" Duhai pengemis cinta Ilahi, duhai perindu syahid abadi... Ketenangan itu milik hati-hati hambaNya yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan... Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa & orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati ALLAH s.w.t... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar & tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..."
.:SAHABAT SEPERJUANGAN:.
Friday, February 17, 2012
Jom Berjaya Ikut al-Quran...!
Siapa rasa dia nak berjaya?? Angkat tangan!
Oh, ya. Pasti semua orang ingin berjaya, bukan?! Bukankah kejayaan adalah satu perkara yang amat membahagiakan jiwa, bukan? Dan, saya yakin semua individu memiliki cara yang tersendiri untuk menggapai kejayaan yang diimpikan.
Namun, mari kita renungkan kembali. Sejauh mana impian kita untuk menjadi seorang yang berjaya. Adakah sekadar di dunia? Adakah sekadar di akhirat? Ataupun kedua-duanya sekali?
Sebagai seorang pelajar, tentu ingin berjaya dalam pelajaran...
Sebagai seorang pekerja, tentu ingin berjaya dalm pekerjaan...
Sebagai seorang ketua, tentu ingin berjaya menjadi ketua yang berkarisma...
Sebagai seorang anak, tentu ingin berjaya menjadi anak yang baik...
Sebagai seorang hamba, tentu juga ingin menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah...
Tidak dapat dinafikan lagi, dengan dunia yang serba berteknologi tinggi ini, sudah banyak cara yang diuar-uarkan untuk menjadi insan yang memiliki kejayaan. Bukan saya kata, apa-apa yang ditulis dalam buku ataupun mana-mana material lain itu tidak bagus. Malah, bagi saya ia amat bagus untuk dijadikan panduan buat diri saya juga.
Sebagai insan yang mempercayai kepada Allah, Tuhan Yang Esa. Mempercayai al-Quran diturunkan sebagai panduan hidup manusia, sudah tentu kita akan lebih mengkaji apa yang telah digariskan dalam al-Quran.
Tak salah, untuk menjadi seorang yang berjaya, namun kita kena kembali kepada kitab pegangan kita, al-Quran kitabullah...
Allah Taala mengalu-alukan usaha hambanya mendekatkan diri kepadanya seperti yang dapat di fahami daripada hadis Qudsi:
Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan satu kebaikan, maka pahalanya sepuluh kali ganda atau Aku lebihkan. Sesiapa yang mengerjakan satu kejahatan, maka ia hanya dibalas dengan satu kejahatan atau Aku ampunkan. Sesiapa yang hampir kepada Aku sejengkal, Aku hampir kepadanya sehasta. Sesiapa yang hampir kepada Aku sehasta, Aku akan hampir kepadanya sedepa. Sesiapa yang datang kepada Aku berjalan, Aku akan datang kepadanya berlari. Sesiapa yang menemui Aku membawa dosa seluas bumi, sedangkan ia tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatupun, maka Aku akan menemuinya dengan memberi pengampunan sebesar itu juga.
Di sini, saya ingin kongsikan beberapa tips yang amat berguna untuk menjadi seorang yang berjaya berlandaskan al-Quran. Jom, kita buka mushaf al-Quran sama-sama!
Okey, kita buka mukasurat 342, juzuk 18 dan surah ke-23, Surah al-Mu’minun, ayat 1-11...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang... (baca basmallah dulu...)
1. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman.
2. (yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.
3. Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.
4. Dan orang yang menunaikan zakat.
5. Dan orang yang memelihara kemaluannya.
6. Kecuali terhadap isteri-isteri kamu atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7. Tetapi barang siapa yang mencari di balik itu (zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya.
9. Serta orang yang memelihara solatnya.
10. Mereka itulah yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Subhanallah... Lihat, betapa indahnya cara yang Allah sampaikan buat hamba-hambaNya. Cuma kadang kala, kita sendiri yang tidak ingin melihatnya.
Senang sahaja, bukan?
