" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Saturday, June 23, 2012

*PERSAHABATAN...dalam 'SYMBIOSIS'??*

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih terus menghirup udara pemberianNya. Subhanallah, tanpa  gas oksigen ciptaanNya, tidak mampu untuk kita terus bernafas di dunia ini. Mari kita renung kembali, sejauh mana kesyukuran kita terhadap setiap kurniaan Yang Esa.

'SYMBIOSIS', saya kira perkataan ini sering kali dijumpai oleh student-student yang mengambil Biology apatah lagi yang ambil major bab ecology. Alhamdulillah, saya dikurniakan ilham dari Yang Esa ketika saya sedang mempelajari tajuk ini dalam subjek BIO200. Jika diikutkan sebenarnya, ini kali ketiga saya belajar mengenai proses ini. Sebelum ini, saya telahpun mempelajarinya dalam Biology Form 4 dan BIO150.  Symbiosis boleh diberi makna secara kasarnya, 'sym'-together(bersama), 'bio'-life(kehidupan) dan 'sis'-process(proses). Sebenarnya di sini, saya tidak ingin mengupas lebih lanjut mengenai ilmu biologi ni. Yalah, tiba-tiba sahaja wujudnya pelajaran Biology. Tetapi saya ingin kaitkan 'dunia persahabatan' dengan 'dunia symbiosis'.

Cuba kita lihat, secara kasarnya, kita dapat simpulkan bahawan 'dunia symbiosis' ini mengenai proses kehidupan bersama. Begitu juga dengan 'dunia persahabatan', ia mengenai kebersamaan insan dalam menjalani kehidupan.

MUTUALISME

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda,
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

MUTUALISME wujud apabila dua spesis berinteraksi untuk memperoleh faedah bagi kedua-dua spesies.


Lichens (fungus+alga)
Salah satu contoh bagi proses ini



Secara jelasnya, lichens ini boleh dijumpai pada batu dan batang-batang pokok. Pada mulanya, gas karbon dioksida akan diserap oleh fungus dan dalam masa yang sama, alga menggunakan sedikit karbon dioksida yang diserap oleh fungus untuk proses fotosintesis(alga tidak boleh menyerap gas ini secara langsun). Dalam proses fotosintesis yang dilakukan, maka terhasillah glukos ataupun karbohidrat. Dengan itu, fungus akan menyerap sedikit karbohidrat yang dihasilkan oleh alga tadi untuk dirinya. Dan begitulah seterusnya.

Okey, berbalik pada kehidupan persahabatan kita. Apabila kita mencari dan berkawan dengan orang-orang yang baik dan soleh, maka kebaikan yang terdapat dirinya itu serba sedikit akan terpias pada diri kita. Tidak mahukah kita ingin menjadi begitu? Kawan yang baik akan saling membantu tidak kira dalam duka mahupun suka. Walaupun berjauhan, doa sentiasa mengiringi untuk sahabatnya itu. Jika kita inginkan sahabat yang baik, maka kita juga perlu menjadi baik.Persahabatan juga akan terserlah keindahannya. Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.

COMMENSALISM

COMMENSALISM ini dapat saya huraikan adalah mengenai satu spesis mendapat kelebihan dari spesis yang lagi satu tetapi spesis yang lagi satu itu langsung tidak mendapat apa-apa kelebihan mahupun kerosakan. 

Proses yang ini, saya tidak pasti sama ada ia biasa berlaku ataupun tidak dalam 'dunia persahabatan'. Tetapi tetap ada. Contohnya, si fulan A meminta pertolongan daripada si fulan B. Jadi, si fulan B ini pun membantu kawannya tadi. Tetapi apabila si fulan A sudah mendapat pertolongan daripada si fulan B, dia pun meninggalkan kawannya itu begitu sahaja. Tidak kasihankah pada si fulan B? Mungkin kita boleh klasifikasikan si fulan A ini seorang yang pentingkan diri sendiri. Apa-apa pun, sebagai seorang muslim kita perlu ada sikap husnudzon(bersangka baik) terhadap kawan kita itu.

