" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Friday, April 15, 2011

Nazar ~Definisi & Dalil~

Rasanya sudah lama saya tidak menulis apa-apa di dalam blog ni. Kali ni, saya ingin membincangkan mengenai nazar. Tentu anda pernah mendengar tentang perkara ini sebelum ini. Namun, masih ada lagi masyarakat Islam di luar sana kurang memahami akan istilah ini. 






********************************************************************

NAZAR
bahasa ~ perjanjian yang baik atau yang buruk
syarak ~ dikhususkan kepada perjanjian yang baik sahaja.


Dalam Islam, perkara ini dikhususkan kepada perkara yang baik sahaja.


          Menurut istilah ulama fiqh, nazar bermaksud iltizam untuk melakukan sesuatu kebajikan yang tidak wajib dari segi syarak sama ada dikaitkan dengan sesuatu ataupun tidak.


          Dalil pensyariatan nazar dan wajib menunaikannya berdasarkan sumber primer perundangan Islam iaitu al-quran dan al-hadith:


          Allah berfirman tentang sifat ahli kebajikan yang bermaksud: "(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepada-Nya) dan mereka takut akan sesuatu bhari yang azabnya merata di mana-mana." (Surah al-Insan 76":7)


       Menurut al-Maraghi, mereka memenuhi apa yang mereka wajibkan ke atas diri mereka. Jika demikian keadaannya iaitu mereka memenuhi apa yang diwajibkan kepada dirinya sendiri, maka dia tentu lebih memenuhi apa yang diwajibkan Allah s.w.t. kepada dirinya sendiri.


          Dalam surah al-Hajj ayat 29, Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya."


          Daripada saidatina Aisyah r.ha., bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah hendaklah ia mentaatinya, dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat aksiat kepada Allah, janganlah dia melakukannya." (Riwayat al-Bukhari no. 6318)


          Dalam hadis lain, daripada Imran bin Husain, Nabi s.a.w. bersabda tentang mereka yang tidak menunaikan nazar , makudnya: "Selepas kamu nanti akan terdapat golongan khianat, tidak beramanah, menjadi saksi tanpa diminta, bernazar tetapi tidak menunaikannya dan masing-masing kelihatan gemuk-gemuk belaka." (Muttafaq alaih)

********************************************************************


Untuk mebih mengetahu mengenai 'nazar' anda disarankan bertanya kepada mereka yang lebih mahir dalam ilmu fiqh. Entri di atas sekadar perkongsian bersama. 


Saya ada seorang kawan yang pernah bernazar, andai dia mendapat keputusan yang baik dalam PMR mengikut yang dinazarkan, dia akan melakukan puasa nazar selama 3 hari. Akhirnya, apa yang dinazarkan itu tercapai. Jadi, di sini telah kita lihat, andai sesorang itu bernazar hendaklah dia melakukannya. Jika tidak akan jatuh hukum berdosa.


Saya juga pernah belajar, antara puasa yang wajib dilakukan selain puasa di bulan Ramadhan serta puasa qada', puasa nazar wajib dilakukan. wallahu'alam

pautan ~ majalah solusi, isu no.28






2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...