Sebagai contoh, kepada yang masih belajar. Ya, kita sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran kena rajin mengulangkaji pelajaran. Tetapi, kita mesti ingat, kita bukan hamba kepada buku tetapi hamba kepada Allah...
Belajar hanyalah salah satu wasilah(cara) untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Bila dah belajar, dalam masa yang sama kita kena pelihara solat (menjadi diri kita sentiasa khusyuk dalam solat itu lebih baik), menjaga amanat dan janji kita, jaga diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang, mengucapkan perkataan yang mungkar, bersedekah... Subhanallah, masya-Allah... InsyaAllah, kejayaan di dunia dan akhirat menjadi milik kita. Yang penting dalam hidup, kita kena sentiasa bersederhana.
Saya tujukan ini buat diri yang kerdil ini, juga buat sahabat-sahabat sekalian. Ingat, bukan sekadar untuk belajar sahaja, tetapi untuk perkara-perkara lain dalam hidup kita. Sesungguhnya kehidupan di dunia adalah pengembaraan kita menuju perkampungan akhirat yang kekal abadi.
Sama-sama, kita bermuhasabah diri kembali. Di takat mana iman kita kala ini... Allah itu Maha Pengampun, Maha Mengasihani...
(Surah At-Taubah Ayat 120)
Ertinya: .....Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya
~mendamba redha, rahmat kasih sayang Allah...zahrahdurrani~
Sunday, February 12, 2012
~* WASIAT RASULULLAH s.a.w. *~
Assalamualaikum w.b.t.
Salam ukhuwah buat sahabat seperjuangan sekalian...
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk terus berkoangsi ilmu di sini... Sekadar saling ingat-mengingati.
Salam ukhuwah buat sahabat seperjuangan sekalian...
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk terus berkoangsi ilmu di sini... Sekadar saling ingat-mengingati.
Sudah lama rasanya saya tidak mengepos apa-apa entri... Sudah cukup 'bersawang' blog yang ditinggalkan. Almaklumlah, sibuk dengan study dan tak lama lagi, final exam pula akan bertandang. Tambahan pula, di kolej susah nak dapat line internet...bertambah lama lah nak update blog yang tak seberapa ni...
Sudah genap seminggu kita menyambut hali kelahiran Rasulullah s.a.w. tercinta. Dua tiga hari ni, saya renung kembali. Semasa sambutan dijalankan, muda-mudi bersama-sama berselawat ke atas jujungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Namun sekarang, habis sahaja sambutan, ada yang mula tak ingat nak berselawat dah...(saya tak kata semua, hanya sesetengah daripada mereka sahaja).
Sebenarnya, jika kita benar-benar cintakan Rasulullah s.a.w., kita wajar setiap hari berselawat ke atas baginda.
Nabi s.a.w. bersabda:
"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku di hari kiamat adalah orang yang lebih banyak berselawat ke atasku." (Ibn Mas'ud r.a.)
Lihat, hanya dengan berselawat ke atas baginda s.a.w. kita sudah boleh menerima syafaat daripada baginda.
Di sini, saya ingin kongsikan beberapa wasiat Rasulullah s.a.w kepada para sahabat. Perkongsian ini saya perolehi ketika membaca sebuah majalah ilmiah yang begitu terkenal di negara kita(keluaran TelagaBiru). Kita sebagai yang tergolong dalam golongan 'ikhwan'(mereka yang tidak pernah menemui baginda, ummah selepas kewafatan baginda s.a.w.) perlulah mengambil iktibar...seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
Antara wasiat Rasulullah s.a.w. yang baginda wasiatkan kepada sahabat mulia Sayidina Abu Zar al-Ghiffari:~
~bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya taqwa itu perhiasan bagi semua pekerjaanmu
~hendaklah engkau membaca al-Quran
~berzikir mengingati Allah, sesungguhnya itu adalaha zikir(sebutan) namamu di langit dan cahaya untukmu di bumi.
