" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Monday, March 21, 2011

~Ujian Tanda Kasih Sayang-Nya~

Jiwa seorang mukmin itu pastinya ditarbiyyah untuk berhadapan dengan pelbagai ujian dan kesukaran. Ada kalanya ujian yang menimpa berbentuk kesenangan – kemewahan hidup, kejayaan dan sebagainya. Kesenangan seperti ini walau dilihat bukanlah sesukar ujian kepayahan dan keperitan hidup, namun hakikat ujian ini tidak kurang cabarannya. Seseorang yang diuji dengan kemewahan hidup, memiliki harta yang melimpah ruah dan kekayaan yang berganda tentu sahaja perlu memikirkan bagaimana dan ke mana perlu disalurkan wang dan harta yang dimiliki. Adakah untuk kegunaan sendiri dan keluarga semata-mata atau terfikirkah untuk menginfakkan ke jalan Allah?


Seorang kawan mengeluh, "Mengapa asyik diuji je aku ni..."


"Masya-Allah, kau ni cuba bersabar... Apa kata kau fikir apa hikmah di sebaliknya," balas kawannya di sisi.


"Kau apa tahu, kau tak rasa macam aku ni..." keluhnya lagi. Kawannya itu hanya mampu menggelengan kepala.


Ya, kita sering diuji. Acapkali diuji dan sebenarnya setiap masa. Cumanya, setiap hamba itu diuji dengan berlainan ujian. Tanpa kita sedar kita telah diuji. Allah menguji kita kerana apa? Kerana ingin melihat keimanan kita. Sememangnya, iman kita sentiasa naik dan turun. Ingat, kita hanya manusia biasa. Hamba Allah yang kerdil. Kita bukanlah seperti para nabi yang sentiasa meningkat imannya.


Rasulullah s.a.w. sendiri telah dimaklumi baginda akan masuk ke firdaus Allah, tapi baginda tetap memperhambakan diri kepada-Nya. Itu nabi kita. Bagaimana pula kita yang belum tentu kaki kita akan melangkah ke mana apabila telah dihisab nanti.


Ujian, sentiasa datang dalam pelbagai bentuk. Kekayaan, kecantikan, kemewahan, pangkat, harta, percintaan, perkahwinan, dan pelbagai lagi. 


SUSAH & PAYAH



Kesukaran dan kepayahan dalam hidup juga sebahagian dari ujian. Walau nyata berbeza sebagaimana ujian berbentuk kesenangan, realitinya ini adalah ujian, yang akan menguji tahap keimanan seorang hamba. Perjalanan hidup bagi seorang manusia lazimnya akan melalui berbagai cabaran dan dugaan. Untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan, memerlukan perjuangan yang berterusan tanpa noktah. Hatta untuk mendapatkan sesuap nasi bagi mengalas perut sekalipun, memerlukan perjuangan, berkorban tenaga dan masa. Itulah perjuangan yang menuntut infiniti pengorbanan.

 Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya
(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a) 

Begitu juga ujian kesusahan dan kemalangan yang menimpa diri. Di sinilah ukuran keimanan yang sebenar bagi seorang mukmin.


Kehidupan merupakan satu medan ujian bagi hamba yang beriman, sehinggalah saat dan tikanya lambaian kematian menjelma. Kematian juga adalah sebahagian dari ujian setelah melalui detik perjalanan sebuah kehidupan yang telah ditetapkan. Kematian inilah saat yang tak mungkin dimungkiri dan dihindari walau seorang menteri, pegawai tinggi, hinggalah rakyat biasa. "Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu.


Dialah sang Pencipta. Adalah hak-Nya untuk memberi ujian bagi hamba-hamba-Nya. Dia bebas dan tidak dibawah perintah siapapun dan Dia melaksanakan apa yang Dia kehendaki sesuai Kearifan yang dimiliki-Nya. Tak ada apapun yang dapat memerintah Dia, justru Dialah yang memerintah semuanya - dan Dia memerintah kan kita untuk melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan.


أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
(Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)


Setiap ujian yang ditimpakan ke atas hidup kita ada hikmahnya. Sebenarnya, Allah ingin mendengar setiap rintihan hamba-hamba-Nya. Allah itu Maha Mendengar Maha Mengetahui (السميع العليم) .


Ingatlah, Allah tidak akan jatuhkan sesuatu ujian jika kita tidak mampu mengharunginya. Mari kita munsabah dan refleksi kembali sejauh mana iman kita kepada-Nya. Allah begitu sayangkan kita sehingga Dia meminta kita untuk sentiasa mengingatinya.

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
(Al Quran : (13) Ar Ra’d : Ayat 28)


Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.
(Al Quran : (20) Thaahaa : Ayat 130)




pautan: http://www.iluvislam.com/design/e-kad/1891-ujian-dari-allah.html
           http://ayatquran.wordpress.com/2008/11/27/hanya-dengan-mengingat-allah-hati-menjadi-tenteram/

1 comment:

  1. Benar ukht..ujian tarbiyah dari Allah..rasanya hidup sempurnakh tanpa ujian?? ujian yg dtg mnandakn Allah sentiasa ingat akan hambanya..subhanallah,indah sungguh rahmat ujian dr Allah..^_^ syukran ukht atas perkongsian ini..sungguh mngajar kami erti kehidupan..^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...