaitu 'Hikayat 1001 Malam' menjadi sumber rujukan sejarah bagi menggambarkan keadaan ketika itu.



Media timur dengan bantuan Toei Animation bersama Fujio F.Fujiko berganding bahu bagi menghasilkan filem berkaitan pengembaraan doraemon, nobita dan sahabat-sahabatnya dalam dunia 1001 malam itu. Filem ini merupakan filem yang ke 12 dalam siri animasi doraemon.

Doraemon : Dorabian Night (Doraemon No Arabian Naito)


Sudah tertulis dalam Hikayat 1001 Malam berkaitan pengembaraan Sinbad ini. Pihak yang bukan beragama Islam telah mengambil inisiatif untuk menerbitkannya kembali dalam bentuk media cetak yang lebih moden. Kenapa bukan kita? Karya agung ini adalah milik agama kita. Tetapi mereka yang mempopularkannya. Sesungguhnya penyakit akhir zaman itu semakin memuncak. Umat Islam kian hanyut di buai arus duniawi.


Jom kita sama-sama kaji. Siri animasi Doraemon ini sudah tidak asing lagi dalam hidup masyarakat kita kini. Doraemon iaitu robot daripada abad ke-22 yang mempunyai pelbagai alat canggih telah datang ke zaman lalu untuk membantu Nobita mengubah nasib hidupnya. Pada pandangan kita cerita seumpama ini adalah hanya khayalan semata-mata dan tidak memberi manfaat serta hanya untuk keseronokan sahaja. Sebenarnya semua itu adalah tanggapan yang salah sama sekali. Kartun seumpama ini sebenarnya mempunyai nilai-nilai murni yang amat tinggi. Bagi movie yang ke 12 ini. Fujio F.Fujiko dengan kerjasama Toei Animation Company telah melakukan kajian secara terperinci berkaitan sejarah tamadun Islam.


Ceritanya bermula apabila keinginan Nobita untuk masuk ke dalam cerita hikayat lama. Dia yang mengagumi karakter Sinbad dalam cerita Arabian Night telah meminta bantuan doraemon untuk masuk ke dalam cerita tersebut.
Mereka telah bertemu dengan Khalifah Harun Ar Rasyid iaitu Khalifah agung ketika zaman Bani Abbasiyah.


Suasana serta permandangan sekitar istana ini adalah bertepatan dengan apa yang telah dikhabarkan dalam sejarah Islam. Istana yang berukiran khat dan bertatahkan lukisan geometri dan emas serta perak. Tujuan mereka datang ke situ adalah bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kisah Sinbad seperti yang dikhabarkan dalam buku. Plot ini diambil daripada kisah sebenar yang berlaku ketika zaman Bani Abbasiyah yang mana ada segolongan pendeta yang datang dan bertanyakan tentang Hikayat Seribu Satu Malam kepada Khalifah Harun Ar Rasyid.

Sinbad pula adalah watak dalam Hikayat 1001 Malam. Sinbad seperti yang diceritakan oleh Khalifah Harun Ar Rasyid telah mengembara ke dalam dunia khayalan. Dunia khayalan itu menggambarkan keadaan ketika zaman emas kegemilangan Bani Abbasiyah yang sebenar. Zaman Bani Abbasiyah adalah zaman kemuncak kegemilangan Islam yang mana jika kita berada pada zaman itu, kita seolah-olah berada dalam dunia khayalan. Zaman itu boleh dikatakan lagi hebat daripada zaman moden kini. Segala pembangunan ketika itu berlandaskan ilmu dari al Quran. Kemodenannya mesra alam. Cahaya matahari dan suhu menentukan waktu solat. Sehinggakan ada satu masjid yang mana jika masuknya waktu solat, dindingnya akan bertukar warna serta kolam air pancut di situ akan mengeluarkan air.


Jalan cerita yang ditunjukkan dalam pengembaraan Nobita dan rakan-rakan dalam animasi ini adalah saling tak tumpah samanya seperti yang digambarkan dalam Hikayat 1001 Malam yang mana Sinbad bertemu dengan tetamunya dari negeri yang tidak diketahui asal usulnya.

Begitu juga dengan kisah mereka bertemu dengan pencuri. Semuanya tepat tanpa syak lagi walaupun Fujio F.Fujiko ada mengubah sedikit pada bahagian lampu aladin.

Kesimpulannya animasi Doraemon mempunyai nilai moral yang tinggi dan amat sesuai untuk seisi keluarga. Animasi Doraemon bukan sahaja mendidik malah memberi pengajaran yang baik melalui sifat Nobita dan rakan-rakannya. Nilai persahabatan dan keberanian yang boleh dicontohi. Sifat saling membantu dan bekerjasama yang ditunjukkan amat sesuai dengan jiwa umat Islam. Sememangnya budaya masyarakat Jepun yang penuh tatasusila dan tertib yang tinggi amat selari dengan budaya Islam. Bukanlah mahu dikatakan semua budaya mereka. Cuma kebanyakan sahaja. Movie Doraemon yang lain juga banyak berkaitan dengan fakta sejarah yang sebenar. Oleh itu animasi Doraemon ini bukan sahaja sebagai hiburan malah memberi ilmu tambahan secara tidak lansung kepada kita.


Selamat Menonton~



*sumber http://halaqah.net

2 comments:

  1. xtaula... kte dpt artikel ni kat halaqah.net..
    lgpn citenye ad dtygkn di astro ceria buln 2 ari 2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...