~hendaklah engkau panjang diamnya, kecuali berkata yang baik
~diam itu manghalau syaitan daripadamu dan menolong kamu untuk mengerjakan pekerjaan agamamu
~janganlah sekali-kali banyak ketawa, banyak ketawa itu akan mematikan hatimu dan menghilangkan cahaya wajahmu
~hendaklah engkau mujahadah melawan nafsu, sesungguhnya itu adalah kewalian umatku
~hendaklah engkau mencintai orang miskin dan duduklah bersama mereka kerana di hari kiamat kelak, mempunyai daulat yang besar
~pandanglah orang di bawahmu, jangan engkau pandang orang di atasmu
~agar kamu tidak meremehkan nikmat yang Allah berikan kepadamu
~bersilaturrahim dengan kerabatmu, meskipun mereka memboikotmu
~hendaklah kamu berkata yang hak(benar), walaupun kebenaran itu pahit
~kebenaran itu ialah apa-apa yang datang kepadamu daripada Allah s.w.t.
~janganlah kamu takut golongan yang mencerca dan mengkritik kamu
~janganlah kamu mengata orang lain apa-apa yang ada pada dirimu sendiri
~seseorang menjadi pengecut bilamana ada 3 sifat ini: 1) tahu apa yang ada pada semua orang lain tetapi tidak tahu apa yang ada pada dirinya, 2) malu orang berbuat sesuatu sedangkan dia juga melakukannya, 3) menyakiti makhluk
~tiada akal yang terlebih baik daripada tadbir
~tiada warak yang lebih baik daripada menahan diri daripada menyakiti orang lain
~tiada kebaikan yang terlebih baik daripada akhlak yang mulia
~jadi, marilah kita sibuk dengan diri kita sendiri, sebelum sibuk dengan kesalahan dan kelemaha orang lain.
JIKA RUMAH KITA DIBUAT DARIPADA KACA, JANGANLAH KITA MELEMPAR ORANG LAIN DENGAN BATU. SEMOGA ALLAH S.W.T. MEMBERIKAN KITA HIDAYAH DAN TAUFIQ-NYA...
Subhanallah, betapa Rasulullah s.a.w. amat menyayangi dan mencintai kita. Jadi, tunjukkanlah bahawa kita juga cintakan baginda. Jangan sekadar mengatakan di bibir tetapi laksanakanlah dengan amal perbuatan.
Jika terdapat sebarang kekhilafan dalam coretan kali ini, sudi-sudilah menegur...insyaAllah, sama-sama kita berkongsi ilmu. Moga kita semua sama-sama memperbaiki rasa cinta terhadap baginda s.a.w. (termasuklah diri saya sendiri juga...)
~*hamba yang kerdil...zahrahdurrani*~
Sunday, January 22, 2012
cerpen: ...antara IMAN & NAFSU...
Perlahan-lahan telekung warna putih
bersulam hijau kekuningan dilipat kemas. Lalu, diletakkan di tepi dinding
berdekatan dengan rak al-Quran. Matanya mengerling jam tangan jenama Casio
pemberian ayahnya. Semua pelajar baru sahaja selesai menunaikan solat sunat
hajat berjemaah di Masjid Al-Munzirin. Zahrah melihat ke seluruh ruang solat
muslimat. Mencari-cari adik-adik usrahnya. Baru pagi tadi, dia memaklumkan pada
salah seorang daripada mereka bahawa usrah tambahan akan diadakan. Selalunya
usrah perdana akan berlangsung setiap hari Rabu. Kebetulan pula, malam Sabtu
kali ini dia free untuk bertemu dengan mereka.
Tudung labuh berwarna hitam itu dibetulkan
sedikit. Agar tampak kemas. Langkahnya diatur ke sebuah pondok bertangga di
luar masjid. Sahabat-sahabat sebatchnya lebih suka menggelarnya sebagai
‘balairung seri’. Macam-macam panggilan yang diberikan. Yang penting pondok itu
dapat menjadi tempat istirehat buat para ibubapa yang hadir menjenguk anak-anak
mereka di sini.
