" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Saturday, March 12, 2011

~Air Mata~

Setiap kali diriku melangkah keluar dari rumah, akan ku renung dada langit. Cuba mencari secebis ketenangan untuk hatiku. Entahlah, kadang kala diriku terasa resah dan berpanjangan. Astaghfirullah...


Setiap kali mataku melihat dan merenung pemakaian golongan remaja masa kini, mataku mula sakit, hatiku mula tak keruan. Adakah itu yang Rasulullah ajarkan kepada umatnya? Adakah itu yang Rasulullah hendakkan? Adakah golongan ini yang menjadi pemangkin generasi Islam kini?


Diriku sering tertanya-tanya. Bukan kerna diriku ini sempurna, sedangkan semua orang tak sempurna. Cuma tidakkah mereka terfikir apa yang mereka telah lakukan di muka bumi ini. Tidakkah kita berfikir kita sendiri yang telah menzalimi diri kita sendiri.


Dalam firman Allah s.w.t. dalam kitab-Nya,


"Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sebaik-baik kejadian." Surah At-Tin, ayat 4


Telah termaktub dalam al-Quran Allah jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian. Tetapi mengapa mereka masih lagi hidup berlandaskan dunia Barat. 


Ya, mungkin ada yang mengatakan...


"Kami ikut fesyen terkini..."


"Kolotlah kalau pakai macam tu..."


"Ala, tak payahlah nak alim sangat..."


"Aku tahulah apa yang aku buat..."


Tidakkah mereka terfikir masih ada yang mengawasi kita? Setiap gerak geri kita? Tidakkah begitu?


Sedangkan Islam itu agama syumul, sesuai untuk sepanjang zaman. Dari zaman Rasulullah, para sahabat, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah, Bani Turki Uthmaniyah dan sehingga sekarang. Tak ada yang kurang.. Terlalu sempurna Islam itu. Tetapi mengapa manusia masih begini?


Allah dah tunjukkan kekuasaan dan kekuatan-Nya. Pelbagai bencana telah Allah turunkan. Untuk siapa? Untuk kita sebagai hamba-Nya. Tanah runtuh, banjir, gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi dan sebagainya. Memperingatkan kita bahawa kita ini terlalu lemah di mata-Nya. Masya-Allah...


Allah ada berfirman, "Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepada-Ku..."


Ingat, pintu taubat masih lagi terbuka luas. Jangan bazirkan masa, ambillah peluang yang ada. Rebut selagi peluang itu tersedia untuk kita. Ingat, cinta Allah pada hamba-Nya tidak pernah pudar...


Hadirkanlah air mata pada Pencipta Yang Esa. Adukanlah segala-galanya kepada-Nya. Air mata yang tulus dan ikhlas. Air mata yang bukan atas dasar kepura-puraan. Bangkitlah manusia! Bangkitlah!!!


Ingat, kematian itu pasti. Bila-bila masa sahaja nyawa kita akan ditarik kembali dan saat itulah kita akan kembali pada Yang Esa...


Sahabat, Allah ar-Rahman ar-Rahim amat suka pada hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya dan mendekatkan diri kepada-Nya.


Ada riwayat mengatakan, 


"Apabila kita berjalan kepada-Nya, Allah pula akan berlari kepada kita..."


Allah tidak pernah mempersia-siakan hamba-Nya. Percaya dan yakinlah pada Yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.


2 comments:

  1. Assalamualaikum ukht.. manusia zaman kini, ada yang semakin jauh dengan Allah dan ada juga yang semakin dekatkan diri kepada Allah SWT..alhamdulillah jika kita tergolong daripada manusia yang sentiasa dekat,mengngati dan yakin dengan Allah SWT...Syukran atas perkongsian ini..:)

    ReplyDelete
  2. assalam kak bahriah..sebagai kongsian sahaja..maaf jika tersalah di mana-mana..ingatlah bahawasanya Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-hambanya..suka artikel ni..terima kasih banyak2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...