" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Friday, May 11, 2012

'ISLAM'...the best way of life

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, masih dipanjangkan usia untuk terus menghirup udara pemberian Yang Esa. Dalam masa itu juga, masih diberi peluang untuk terus beristighfar, bertaubat dan mempertingkatkan iman dan amal. Sudah lama rasanya, saya tidak menyelak halaman majalah Gen-Q yang dibeli adik saya. Selak punya selak, alhamdulillah, terjumpa sesuatu yang menarik buat saya. Barangkali ia juga amat berguna buat sahabat sekalian.

Di sini, dapat saya kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita...

Jika kita marah ~ TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa
Jika kita bingung ~ KLIK doa agar tenang hati
Jika kta dipuji ~ RELOAD syukur supaya tidak alpa
Jika kita gagal ~ DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat
Jika kita kecewa ~ RESTART tenaga agarsentiasa sedar
Jika kita bersedih ~ SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan
Jika kita berdosa ~ UNDO perangai itu dan bersolat taubat
Jika kita berdendam ~ DELETE buruk sangka supaya hati bersih
Jika kita berbohong ~ BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan
Jika kita buat maksiat ~ REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha


Moga tips ini menjadi panduan kita agar menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa..amiin..^^,

Thursday, May 10, 2012

~Luahan Hati Seorang Sahabat~

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Perlahan-lahan ku membuka kembali satu persatu foto teman-teman sewaktu di sekolah menengah di dalam sebuah fail yang tersimpan dalam laptopku. Aku letakkan laptop itu di atas ribaku. Seronok juga apabila dapat menggamit kembali memori lama. Tidak sangka, sudah 2 tahun aku berpisah dengan mereka, membawa diri melanjutkan pelajaran ke utara tanah air. Rindu di hati sungguh tidak tertanggung. Andai dapat bertemu dengan mereka kembali, ingin sahaja ku peluk seerat-eratnya. Tiba-tiba, tersingkap kembali suasana di alam persekolahan. Oh, sungguh indah ya Tuhan! Ingin sahaja air mata ini menitis. Tetapi ku tetap cuba menahan agar ia tidak mengalir. Tangisan untuk kenangan lalu perlu dibendung. Itu semua aturan Allah.

Jari telunjukku menekan punat untuk gambar seterusnya. Foto seorang teman yang amat dirindui. Seorang teman yang menjadi tempatku meluahkan rasa di sekolah dulu. Bagaimana dengan dia sekarang? Aku sendiri tidak pasti. Aku menatap wajah pada foto itu sepuas-puasnya. Alangkah indah jika dapat bertemu kembali. Ya Allah, sungguh aku rindu padanya, doaku dalam hati.

Semenjak kami tidak lagi satu tempat belajar, agak jarang kami berhubung. Bukan kerana aku tak nak menghubunginya, tetapi aku tak nak menggangu dirinya yang sedang study. Adakalanya, aku ingin sekali berkongsi masalahku di utara dengannya. Bukan kerana aku tiada kawan di kampus, tetapi untuk mencari seseorang yang sama fikrah denganku bukanlah sesuatu yang mudah. Kerna ku tahu, dia di sana bertemu ramai yang sefikrahnya dengannya. Sebagaimana fikrah kami yang ditarbiyah sewaktu sekolah dulu.

Kadang kala diriku cemburu apabila melihat dia begitu senang berchatting dengan kawannya yang lain berbanding denganku. Tapi ku cuba bersikap positif. Dia pasti tidak lupa denganku cumanya pasti dia juga tidak ingin mengganggu urusanku di sini. Andai aku berfikiran negatif, pasti syaitan menusuk-nusuk jarum persengketaan. Ya Muhaimin, peliharalah hati kami.

Aku selalu berdoa agar ukhuwah yang terbina antara kami utuh berkekalan di bawah naungan kasih sayang Yang Maha Esa. Kerna ku tahu, suatu hari nanti, pasti kami semua akan bersua semula dengan izin dariNya. Sahabat, jangan tinggalkan diriku sendirian andai dikau ingin melangkah ke syurga Allah. Bawalah diriku bersama... Dalam perjuangan menyeru manusia di jalan Allah, aku perlukan pengorbanan bersama-sama denganmu... Uhibbukum fillah...






Thursday, May 3, 2012

~*HATI ITU*~

hati itu...
sudah lama diselami
namun tidak diketemui
apa yang ingin dimiliki


lemah kaki mengatur langkah
cuba mengerti
siapa diri ini...
hingga seketika 
kewarasan itu lari dari tempatnya


linangan air mata berjuraian
menangisi duka yang melara
apakah ini dugaan dari-Mu...


setiap detik dicari kekuatan itu
setiap ketika terfikir
mengapa semua ini berlaku


duhai hati...
mengapa begini
mengapa ditangisi semua yang melanda
bukankah ini ujian
menguji insan yang beriman


yakinlah duhai hati...
Allah tidak pernah mensia-siakan hamba-Nya
sesungguhnya semua itu adalah tarbiyah
mendidik hati 
lebih cekal dan tabah


tiada apa yang lebih indah selain cinta-Nya
tiada apa yang lebih indah melainkan keampunan
dan rahmat kasih sayang Yang Maha Agung...


...mujahadah itu pahit...
...syurga itu indah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...