“Assalamualaikum, kak...” sapa Naqiah
seraya naik ke atas pondok. Diikuti empat orang lagi sahabatnya. Zahrah
menjawab salam yang dihulurkan. Dia memaniskan muka dengan mengukir senyuman di
bibirnya. Huda, Alia, Diana dan Syahirah, masing-masing menuruti Naqiah duduk
di hadapan kakak naqibah mereka.
“Okey, rapat-rapat sikit...” pinta
Zahrah meminta adik-adiknya itu merapatkan lutut ke lutut ketika usrah
dijalankan. Bukankah itu salah satu sunnah Nabi? Para sahabat akan cepat-cepat
merapatkan lutut mereka sehinggakan tiada lagi ruang kosong yang dapat didiami
oleh syaitan. Betapa indahnya suasana menuntut ilmu di zaman Rasulullah.
“Kak Zahrah nak cakap apa hari ni?” tanya
Syahirah ingin tahu. Zahrah hanya tersenyum dengan pertanyaan itu. Dia menatap
semua adik-adiknya itu dengan penuh kasih sayang. Tahun ini, tahun terakhir dia
bersama mereka.
“Sabar... Okey, assalamualaikum
warahmatullah wabarakatuh...” Huda, Syahirah, Diana, Naqiah dan Alia menjawab
serentak.
Sebelum memulakan pengisian, Zahrah
akan membaca tahmid dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. terlebih
dahulu. Moga perjumpaan mereka pada malam itu diberkati dan dirahmati Allah.
“Hari ni, akak nak cakap pasal iman dan nafsu...”
Masih terpampang wajah kurang minat di
wajah mereka. Mungkin kerana letih dengan pembelajaran sepanjang hari.
Maklumlah, mereka berlima akan mengambil peperiksaan PMR bulan 10 nanti. Zahrah
mengambil alternatif lain sepertimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah
dahulu. “Kenapa nafsu sering dikaitkan dengan iman dan kenapa iman sering
dikaitkan dengan nafsu?”. Sememangnya, dia lebih suka bertanya sebelum
memulakan apa-apa pengisian. Namun, cara ini tidak kerap dilakukan. Takut-takut
nanti mereka berasa bosan pula.
“Sebab kalau kita nak kawal nafsu kena
ada iman yang utuh.” Jawab Alia akan pertanyaan itu. Huda pula masih lagi diam.
Mungkin sedang memahami maksud di sebalik pertanyaan itu.
“Erm, betul kata Alia itu. Apa maksud
iman?”
“Percaya dengan hati, melafazkan dengan
lisan dan mengamalkan dengan perbuatan.” Giliran Diana pula menjawab. Zahrah
tersenyum. Ya, pasti semua tahu apa maksud iman. Mana mungkin pelajar sekolah
agama tidak tahu makna perkataan itu.
“Ya, memang itu maksud iman. Tapi kalau
kurang salah satu, pun tak boleh juga, kan... Iman memang merangkumi semuanya.
Kalau kita sekadar percaya dan dapat melafazkan iman tersebut tapi tak
amalkannya, adakah itu makna iman yang sebenar?” Perjelasan Zahrah masih lagi diakhiri
dengan pertanyaan. Semua yang mendengar mengangguk setuju. Sebagai tanda
menjawab persoalan yang ditujukan kepada mereka.
“Okey, kat sini akak ada satu cerita
tentang iman dan nafsu ni. Ceritanya mungkin bagi sesiapa yang dengar, boleh anggap
remeh. Tapi bagi akak, tak.” Masing-masing mula memasang telinga.
***
Qisya melangkah menaiki anak tangga
menuju ke biliknya. Sesampai sahaja di bilik, dia duduk sebentar di atas katil.
