" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Sunday, February 12, 2012

~* WASIAT RASULULLAH s.a.w. *~

Assalamualaikum w.b.t.
Salam ukhuwah buat sahabat seperjuangan sekalian...


Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk terus berkoangsi ilmu di sini... Sekadar saling ingat-mengingati.


Sudah lama rasanya saya tidak mengepos apa-apa entri... Sudah cukup 'bersawang' blog yang ditinggalkan. Almaklumlah, sibuk dengan study dan tak lama lagi, final exam pula akan bertandang. Tambahan pula, di kolej susah nak dapat line internet...bertambah lama lah nak update blog yang tak seberapa ni...

Sudah genap seminggu kita menyambut hali kelahiran Rasulullah s.a.w. tercinta. Dua tiga hari ni, saya renung kembali. Semasa sambutan dijalankan, muda-mudi bersama-sama berselawat ke atas jujungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Namun sekarang, habis sahaja sambutan, ada yang mula tak ingat nak berselawat dah...(saya tak kata semua, hanya sesetengah daripada mereka sahaja).

Sebenarnya, jika kita benar-benar cintakan Rasulullah s.a.w., kita wajar setiap hari berselawat ke atas baginda.

Nabi s.a.w. bersabda:
"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku di hari kiamat adalah orang yang lebih banyak berselawat ke atasku." (Ibn Mas'ud r.a.)

Lihat, hanya dengan berselawat ke atas baginda s.a.w. kita sudah boleh menerima syafaat daripada baginda.

Di sini, saya ingin kongsikan beberapa wasiat Rasulullah s.a.w kepada para sahabat. Perkongsian ini saya perolehi ketika membaca sebuah majalah ilmiah yang begitu terkenal di negara kita(keluaran TelagaBiru). Kita sebagai yang tergolong dalam golongan 'ikhwan'(mereka yang tidak pernah menemui baginda, ummah selepas kewafatan baginda s.a.w.) perlulah mengambil iktibar...seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Antara wasiat Rasulullah s.a.w. yang baginda wasiatkan kepada sahabat mulia Sayidina Abu Zar al-Ghiffari:~

~bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya taqwa itu perhiasan bagi semua pekerjaanmu
~hendaklah engkau membaca al-Quran
~berzikir mengingati Allah, sesungguhnya itu adalaha zikir(sebutan) namamu di langit dan cahaya untukmu di bumi.
~hendaklah engkau panjang diamnya, kecuali berkata yang baik
~diam itu manghalau syaitan daripadamu dan menolong kamu untuk mengerjakan pekerjaan agamamu
~janganlah sekali-kali banyak ketawa, banyak ketawa itu akan mematikan hatimu dan menghilangkan cahaya wajahmu
~hendaklah engkau mujahadah melawan nafsu, sesungguhnya itu adalah kewalian umatku
~hendaklah engkau mencintai orang miskin dan duduklah bersama mereka kerana di hari kiamat kelak, mempunyai daulat yang besar
~pandanglah orang di bawahmu, jangan engkau pandang orang di atasmu
~agar kamu tidak meremehkan nikmat yang Allah berikan kepadamu
~bersilaturrahim dengan kerabatmu, meskipun mereka memboikotmu
~hendaklah kamu berkata yang hak(benar), walaupun kebenaran itu pahit
~kebenaran itu ialah apa-apa yang datang kepadamu daripada Allah s.w.t.
~janganlah kamu takut golongan yang mencerca dan mengkritik kamu
~janganlah kamu mengata orang lain apa-apa yang ada pada dirimu sendiri
~seseorang menjadi pengecut bilamana ada 3 sifat ini: 1) tahu apa yang ada pada semua orang lain tetapi tidak tahu apa yang ada pada dirinya, 2) malu orang berbuat sesuatu sedangkan dia juga melakukannya, 3) menyakiti makhluk
~tiada akal yang terlebih baik daripada tadbir
~tiada warak yang lebih baik daripada menahan diri daripada menyakiti orang lain
~tiada kebaikan yang terlebih baik daripada akhlak yang mulia
~jadi, marilah kita sibuk dengan diri kita sendiri, sebelum sibuk dengan kesalahan dan kelemaha orang lain.
JIKA RUMAH KITA DIBUAT DARIPADA KACA, JANGANLAH KITA MELEMPAR ORANG LAIN DENGAN BATU. SEMOGA ALLAH S.W.T. MEMBERIKAN KITA HIDAYAH DAN TAUFIQ-NYA...



Subhanallah, betapa Rasulullah s.a.w. amat menyayangi dan mencintai kita. Jadi, tunjukkanlah bahawa kita juga cintakan baginda. Jangan sekadar mengatakan di bibir tetapi laksanakanlah dengan amal perbuatan.

Jika terdapat sebarang kekhilafan dalam coretan kali ini, sudi-sudilah menegur...insyaAllah, sama-sama kita berkongsi ilmu. Moga kita semua sama-sama memperbaiki rasa cinta terhadap baginda s.a.w. (termasuklah diri saya sendiri juga...)

~*hamba yang kerdil...zahrahdurrani*~

1 comment:

  1. Alhamdulillah,alfu syukran atas perkongsian ya ukht :]

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...