hari pertama menapakkan kaki di bumi uitm perlis, hati terasa berdebar-debar. pasti banyak perkara yang bakal ku pelajari nanti. memang banyak pun..walaupun baru 2 minggu di sini.
di sini, peraturan cam kat sekolah..ketatlah juga. haha... tapi baguslah begitu. baru pelajar-pelajar di sini, berdisplin. generasi pemangkin di masa akan datang.
alhamdulillah, aku dan midah ditempatkan dalam kos dan group yang sama..[group kami pilih sendiri..memanglah..]
selain itu, ada juga khai [diploma kimia industri], amal [diploma sistem maklumat perakaunan] dan soleh [diploma pengajian perniagaan kot...]. ada juga beberapa orang senior ex-sarjana.
di sini tak seperti di sekolah, kena pandai cari jalan untuk mendalami ilmu agama. setiap kos ad subjek agama tapi hanya belajar 2 jam sahaja dalam seminggu. jadi, alternatif lain untuk mengetahui dan mendalami ISLAM, terdapatnya persatuan imam [ikatan mahasiswa madani].
kalau bagi siswi, nak cari yang bertudung labuh pun tak ramai. yang penting tutp dada tapi kalau lagi labuh itu lebih baik.
cuaca di sini agak panas sepeti di manjung. sebab perlis merupakan negeri yang berdekatan dengan garisan khatulistiwa. hujan kalau lebat pun tak selebat seperti di sarjana. nampak seperti salji halus.
walaubagaimanapun, rindu ku pada bumi sarjana tetap terasa. setiap memori dan ingatan disematkan sebaik-baiknya. ingat nak melawat sekolah bila cuti mid-sem nanti. tak sabar rasanya. rindu pada tazkirah-tazkirah di masjid... seronoknya, elinga ini sentiasa diperdengarkan nasihat-nasihat yang berguna. teman-teman yang mewarnai hidup, pasti tak kan dapat kulupakan.
mungkin setakat ini, dahulu perkembangan editor blog ni.. haish, novel pun tak sempat nak siap lagi... insyaAllah, Allah permudahkan segalanya...
wassalam...
memang rindu woo kat suasane sarjana...x pancing ler...
ReplyDeletesalam perkenalan... :)
ReplyDelete