PARASITISM

PARASITISM ini berkaitan dengan satu spesis yang mendapat kebaikan daripada spesis yang satu lagi  tetapi spesis yang satu lagi itu mendapat keburukan.

Dalam kehidupan kita sebagai seorang khalifah, tidak lekang dengan keadaan seperti ini. Sekalipun tidak berlaku ke atas diri kita, pasti berlaku kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Selalunya, kita boleh kaitkan hubungan seperti ini dengan 'kawan makan kawan' tidakpun 'talam dua muka'.

Sebagai contoh, saya berikan satu situasi. Si fulan c meminta pertolongan dalam pelajaran daripada si fulan d. Jadi, si fulan d pun membantu kawannya itu. Tetapi dalam masa yang sama, si fulan c ini membuka aib si fulan d tadi kepada orang lain tanpa pengetahuan si fulan d. Atas sikap si fulan c tadi itu, ramai yang memandang serong kepada si fulan d.  Ingatlah, jika kita membuka aib orang di dunia ini, pasti di akhirat kelak, Allah pula akan membuka aib kita sewaktu hari perhitungan nanti. Saat itu, tiada lagi belas kasihan dari Allah. Yang hanya ada adalah perhitungan amalan baik dan buruk.

KONKLUSI

Lihat, betapa Allah itu Maha Bijaksana. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi yang perlu kita gali dan cari. Mungkin, kita fikir kalau proses simbiosis ini tidak berlaku pasti alam ini berada dalam keadaan yang tidak seimbang.

Tetapi lihatlah dari sudut mata hati. Sejauh mana 'dunia persahabatan' kita. Adakah kita tergolong dalam mutualism(saling membalas kebaikan)? Atau commensalism(hanya mementingkan diri)? Ataupun parasitism(menyakiti kembali kawan yang memberi kita kebaikan)? Semua itu tanya kembali pada diri.

Subhanallah, indahkan setiap aturan Allah Yang Maha Adil. Dia mengetahui setiap yang nyata dan tersembunyi. Sebab itu, setiap apa yang kita pelajari, tidak kiralah dalam bidang agama, perakaunan, sains tulen mahupun bidang-bidang yang lain, cuba kita kaitkan kembali dengan kehidupan kita. Allah tidak akan mencipta sesuatu tanpa terselitnya pengajaran di sebalik itu. Sama-sama kita renungkan kembali. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Dalam surah ar-Rahman, Allah berfirman dan ayat ini berulang sebanyak 31 kali,
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"




"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

*~Setakat ini dahulu perkongsian saya. Andai ada yang tersalah bicara sewaktu menulis, silakanlah menegur. Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Setiap yang baik itu datangnya dari Allah. Dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. Hakikatnya kedua-dua tersebut datang dari Allah Yang Pengasih Maha Penyayang dan disandarkan ke atas diri saya yang kerdil ini. semoga perkongsian kali ini memberi iktibar kepada kita semua. ^_^~*

Tuesday, June 19, 2012

~Indah Tarbiyah Allah~




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang mengurniakan ilham untuk menulis dan berkongsi serba sedikit apa yang saya pelajari sepanjang perjalanan kehidupan ini.

Cuba kita renung ayat al-Quran di bawah ini,

Allah s.w.t. berfirman dalam kitabul karim, "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Apabila saya renung kembali suasana di zaman sekolah menengah dahulu, alangkah indahnya andai saya dapat berada di suasana itu sepanjang masa. Betapa rindu hati ini pada ketika itu. Namun, hanya Allah Yang Mengetahui apa yang terbaik buat diri saya. Sebelum ini, saya pernah apply untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir, namun atas kesulitan yang berlaku, saya membatalkan niat itu dan melanjutkan pengajian ke universiti tempatan. Mengapa saya teringin benar melanjutkan pengajian saya ke Mesir? Kerana saya tahu, bi'ah solehah yang terdapat di sanalah yang saya cari. Tetapi ingatlah, kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang.