Termenung memikirkan sesuatu. Dia baharu sahaja menghadiri ceramah mengenai
Sultan Muhammad al-Fateh di surau Dahlia 1. Ceramah itu disampaikan sendiri
oleh bekas pelajar yang mengikuti alumni universitinya.
Jarinya mengira-ngira berapa jam lagi
test Physics dan Chemistry akan berlangsung. Ya, memang test itu akan diadakan
esok. Tapi dia belum habis menelaah tajuk-tajuk yang masuk dalam test nanti.
Dia mengeluh sendirian. Malam nanti, forum mengenai Keindahan BersamaMu pula
akan diadakan. Dia ingin sekali mengikuti forum tersebut. Mungkin mudah untuk
mencari jalan menuntut ilmu agama di universiti. Kena bijak mengambil peluang
yang ada. Namun, bila nak study pula?
***
Cerita Zahrah terhenti di situ.
Adik-adiknya kelihatan berminat dengan cerita itu. “Sebelum akak teruskan, akak
nak tanya. Agaknya Durrani ni akan pilih yang mana satu? Forum ke study?”
Semua mengjungkit bahu. Ada juga yang
mengelengkan kepala, tanda tidak tahu. “Mungkin study,” jawab Huda tidak
semena-mena. Zahrah tersenyum mendengar jawapan itu. Bukan senang nak dengar
Huda bersuara tika dalam usrah.
***
Qisya mencari seribu kekuatan untuk
membuat keputusan yang terbaik untuk malam itu. Dia teringat akan kakak yang
bagi ceramah pagi tadi. Segera dia menyampai handphonenya lalu menghantar teks
kepada nombor yang disalin.
‘Assalamualaikum,
Kak Zu. Saya nak tanya. Esok, saya ada test. Malam ni pula ada program
kerohanian di surau. Mana lebih baik, pergi program kerohanian atau study?’
Seketika kemudian, ada mesej baru
masuk. ‘Terpulang pada kemampuan adik... Mana yang lebih berkeyakinan.. Dua-dua
adalah ibadah jika niat kerana Allah... Ambil salah satu, dan korbankan salah
satu. Tapi ada peluang dalam bentuk lain untuk dapatkan kedua-duanya...’
Qisya kurang mengerti dengan kenyataan
kakak itu. Lalu, dihantarnya teks lain pula. ‘Apa maksudnya ada peluang dalam
bentuk lain untuk dapatkan kedua-duanya?’
‘Manfaatkan masa dua pertiga malam dari
waktu tidur untuk study jika memilih ke program ilmiah.. Atau manfaatkan
sahabat-sahabat yang ada di dalam program ilmiah jika memilih untuk study...’
Dia tersenyum. Qisya mula mengerti
dengan maksud yang disampaikan. Sebenarnya, dia lebih suka mendengar secara
langsung daripada mendengar orang lain bercerita mengenai sesuatu program ilmiah. Kebetulan
pula, dia sudah biasa berjaga awal pagi. Cuma, jika terlalu letih baru dia
bangun sebelum azan subuh berkumandang. Petang itu, dia akan memanfaatkan waktu
yang ada untuk mengulang kaji pelajaran. Jadi, malam nanti dapatlah dia ke forum
tersebut. Hatinya berbunga riang. Ya, dia yakin dengan keputusan itu. Allah
pasti tidak akan sia-siakan hamba-hambaNya yang ingin menuntut ilmu agama
sebagai bekalan menuju akhirat.
Pagi itu, Qisya bangun agak lewat
daripada sangkaannya. Namun, dia sempat solat subuh berjemaah di surau. Tetapi
dia tidak sempat nak habiskan ulang kaji topik-topik subjek Chemistry. Walau
bagaimanapun, hatinya tetap tenang. Tenang kerana dia dapat menghadiri forum
malam tadi. Dia bersyukur dapat melawan nafsunya yang meminta supaya tidak
hadir ke majlis ilmu.
