" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Thursday, May 10, 2012

~Luahan Hati Seorang Sahabat~

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Perlahan-lahan ku membuka kembali satu persatu foto teman-teman sewaktu di sekolah menengah di dalam sebuah fail yang tersimpan dalam laptopku. Aku letakkan laptop itu di atas ribaku. Seronok juga apabila dapat menggamit kembali memori lama. Tidak sangka, sudah 2 tahun aku berpisah dengan mereka, membawa diri melanjutkan pelajaran ke utara tanah air. Rindu di hati sungguh tidak tertanggung. Andai dapat bertemu dengan mereka kembali, ingin sahaja ku peluk seerat-eratnya. Tiba-tiba, tersingkap kembali suasana di alam persekolahan. Oh, sungguh indah ya Tuhan! Ingin sahaja air mata ini menitis. Tetapi ku tetap cuba menahan agar ia tidak mengalir. Tangisan untuk kenangan lalu perlu dibendung. Itu semua aturan Allah.

Jari telunjukku menekan punat untuk gambar seterusnya. Foto seorang teman yang amat dirindui. Seorang teman yang menjadi tempatku meluahkan rasa di sekolah dulu. Bagaimana dengan dia sekarang? Aku sendiri tidak pasti. Aku menatap wajah pada foto itu sepuas-puasnya. Alangkah indah jika dapat bertemu kembali. Ya Allah, sungguh aku rindu padanya, doaku dalam hati.

Semenjak kami tidak lagi satu tempat belajar, agak jarang kami berhubung. Bukan kerana aku tak nak menghubunginya, tetapi aku tak nak menggangu dirinya yang sedang study. Adakalanya, aku ingin sekali berkongsi masalahku di utara dengannya. Bukan kerana aku tiada kawan di kampus, tetapi untuk mencari seseorang yang sama fikrah denganku bukanlah sesuatu yang mudah. Kerna ku tahu, dia di sana bertemu ramai yang sefikrahnya dengannya. Sebagaimana fikrah kami yang ditarbiyah sewaktu sekolah dulu.

Kadang kala diriku cemburu apabila melihat dia begitu senang berchatting dengan kawannya yang lain berbanding denganku. Tapi ku cuba bersikap positif. Dia pasti tidak lupa denganku cumanya pasti dia juga tidak ingin mengganggu urusanku di sini. Andai aku berfikiran negatif, pasti syaitan menusuk-nusuk jarum persengketaan. Ya Muhaimin, peliharalah hati kami.

Aku selalu berdoa agar ukhuwah yang terbina antara kami utuh berkekalan di bawah naungan kasih sayang Yang Maha Esa. Kerna ku tahu, suatu hari nanti, pasti kami semua akan bersua semula dengan izin dariNya. Sahabat, jangan tinggalkan diriku sendirian andai dikau ingin melangkah ke syurga Allah. Bawalah diriku bersama... Dalam perjuangan menyeru manusia di jalan Allah, aku perlukan pengorbanan bersama-sama denganmu... Uhibbukum fillah...






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...