Baru-baru ini, saya mengikuti satu program usrah luar kampus, 'AHLAN ILA KAMPUS'  yang dijalankan berdekatan dengan kampus universiti saya. Kakak usrah saya yang ajak untuk sertai sama. Seronok saya bersama sahabat-sahabat yang sefikrah dengan saya. Biarpun hanya sebentar pertemuan itu, saya yakin ukhuwah yang terjalin akan berkekalan. Terus terang saya katakan, selama dua semester saya berada di kampus, saya seakan hilang arah. Saya teraba-raba mencari cahaya yang terang itu. Setiap kali saya ingatkan sekolah pasti menitis butir-butir jernih di mata ini. Malah, saya merasa begitu cemburu dengan sahabat-sahabat lama saya kerana mereka mudah untuk mendalami ilmu agama. Namun, saya tetap cuba untuk tabahkan diri menghadapi dugaan ini.

Betapa indahnya aturan Allah, Dia Yang Maha Berkuasa telah menemukan saya dengan seorang kakak. Tika itu, semangat saya yang mulai turun, bangkit semula. Baru saya sedar, dalam perjuangan kehidupan ini, saya tidak boleh mudah menyerah kalah dan berputus asa. Ya Allah, agungnya kekuasaanMu...

Banyak perkara yang saya perolehi melalui program itu. Baru saya sedar mengapa saya masih berada di sini tetapi bukan di sana. Allah itu Maha Adil Maha Mengetahui. Dia tahu siapa saya dan apa yang saya hadapi. Dia tahu akan kemampuan saya. Dia tidak pernah jemu untuk mentarbiyah diri kita. Banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dalam memperbaiki diri ini. 

Biarpun, setahun itu merupakan jangka masa yang panjang untuk saya mencari kembali siapa diri saya, apa matlamat sebenar saya, saya berasa sungguh bersyukur. Allah sebenarnya tidak pernah rasa jemu untuk mendengar rintihan kita, malah Dia amat menyukainya. Pernah tak, kita terfikir, baru sikit kita dicuit dengan dugaan yang tidak disangka, kita sudah mula nak melatah. Sedangkan kita perlu bersyukur kerana Allah masih menyayangi kita. Dugaan yang datang itu tanda kasih sayang-Nya pada kita.

Di semester 3 ini, saya cuba untuk terus istiqamah dalam perjuangan dakwah ini. Saya tahu, Allah pastikan akan temukan saya lagi dengan mereka yang amat saya perlukan dalam perjuangan ini. Dan saya tahu, banyak lagi dugaan dan rintanga yang perlu saya tempuhi selagi nyawa dikandung badan.

Di sini, saya ingin sangat kongsikan satu analogi. Pasti ramai di antara kita pandai memandu kereta termasuk saya. Perasan tak, kita amat memerlukan cermin hadapan untuk berhati-hati dalam pemanduan. Dan kita juga akan sentiasa memandang cermin hadapan. Tetapi kalau cermin belakang, kita hanya pandang bila perlu sahaja. Begitu juga dengan kita. Islam itu bukannya cermin belakang yang hanya diperlukan untuk sesetengah ketika...tetapi Islam itu seperti cermin hadapan yang menjadi matlamat dan kita amat memerlukannya sepanjang perjalanan hidup kita.

Mari kita renung kembali, di mana tahap iman kita. Adakah kita ini sudah benar-benar beriman? Sama-sama kita dan saya sendiri merefleksi diri kita.

Pernahkah kita tanya pada diri kita sendiri, tak nak kah aku meneruskan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam membawa dakwah islamiyah?