Alhamdulillah, Durrani dapat menjawab
kedua-dua terst tersebut dengan baik sekali. Dia tahu Allah pasti akan
membantunya menghadapi semua ini. Apa pun yang terjadi, ilmu agama perlu
dituntut, Cuma kadang kala tidak terlihat jalan penyelesaiannya.
***
Zahrah menarik nafas untuk seketika.
Mereka berlima begitu khusyu’ mendengar cerita yang disampaikan. “Dah habis
ke?” tanya Naqiah. “Result dia macam mana pula?” tanya Alia pula.
“Eh, sabarlah... Ada lagi
sambungannya..”
“Laa, ada lagi rupanya... Akak ni buat
orang suspen aje lah...” ujar Syahirah yang membetulkan kedudukannya kepada
duduk bersimpuh. Mungkin kakinya sudah terasa kebas kerana duduk bersila agak
lama tadi.
Zahrah memandang jam tangannya. Masih
ada lagi 2o minit sebelum masuknya waktu Isya’. Dia perlu tamatkan cerita itu
segera.
***
Jadual kuliah pada hari Isnin berjalan
seperti biasa. Bagi kelasnya, jadual kuliah teramat padat. Begitu juga pada
hari Khamis. Hari ini, kuliah subjek Chemistry tamat pada pukul 4.50 petang.
Rehat pula hanya sejam diperuntukkan. Itu termasuk waktu untuk makan tengah
hari dan solat Zuhur. Jika tiada kelas di waktu tengah hari, barulah masa
menjadi agak lapang sedikit.
Subjek Chemistry merupakan subjek yang
amat diminatinya. Sehinggakan Qisya berazam ingin menjadi seorang ahli kimia
yang tersohor. Seorang ahli kimia berjiwa Islam.
Sebaik sahaja kelas Chemistry bermula
petang itu, lecturernya segera meminta semua pelajar menunjukkan tutorial
chapter 3 yang diberinya minggu lalu. Qisya tergamam. Tiada satu habuk pun
terconteng pada kertasnya. Dia tidak menyentuh langsung soalan tutorial itu.
Sekadar dilihatnya sahaja. Selalunya, lecturernya tidak begini. Mengapa
tiba-tiba meminta untuk dilihat pula?
“Siapa yang tak siap tutorial?” tanya
lecturer agak tegas. Semua pelajar di dalam kelas itu mendiamkan diri. “Saya
tanya ni!” Nadanya semakin tegas.
Namun, tiada siapa yang ingin menyahut
pertanyaan itu. Masing-masing merenung kertas yang ada di tangan. “Okey, hari
ni saya nak tahu berapa soalan kamu tak siap. Disebabkan ada soalan yang sebiji
dengan soalan test semalam, saya nak tolak markah ikut berapa soalan yang kamu
tak siap.” Kata-kata itu menggetarkan jiwanya.
Qisya menjadi serba tidak kena. Tolak
markah? Tapi semua dia tak buat...
***
Sekali lagi, Zahrah menarik nafas dan
menghelanya perlahan. “Dia beritahu ke yang dia tak buat semua soalan tu?”
tanya Diana.
“Dengar dulu...” ujar Zahrah menjawab
pertanyaan adik usrahnya itu.
***
“Qisya!” panggil lecturernya. Qisya
berkira-kira sama ada dia ingin mengatakan 7 atau 12 soalan. Hal ini kerana
semua soalan berjumlah 12 soalan. Kakinya itu tetap melangkah menghampiri
lecturernya itu. Tangannya memegang kertas yang mengandungi jalan kerja yang
baru sahaja dilakukannya sebentar tadi ketika menunggu giliran.
“Berapa kamu tak buat?”
“Erm, 7 miss...” suarnya sedikit
bergetar.
“Ada apa-apa soalan yang kamu tak
faham?”
Qisya menunjukkan 2 soalan yang dia
sendiri keliru dengan jawapan yang diberikan. Jalan kiranya betul tetapi nombor
yang dimasukkan salah, lecturernya membetulkan.
