" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Friday, February 17, 2012

Jom Berjaya Ikut al-Quran...!


Siapa rasa dia nak berjaya?? Angkat tangan!


Oh, ya. Pasti semua orang ingin berjaya, bukan?! Bukankah kejayaan adalah satu perkara yang amat membahagiakan jiwa, bukan? Dan, saya yakin semua individu memiliki cara yang tersendiri untuk menggapai kejayaan yang diimpikan.

 Namun, mari kita renungkan kembali. Sejauh mana impian kita untuk menjadi seorang yang berjaya. Adakah sekadar di dunia? Adakah sekadar di akhirat? Ataupun kedua-duanya sekali?

 Sebagai seorang pelajar, tentu ingin berjaya dalam pelajaran...


Sebagai seorang pekerja, tentu ingin berjaya dalm pekerjaan...


Sebagai seorang ketua, tentu ingin berjaya menjadi ketua yang berkarisma...


Sebagai seorang anak, tentu ingin berjaya menjadi anak yang baik...


Sebagai seorang hamba, tentu juga ingin menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah...


 
Tidak dapat dinafikan lagi, dengan dunia yang serba berteknologi tinggi ini, sudah banyak cara yang diuar-uarkan untuk menjadi insan yang memiliki kejayaan. Bukan saya kata, apa-apa yang ditulis dalam buku ataupun mana-mana material lain itu tidak bagus. Malah, bagi saya ia amat bagus untuk dijadikan panduan buat diri saya juga.


Sebagai insan yang mempercayai kepada Allah, Tuhan Yang Esa. Mempercayai al-Quran diturunkan sebagai panduan hidup manusia, sudah tentu kita akan lebih mengkaji apa yang telah digariskan dalam al-Quran.
 Tak salah, untuk menjadi seorang yang berjaya, namun kita kena kembali kepada kitab pegangan kita, al-Quran kitabullah...






Allah Taala mengalu-alukan usaha hambanya mendekatkan diri kepadanya seperti yang dapat di fahami daripada hadis Qudsi:


Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan satu kebaikan, maka pahalanya sepuluh kali ganda atau Aku lebihkan. Sesiapa yang mengerjakan satu kejahatan, maka ia hanya dibalas dengan satu kejahatan atau Aku ampunkan. Sesiapa yang hampir kepada Aku sejengkal, Aku hampir kepadanya sehasta. Sesiapa yang hampir kepada Aku sehasta, Aku akan hampir kepadanya sedepa. Sesiapa yang datang kepada Aku berjalan, Aku akan datang kepadanya berlari. Sesiapa yang menemui Aku membawa dosa seluas bumi, sedangkan ia tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatupun, maka Aku akan menemuinya dengan memberi pengampunan sebesar itu juga.






Di sini, saya ingin kongsikan beberapa tips yang amat berguna untuk menjadi seorang yang berjaya berlandaskan al-Quran. Jom, kita buka mushaf al-Quran sama-sama!


Okey, kita buka mukasurat 342, juzuk 18 dan surah ke-23, Surah al-Mu’minun, ayat 1-11...






Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang... (baca basmallah dulu...)
 1. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman.


2. (yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.


3. Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.


4. Dan orang yang menunaikan zakat.


5. Dan orang yang memelihara kemaluannya.


6. Kecuali terhadap isteri-isteri kamu atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.


7. Tetapi barang siapa yang mencari di balik itu (zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.


8. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya.


9. Serta orang yang memelihara solatnya.


10. Mereka itulah yang akan mewarisi,


11. (yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.






Subhanallah... Lihat, betapa indahnya cara yang Allah sampaikan buat hamba-hambaNya. Cuma kadang kala, kita sendiri yang tidak ingin melihatnya.


Senang sahaja, bukan?



Sebagai contoh, kepada yang masih belajar. Ya, kita sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran kena rajin mengulangkaji pelajaran. Tetapi, kita mesti ingat, kita bukan hamba kepada buku tetapi hamba kepada Allah...





Belajar hanyalah salah satu wasilah(cara) untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Bila dah belajar, dalam masa yang sama kita kena pelihara solat (menjadi diri kita sentiasa khusyuk dalam solat itu lebih baik), menjaga amanat dan janji kita, jaga diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang, mengucapkan perkataan yang mungkar, bersedekah... Subhanallah, masya-Allah... InsyaAllah, kejayaan di dunia dan akhirat menjadi milik kita. Yang penting dalam hidup, kita kena sentiasa bersederhana.


Saya tujukan ini buat diri yang kerdil ini, juga buat sahabat-sahabat sekalian. Ingat, bukan sekadar untuk belajar sahaja, tetapi untuk perkara-perkara lain dalam hidup kita. Sesungguhnya kehidupan di dunia adalah pengembaraan kita menuju perkampungan akhirat yang kekal abadi.


Sama-sama, kita bermuhasabah diri kembali. Di takat mana iman kita kala ini... Allah itu Maha Pengampun, Maha Mengasihani...
 (Surah At-Taubah Ayat 120)


Ertinya: .....Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya


~mendamba redha, rahmat kasih sayang Allah...zahrahdurrani~











2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...