Ingatlah, walaupun kita bukan meruapakan pelajar jurusan agama, kita hukanlah ustaz mahupun ustazah tetapi Islam itu smemangnya perlu diutamakan. Walau di mana jua kita berada, usaha untuk mendalami ilmu agama itu amat penting. Allah sentiasa memandang setiap titik-titik usaha yang kita lakukan. Untuk bernujahadah itu sememangnya amat pahit yang perlu kita rasai tetapi yakinlah, di sebalik mujahadah itu tersingkap ganjaran yang amat besar dari Allah, syurga yang indah.

Marilah kita sama-sama membina individu muslim dalam diri kita. Peringatan bersama buat saya dan kamu semua, sahabatku. Wallahu'alam.

Sunday, May 13, 2012

~kenalkah hati ini dengan CINTA PENCIPTA YANG ESA?~

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang Maha Mengasihani...

Suatu hari saya membuka FB seperti hari sebelum-sebelumnya. Seperti biasa, saya akan membaca post-post sahabat yang dipostkan pada wall. Tiba-tiba, saya terbaca sesuatu pada post seorang ukhti ini. Saya tergerak hati dengan statement ini...'kenalkan hati dengan CINTA PENCIPTA sebelum CINTA MANUSIA'. Saya cuba memahami ayat ini sebaiknya. Tetapi entahlah...hanya Tuhan saja yang tahu. Saya teringatkan seorang kakak naqibah, ketua usrah saya di kampus. Lalu, saya bertanyakan hal ini kepadanya. Di sini, saya kongsikan perkongsian yang kakak ini berikan kepada saya.

*****


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Tentang persoalan ukhti yang disayangi..akak merasakan akak tak layak untuk menerangkannya,kerana diri sendiri pun masih merangkak2 mencari cinta PENCIPTA..Apapun,moga ianya menjadi panduan kita bersama dalam menggapaiNYA.

Apa yang perlu kita faham,CINTA tidak akan hadir jika kita tak betul2 kenal, jadi semakin kita mengenal seseorang itu,semakin kita merasa kecintaan kepadanya. Seterusnya, kita kena tahu mengapa pentingnya kita mengenal ALLAH,kerana Dialah pencipta kita,Dialah pemilik kekuasaan di langit & di bumi,Dialah segala-galanya. Jika kita benar-benar mengena ALLAH pasti kita akan mencintaiNYA melebihi segala-galanya.

Kita juga perlu mengetahui apa tandanya seseorang itu mencintai Allah dengan sebenar-benarnya dan kesan pada sikap & tingkah lakunya. jadi disini kita dapat menilai sejauh mana kecintaan kita pada Allah. 

Kata ibn Qayyim, Jika seseorang itu betul2 mengenal Allah,akan lahir perasaan malu padaNYA, rasa kecintaan yang tak berbelah bagi, kerinduan, rasa kedekatan dengan ALLAH,& pengharapan hanya pada ALLAH.Seperti mana kisah Rabiatul Adawiyah dalam kecintaannYA pada Allah menandakan dia benar2 mengenal ALLAH. Boleh baca kisah Rabiatul Adawiyah,sebagai inspirasi dalam menuju CintaNYA.

Cinta itu fitrah. Jadi terpulang kepada kita meletakkan cinta itu di tingkat yang tertinggi atau di tingkat yang paling bawah,kerana cinta itu terbahagi kepada 2 iaitu CINTA yang syar'i dan Cinta yang tidak syar'i. Kedua2 cinta ini mempunyai tanda yang sama tapi buah yang berbeza. Cinta yang tidak syar'i hanya membuahkan syahwat semata,sedangkan CINTA SYAR'i akan membuahkan IMAN.



Tentang cinta yang berlandaskan hawa nafsu semata, Di dalam Al-Quran surah Al-Imran:14,Allah berfirman dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan2,anak2,harta benda y bertumpuk,dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allahlah tempat kembali yang baik.


Pada ayat seterusnya 3:15 Allah menerangkan Tentang CINTA Y SYAR'I seolah2 Allah membuat perbandingan antara 2 cinta ini, Allah berfirman , katakanlah,''mahukah Aku kabarkan kepada mu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?'Bagi org2 yang bertaqwa di sisi Tuhan mereka surga2 yang mengalir di bawahnya sungai2,mereka kekal di dalamnya, dan pasangan2 yang suci,serta redha Allah. Dan Allah Maha melihat hamba-hambanya.