Tiba sahaja di tempat duduknya, Qisya
berfikir sendirian. Betulkah apa yang aku buat ni? Dia teringat kata-kata
lecturernya sebelum itu, “Jangan tipu saya! Saya tak redha...”
Entah mengapa, saat itu badannya
menggeletar mengingatkan kata-kata itu. Dia cuba berfikir sebaik mungkin.
Tiba-tiba, ada suara berbisik.
‘Qisya,
betul dah kau buat tu... Tak apa... Kalau tak, nanti markah kau jadi rendah.’
‘Qisya,
jangan dengar suara tu! Kau tak takut ke dengan azab Allah?’
‘Hey,
dengar kata aku! Jangan betulkan apa yang kau beritahu tadi tu! Kau nak dapat
markah tinggi ke tak???!’
‘Qisya,
kau kata kau nak jadi pelajar yang solehah... Mana ilmu yang selama ini kau
timba? Memanglah kau boleh selamat di dunia, tapi di akhirat bagaimana? Kau tak
takut ke di padang mahsyar nanti? Lecturer cari kau tuntut balik apa yang kau
pernah buat kat dunia. Hanya sekadar tipu benda yang kecil.’
‘Jangan
dengar Qisya! Kau pun bukannya baik sangat!’
‘Ingat
Qisya, ilmu yang kau dapat tu perlukan redhanya seorang guru. Kalau lecturer
tak redha cam ne? Bagaimana Allah nak redha dengan ilmu yang kau peroleh? Kau
tak takut kalau Allah tak redha dan usaha kau menuntut ilmu jadi sia-sia?
Fikirkan Qisya...’
Qisya tersedar daripada lamunannya. Dia
menarik nafas. Ya, jiwanya bergetar saat mengingatkan azab Allah. Allah itu
Maha Mengetahui. Tiada yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya. Ya, redha
Allah terletak pada redhanya seorang guru terhadap pelajarnya. Begitu juga
redha Allah terletak pada redhanya ibubapa pada anak-anaknya. Dia sendiri tak
nak hampakan kedua ibubapanya. Adakah ini dapat memberikan kepuasan pada
dirinya? Menuntut ilmu yang tidak berkat.
Pantas Qisya menukar kembali niatnya.
Kebetulan kelas pada petang itu bakal tamat tidak lama lagi. Sebaik sahaja
lecturer keluar dari kelas tersebut, cepat-cepat Durrani mengejar kembali
lecturernya itu. Dia ingin membetulkan kembali apa yang dibohong sebentar tadi.
Lecturernya itu hanya mengganguk. Alhamdulillah, dia sempat mengubah kembali
kenyataan itu.
Sebaik tiba di masjid kampus, Qisya
teringat akan sesuatu. Dia lupa nak minta maaf pada lecturernya tadi. Pada
mulanya, dia berfikir esok masih lagi ada masa untuk memohon maaf. Tiba-tiba,
ada satu suara berbisik. ‘Baik minta maaf cepat. Kalau esok kau dah tak ada kat
dunia ni bagaimana?’
Dadanya menjadi sesak mendengar bisikan
itu. Ya, bagaimana nyawanya ditarik sebelum tibanya hari esok?
Segera dicapainya handphone lalu
meminta nombor phone lecturernya itu pada ketua kelasnya. Sebaik sahaja nombor
itu dihantar, segera di menelefon lecturernya itu memohon kemaafan apa yang
telah berlaku. Alhamdulillah, lecturernya itu memaafkannya. Qisya bersyukur.
Hatinya tiada lagi rasa terhimpit. Namun, dia tetap menyesal dengan apa yang
telah dilakukannya. Semata-mata hanya kerana dunia yang bersifat sementara.
Usai sahaja menunaikan solat Asar, Qisya
duduk berteleku menghadap kiblat. Dia tertunduk. Betapa hinanya diri kala itu.
