" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."


.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.

Saturday, December 17, 2011

...buat yang bergelar isteri dan yang bakal bergelar isteri...


Pesanan Rasulullah s.aw. kepada puterinya, Fatimah...
“Jika kamu mahu suami kamu sayangkan kamu selamanya di dunia dan di akhiratbuatlah lima perkara ini. nescaya suamimu akan bertambah sayang padamu sampai bila-bila.”
1.      Melayan suami dengan baik tidak kira siang atau malam
2.      Meminyakkan dan menyikatkan rambut suami
3.      Menggunting misai suami (tapi abang azhan tu ada misai ke...hihi)
4.     Menyikat janggut suami
5.      Memotong kuku suami

Petua tambahan dari Rasulullah,
“apabila isteri melakukan lima perkara tadi pada suaminya, Allah akan memberikan 5 anugerah padanya...
~apabila saat dia hendak meninggal, Allah memudahkan sakaratul mautnya
~apabila dibawa masuk ke dalam kubur, kuburnya menjadi salah satu daripada taman-taman syurga
~namanya di padam di pintu neraka, tetapi ditulis di pintu syurga Allah
~dia akan diberi minuman dari syurga
~Allah akam memudahkan isteri ini melintas titian siratul mustaqim sepantas kilat





~'STANZA CINTA'...NURULL HALAWATI~

Saturday, December 10, 2011

~MENCARI CINTA~


“Wahai diri yang dianugerahi rasa cinta... biarkan ku khabarkan... kerana cinta itu anugerah Ilahi. Satu rasa yang sukar diterjemahkan. Senada pada warna hati. Andai putih hati nescaya putihlah cinta... hati berkata-kata tentang cinta... di mana juga insan bercerita tentang cinta. Walau di lorong-lorong sunyi sepi. Dimana kedudukan sebenar cinta? Aku sendiri keliru... Meski panduannya ada pada cermin hati. Bairku singkap erti cinta...

Cintailah Allah sepenuh hati... nescaya akan engkau temui cinta sebenar yang dikau cari selama ini. Di sana ada ketenangan, kedamaian, keharmonian, kegembiraan dan pastinya tiada lagi sesalan, derita dan air mata kecewa...

Cintailah Allah sebelum engkau mencintai insan. Hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada makhluk pasti akan bertambah retak dan terburai. Tetapi hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada Ilahi pasti ianya akan bertaut kembali.

Yakinlah bahawa Allah pasti akan anugerahkan dirimu seorang insan yang benar-benar ikhlas menyayangi dan mengasihimu seandainya dirimu mampu meletakkan rasa cinta di tempar yang hak. Dalam memburu cinta, manusia sering keliru. Sedangkan rasa cinta itu mana mungkin dapat dibahagi-bahagikan.

Kalau dirimu memilih untuk mencinta insan, mana mungkin dirimu mampu meletakkan rasa cinta pada Allah. Kalau dirimu memilih untuk mencintai Allah, pasti tebaran wangian cinta itu akan dapat dihidu olehsesiapa sahaja... wangian yang mendamaikan hati yang keresahan dan kegersangan... wangian itulah yang bakal membibitkan rasa kasih yang sukar diungkapkan dengan kata-kata...”

Andai mampu kusulami cinta seperti Rabiatul Adawiyah... Betapa aku mampu meletakkan diriku sebagai hamba yang mendambakan cinta-Mu. Tetapi hati ini meminta...

“Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung...
Kurniakanlah aku seorang insan bertaqwa yang akan memimpin tanganku menuju kepada keredhaan-Mu. Kusedari, tidak mampu diriku berjalan sendirian mencari cintamu tanpa dirinya yang akan mengajarku tentang makna cinta sejati...”


dipetik dari novel 'KALIMAH CINTA SUCI'~Nani Noraini

Friday, December 9, 2011

CORETAN BUAT TEMAN



Duhai teman
Dalam pertemuan semusim lalu
Kita simpulkan benang-benang ukhuwah
Kita semaikan benih persahabatan
Menjadi pohonan rendang
Lalu, bersama kita pelihara ia
Agar rimbunan dedaun memayungi
Ketika panas sebagai peneduhan
Rintik gerimis tidak membasahi kita

Duhai teman,
Antara kita terkandung terlepas bicara
Pasti ada jiwa yang tersentuh
Setangkai hati mungkin terguris
Namun ego sering mnguasai diri
Kerana itu tiada kemaafan kupinta
Membiar lara merawan naluri

Tetapi teman,
Akankah nanti engkau mngerti?
Andai setitis matamu tumpah kerana egoku
Pasti seribu penyesalan menghimpitku
Dalam diam ku tangisi segala keterlanjuran

Duhai teman,
Seperti juga dirimu
Dalam senyuman ada tawa
Bukan bermakna aku bahagia
Namun ada sendu yang cuba ku sembunyikan
Bukan tidak ingin kukongsi
Tetapi aku suka ketika riamu
Memberi ceria di titian hariku
Menguntum harapan dan sinar baru
Untuk kusematkan kekuatan dan ketabahan diri
Dalam meneruskan perjuangan kita

Duhai teman,
Sekali pun jarak beribu batu
Memisahkan kita mungkin di suatu ketika
Tetapi ingatkah teman
Sebutir biji benih yang baik
Di mana pun gugurnya
Pasti tumbuh menjadi pohon rendang
Menguntum bunga kembang berseri
Harumannya wangi mendamaikan
Menghasilkan buah yang manis isinya
Memberi nikmat bukan hanya pada rasa
Tetapi terkandung khasiat bermanfaat di dalamnya

Duhai teman
Tiada kata secantik bahasa
Tiada madah seindah puisi
Untuk kunukilkan rasa hati
Betapa kehadiranmu membahagiakan
Mengisi ruang-ruang kosong dihatiku
Menyingkir lorong nan sepi
Walau tidak ku lafazkan kasihku
Tetapi siapa sebenar dirimu telah kuzahirkan
Engkaulah sahabat engkaulah teman

Duhai teman
Pada Ilahi kita pohonkan
Moga pohonan itu terus berbunga
Menebarkan haruman pada kita
Mendamaikan segenap ruang hati
Doaku mengiringi perjalanan
Semoga engkau gagah berdiri
Menempuh ujian dan cabaran mendatang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...