Rasulullah juga mengajarkan kepada kita meletakkan CINTA ALLAH dan RASUL lebih tinggi berbanding cinta2 yang lain termasuk diri kita sendiri,kerana CINTA itulah cinta yang tertinggi,bahkan Allah menawarkan kepada kita sesuatu yang lebih,dan sangat lebih baik yang akan kita dapat jika kita meletakkan CINTA ALLAH & Rasul adalah yang tertinggi. Allah juga bagitahu kita, jika kita kejar cinta hanya berlandaskan hawa nafsu semata,itu hanya kesenangan di dunia yang sementara. Sedangkan apa yang lebih penting yang patut kita pertimbangkan adalah kehidupan di akhirat yang lebih kekal.

Cinta di dunia, jika tidak didasarkan dengan IMAN kepada Allah hanye dapat dikecapi di dunia sahaja, Banyak kisah2 terdahulu yang boleh kita ambil iktibar darinya,contohnya isteri firaun.cinta yang dikecapi brsama suaminya yang tercinta hanye sebentar cuma,kerana setelah dia MENGENAL PENCIPTA yang sebenar,dia lebih memilih untuk disiksa di dunia sanggup berkorban demi mempertahankan cinta ALLAH,sebab dia yakin aakn janji2 ALLAH tentang kehidupan yang lebih baik di akhirat sana.Bahkan dia akan mendapat pasangan yang lebih baik di sana nanti.



Itulah diantara tanda2 cinta,sanggup berkorban. Orang yang bercinta akan merasa kagum dengan orang yang dia cintai,banyak menyebut, taat,sentiasa mengharap cintanya di balas, cemas jika cintanya tak dibalas, rela berkorban..itulah tanda2 cinta yang ada pada org yang jatuh cinta samada CINTA itu SYAR"I atau tidak.


akak ambil satu contoh perbandingan pengorbanan cinta syar'i dan cinta yang tidak syar'i.

Tentang cinta y syar'i ,kita dapat tengok di palestin bgaimana mereka berjuang,berkorban bermatia-matian, berkorban harta,kepentingn diri,sanggup meninggalkan isteri,anak2 dan kesenangan di dunia,semata2 untuk memenangkan agama Allah,kerana mereka yakin dan beriman adanya kehidupan d akhirat,walaupun tidak dapat bersama di dunia,mereka akan bersama di syurga kelak,seperti mana surah at-tur;21, Dan orang2 yang BERIMAN,beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka di dalam syurga, dan kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya.Inilah cinta yang membuahkan KEIMANAN YANG SEBENARNYA kepada ALLAH.

sedangkan cinta yang tidak syar'i, sanggup berkorban duit untuk orang yang dicintainya,nyanyian2 yang menunjukkan pengorbanan cinta,lautan api sanggupp direnangi,hehe contohnye,korban diri sampai ada yang membunuh diri jika cinta tak terbalas,sanggup korbankan maruah demi cinta..itulah cinta yang buahnya SYAHWAT semata2.

jadi,apa yang penting di sini ialah kita berusaha menggapai cinta ALLah,jika itu kita dapat insyaALLAh yang lain akan mengiringi..Ingatlah janji ALLAH lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

Jadi,akak akhirkan kalam dengan kata2 Rubie ibn Amir : ‘’Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat’’.
Yang baik itu semuanya dari Allah,yang buruk itu dari kelemahan akak sendiri,moga Allah mengampunkan dosa2 kita semua.amin

Wallahua'lam('',)


******

Moga apa yang dikongsikan di entri kali ini serba sedikit membantu kita dalam memperbaiki kelemahan diri. Selagi nyawa terus bernafas, sama-sama kita tajdidkan cinta kepada Allah Yang Maha Agung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...