" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Sunday, September 5, 2010

memori: SELOKA 5 SCIENCE 1 '10

fattah..majid..burhan..man..fadh
..naim..


naddy..alya..husna..myra..fatihah..nuriez..nurul..masyi..amal..najlaa..ain
..iji..nas..fatin..kyrun..syeda..midah..dila..


Cik Saa'diah

Salam sejahtera pembuka bicara
Tuturnya sopan berbudi bahasa
5 Science 1 bermulalah cerita
Saat kami mula mengembara

Bonda kami pengubat rindu
Tiada siapa dapat tandingi
Permaisuri Saa'diah nama diberi
Orangnya bergaya cantik sekali

Underwater mula diterokai
Syazwan Aiman ketua kami
Nor Fatin pembantu tak lekang diri
'Woi, bertugas!' itu katanya setiap hari

Izyan dihujung suka menyendiri
Fatihah di sebelah riang menyanyi
Kadangkala bisingkan diri
Nadiah rupanye join sekaki

Anak raja jadi bendahari
Gaya ceti Mira x reti
Berteman Bahriah sebok xhenti
Amal ditepi khusyuk sendiri

IUI & KP dia yang conduct
Head Boy SARJANA Fadh yang punya
Dibantu Majid yang terlebih relax
Sekali membebel panas telinga

Orangnya lembut tapi tegas
Itula Ain Najwa penasihat kami
Bila berhujah memang berasas
Demikianlah, Fattah empunya diri

Bila berkata berjaga-jaga
Takut Nasuha berkecil hati
Bersemangat waja semerah saga
Sekali Midah ketawa susah nak henti

Bandar Ipoh tempat tinggalnya
Pakar melukis Najlaa namanya
Berkaca mata manis senyumannya
Kalau nak tau Syedalah orangnya

Orang jawa gelaran diberi
Tinggal berjauhan di mana entah
Kalau merajuk x makan hati
Itulah mereka Zahidah & Aliyah

Berlari pantas itu kelebihannya
Siti Nasuhah gelaran empunya
Dila Nordin pula musuh di dormnya
Sekali jeling buruk padahnya

Dari jauh terasa bergegar
Rupenye Husna nak buka cerita
Masyi di sebelah senyap orangnya
Sekali senyum pasti terpesona

Kurang bercakap banyak membaca
Belakang loker port kegemaran
Seorang syahid seorang berjaga
Di sana Naim di situ Burhan

18 puteri 6 putera
Macam2 ragam macam2 cerita
Kalau nak kate perempuan yang kongker
Lu datang sendiri tengok ape cer...

Sampai di sini teman nak berseloka
Nak tau lebih cari sendiri
Harap janganle ada yang terasa
Teman just nak promote kawan sendiri

Duhai ibu ayah & cikgu
Doakan kami berjaya selalu
11A+ matlamat yang satu
Semoga berjaya sampai di mercu

Kepada adik2 teman nak pesan
sayangi ibu bapa jangan diabaikan
Nasihat guru jadi pedoman
Kawan2 saling mendoakan

Keep in touch walaupun berjauhan
Agar x terputus ukhuwah yang dibina
Bumi SARJANA akan ditinggalkan
Memori indah abadi selamanya...




(dedikasi buat sahabat2 5 Science 1 2010...)

9 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...