Dia segera bangun kembali untuk menunaikan solat sunat taubat. Air matanya
berguguran atas penyesalan yang dirasa. Dia berharap sangat Allah mendengar
rintihannya itu. Doa yang kudus dipohonkan agar diampunkan segala dosa.
Berserah diri kepada Allah itu adalah lebih baik.
***
Zahrah menghabiskan kisah itu. Dia
tersenyum memandang adik-adik di hadapannya. “Jap, kak. Solat sunat boleh ke
buat lepas solat Asar? Bukan ke waktu tu waktu yang diharamkan untuk bersolat
sunat?”
Zahrah cuba mencari jawapan. Ya, dia
sendiri pernah membaca mengenai waktu yang digalakkan untuk menunaikan solat
sunat taubat. “Sebenarnya, solat sunat taubat ni tak terikat dengan waktu. Bila
kita rasa menyesal dan ingin bertaubat, maka kita kena segerakan taubat itu.
Dalam Ensklopedia Solat yang akak baca, solat sunat taubat ni boleh buat
bila-bila masa sahaja bila seseorang tu berasa ingin bertaubat walaupun di
waktu yang diharamkan untuk bersolat. Ingat, kita tak boleh melengah-lengahkan
taubat kita bila rasa ingin bertaubat. Takut nanti, kita akan melakukan
perbuatan yang sama lagi selepas itu.”
Kelima-lima adik usrahnya itu
mengangguk tanda faham. “Sebelum kita habiskan perjumpaan kita. Melalui kisah ini
kita dapat lihat, iman seseorang itu akan sentiasa naik dan turun. Jika hari
ini, kita rasa iman kita baik, belum tentu iman kita akan sentiasa baik pada
hari esok. Yang penting, kita perlu sentiasa ada rasa ingin perbaiki iman kita
dari hari ke hari seterusnya. “
“Kita juga kena selalu berserah diri
pada Allah sebab kita ni diciptakan dengan kelemahan. Kena sentiasa bersyukur
dengan apa yang kita ada...” sambung Naqiah.
“Rupanya, nafsu dan syaitan ni tak
pernah serik nak ajak kita buat kemungkaran kan...” Syahirah pula membuat
kesimpulan. “Betul tu..” sambut Zahrah. Sahabat yang lain mengangguk setuju.
“Ingat, hanya iman dan ilmu dapat
mengawal hati dan nafsu kita. Ingat balik firman Allah dalam surah al-‘Ankabut,
ayat 2...‘patutkah manusia menyangka mereka dibiarkan hanya dengan berkata
“kami beriman” sedangkan mereka tidak diuji?’... Jangan sia-siakan ilmu yang
kita peroleh selama ini di sini. jadi, kita juga kena bersyukur yang kita
menuntut ilmu di sekolah agama...” Huda hanya tunduk mendengar kata-kata itu.
Seketika kemudian, azan Isya’
berkumandang. Masing-masing mendiamkan diri bagi menghormati dan memuliakan
azan yang dilaungkan.
“Dalam surah al-Baqarah, ayat 286 pula
Allah berfirman...’Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya...’ Dan dalam surah al-Baqarah, ayat 216...’tetapi boleh jadi sesuatu
kamu tidak menyenangi baik bagimu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui sedang kamu
tidak mengetahui.’ “ Zahrah mengingatkan dirinya dan juga adik-adik yang berada
di hadapannya itu.
Mereka berenam mengakhiri perjumpaan
pada malam itu dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr. Di hujung perjumpaan,
Zahrah sempat membacakan doa Rabithah yang terdapat dalam al-Ma’thurat versi
terjemahan bahasa melayu. Moga-moga doa ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang
terjalin sesama mereka. Amin...
~DOA
RABITHAH HATI~
YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan
menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan
keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan
sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."
“dan
tiadalah yang ingat dan mengambil pelajaran melainkan mereka yang segera
kembali kepada Allah...” (surah al-Mu’min, 40: ayat 13)
...Zahrah Durrani...
(22/01/2012)
Subscribe to:
Posts (Atom)


